Thursday, 30 October 2014

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA

Pengalaman bersalin sememangnya pengalaman yang tak akan dilupakan. Kenangan melahirkan zuriat pertama pada 29 jun 2011 masih segar di ingatan. 


28/6/2011
Saya memilih untuk bersalin di KBMC (Kota Bharu Medical Centre) dengan Dr Lily Fariza. Pagi itu sepatutnya saya ada temujanji susulan memandangkan kandungan sudah masuk 39 minggu.Tetapi sebelum ke klinik saya dapati ada sedikit cairan darah yang keluar. saya mula berasa sangat panik :o

Tiba di KBMC saya diperiksa, bukaan rahim baru 1cm. Doktor memutuskan untuk induce ( guna Pitocin) kerana kandungan saya telah didiagnosakan sebagai kurang air ketuban (oligohydramnios) sebelum ini..Pukul 11 saya dimasukkan ke wad. Pada mulanya agak bersenang lenang sebab tak ada rasa sakit. Selepas zuhur rasa sakit datang sekali sekala. Sehingga pukul 3 doktor datang dan check bukaan baru 2cm.. Doktor masukkan ubat lagi sekali. Dr Liliy juga ada bertanya sama ada saya mahukan suntikan epidural atau tak, tetapi saya menjawab tidak, kerana masih belum tahu rasa sakit yang sebenar!

Wahh..dos kedua memang betul-betul sakit.. rasa sakit datang selang 5 minit. kerana tak tahan saya minta suntikan epidural, tetapi sayangnya sudah terlewat, kerana bukaan pun sudah hampir 4cm, jadi saya cuma diberi ubat tahan sakit.Selepas dicucuk di paha,saya terlelap.

Sekitar maghrib memang sakit yang teramat..pinggang rasa nak tercabut. Solat sambil duduk je yang termampu. air mata memang tak tertahan dah. haha.. nak jadi ibu pun masih manja! selesai solat Isyak rasa sakit yang teramat. Keluar lendiran berwarna coklat kehitaman di pad. Cepat-cepat saya bagitahu nurse dan bila diperiksa bukaan sudah pun 5cm. Saya kemudian dibawa ke labour room. 

Di labour room sakit memang tak tertahan. Nurse cadangkan saya menyedut gas entonox untuk hilangkan sakit. Tetapi akibatnya saya berasa sangat khayal dan seperti tidak sedar diri. Setiap kali sakit saya akan menyedut gas. Ntah berapa kali! 

Sehingga bukaan 7cm doktor pecahkan air ketuban, pun saya masih terasa khayal dan mamai akibat kesan gas entonox, Saya disarankan baring mengiring untuk mempercepatkan bayi turun dan bukaan lebih cepat.Akhirnya doktor menyuruh saya meneran jika terasa contraction yang kuat.Banyak kali cubaan tapi tak berjaya, doktor bagitau cara saya salah dan suruh saya meneran sekuat hati. 
Masalahnya memang tak cukup nafas nak teran! Sangat letih dan saya hampir berputus asa. Doktor pula cakap baby akan lemas jika terlalu lama. Suami dan nurse pulak dah jadi macam pasukan cheer leader..tak henti-henti beri sokongan kepada saya. Akhirnya saya cuba dengan sekuat hati, terasa seperti habis nafas! Alhamduillah akhirnya keluar lah bayi saya tepat jam 1.59 pagi, 29/6/2011..Dr lily terus menyambut bayi saya sambil mengucapkan shahadah dengan kuat. Segalanya berlaku dengan pantas dan saya pula terasa seperti di awangan. Terlalu gembira dan letih. 

Sementara bayi saya dibersihkan, saya pula diberi jahitan pada luka episiotomi..tapi tak rasa sakit pun sebab sudah diberi suntikan ubat kebas. so saya boleh rileks je..memang rasa sangat lega selepas bayi dah keluar..hehe..dan saat yang paling manis ialah bila nurse bawa bayi saya dan letak di pangkuan.. Ya Allah tak dapat digambarkan betapa indahnya saat melihat mata kecil itu berkelip-kelip.. nurse suruh saya susukan bayi. Maha Suci Allah..hebatnya ciptaan Allah, memang bayi saya sangat pandai menyusu..
alhamdulllah...terasa lengkap hidup saya sebagai seorang wanita :)
anak sulung saya Muhamad Faqih Aqili

Sekian sahaja pengalaman bersalin anak pertama..pengalaman bersalin anak kedua? inyaAllah akan saya kongsikan..tapi mungkin selepas selesai debaran menunggu kelahiran ketiga ni lah ye..hihi..


Sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang 
~ Set Berpantang / Bersalin Shaklee, boleh klik di sini
~ Set menyusu Shaklee, boleh klik di sini



Untuk anda yang memerlukan produk Shaklee yang nyata selamat, berkesan dan semulajadi ini, boleh hubungi saya untuk konsultasi. Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan.



No comments :

Post a Comment