Bagi ibu yang berkerjaya, impian untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga dua tahun bukanlah sesuatu yang mustahil. Dengan segala kecanggihan teknologi dan dunia ilmu yang tanpa sempadan, semuanya insyaAllah mudah dan senang. Cumanya perlu rajin dan kuat semangat. Jom pelajari tips kumpul stok sebelum kembali bekerja. :)
Mengapa perlu buat stok?
Walaupun susu beku ( frozen ebm) adalah kurang kandungan nutrisi berbanding fresh ebm, tetapi ia ternyata jauh lebih baik berbanding susu formula. Selain itu, ada beberapa sebab mengapa anda perlu kumpul stok susu sebelum kembali bekerja.
Walaupun susu beku ( frozen ebm) adalah kurang kandungan nutrisi berbanding fresh ebm, tetapi ia ternyata jauh lebih baik berbanding susu formula. Selain itu, ada beberapa sebab mengapa anda perlu kumpul stok susu sebelum kembali bekerja.
1. Penghasilan susu adalah bergantung kepada demand. Jadi, jika anda menyusukan bayi & pada masa yg sama pam untuk kumpul stok, secara tidak langsung boleh merangsang badan menghantar isyarat ke otak untuk menghasilkan lebih banyak susu.
2. Penghasilan susu juga dipengaruhi oleh emosi ibu. Selalunya ibu yg baru naik kerja selepas cuti bersalin akan mengalsmi sedikit 'stress' yang boleh effect penghasilan susu. Jadi, susu yg dipam hari ini mungkin tidak cukup untuk esok!
3. Bayi anda akan mengalami 'growth spurt' di mana demand kepada susu tiba-tiba meningkat secara mendadak ( orang tua-tua ada menyebut sebagai beralih bulan), waktu ini anda akan perlukan stok susu untuk top up jika tak cukup fresh ebm.
4. Anda mungkin ditimpa sakit/ demam/ selsema yg boleh menjejaskan penghasilan susu.
5. Anda mungkin perlu berkursus dan berjauhan dari bayi anda. Dah namanya bekerja makan gaji, perlulah menurut perintah..ye dok? :
Ok, cukup lah 5 sebab anda perlu buat stok. makanya anda memang perlukan stok ebm sebelum bekerja.
Tips kumpul stok susu
1. sediakan ruang simpanan / peti ais yg secukupnya. jika ada bajet lebih, adalah disyorkan beli deep freezer kerana boleh simpan susu sehingga 6 bulan. Jadi, anda tak perlu terkejar-kejar untuk habiskan stok ebm sebelum expired :). lagipula, bayi di bawah 6 bulan memerlukan lebih banyak fresh ebm untuk mendapat antibodi (frozen ebm kurang kandungan antibodi kerana sudah dibekukan)
2. mulakan kumpul stok seawal 2 minggu selepas bersalin. Tapi, dengan Set bersalin shaklee, minggu kedua saya dah boleh kumpul stok sebab susu dah meriah dan badan sudah cergas :). Daripada menderita bengkak susu lebih baik pam dan buat stok!
3. Pam sambil menyusukan bayi.(tandem nursing) Rangsangan bayi semasa menyusu boleh menyebabkan let down reflex yang sangat bagus. Jadi, gunakan kesempatan yg ada! Sediakan pam awal-awal sebelum mula menyusukan bayi. Jika bayi menyusu di sebelah kanan, pamlah disebelah kiri. Kelebihan teknik ini ialah anda tidak perlu bersusah payah untuk merangsang let down reflex dengan pam, kerana susu boleh mengalir dengan sendiri! Hasilnya juga sangat lumayan:)
4. Pam selepas bayi menyusu. Ini adalah untuk merangsang penghasilan susu yg lebih banyak pada masa akan datang. lagipun perut bayi masih kecil dan menyusu sedikit sahaja, Jadi, kosongkan payudara untuk penghasilan susu yang baru :)
5. Taktik 2-1
Jika pada sesi pertama anda menyusukan bayi pada sebelah kanan, pam lah pada sebelah kiri.
Pada sesi kedua, susukan bayi pada sebelah kanan juga, dan pam sebelah kiri lagi sekali.
Pada sesi ketiga barulah susukan bayi pada sebelah kiri dan pam sebelah kanan. Begitu juga sesi keempat, susukan sebelah kiri dan pam sebelah kanan.
Pada sesi ketiga barulah susukan bayi pada sebelah kiri dan pam sebelah kanan. Begitu juga sesi keempat, susukan sebelah kiri dan pam sebelah kanan.
6. Hormon prolaktin(untuk penghasilan susu) adalah tinggi pada sebelah malam, jadi jika bayi tidur lena pada sebelah malam, anda perlu bangun untuk pam! selain dapat stok susu, anda juga terselamat daripada masalah bengkak susu.
Sekian sahaja tips kumpul stok sebelum kembali bekerja dari saya..kesemua yang saya kongsikan ini adalah dari pembacaan dan juga pengalaman setelah menyusukan 2 orang cahayamata sebelum ini. Semoga bermanfaat :)
Sekian sahaja tips kumpul stok sebelum kembali bekerja dari saya..kesemua yang saya kongsikan ini adalah dari pembacaan dan juga pengalaman setelah menyusukan 2 orang cahayamata sebelum ini. Semoga bermanfaat :)
Untuk anda yang memerlukan produk Shaklee yang nyata selamat, berkesan dan semulajadi ini, boleh hubungi saya untuk konsultasi. Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
Fanpage: Suplemen untuk semua
email: istadiniey@gmail.com
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan.
COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.
Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.
No comments :
Post a Comment