Saturday 29 November 2014

BAGAIMANA IBU SELEPAS BERSALIN BOLEH MENDAPAT BERAT& BENTUK BADAN SEPERTI ANAK DARA

Melalui proses kehamilan selama sembilan bulan mungkin menyebabkan anda mengalami kenaikan berat badan yang banyak, sehingga lebih 20 kilogram! Ini tentunya sangat merisaukan anda.. dan untuk kembali ke berat badan yang asal adalah bukan mudah jika anda tidak berusaha untuk mendapatkannya. Jadi, bagaimanakah ibu selepas bersalin boleh mendapat berat & bentuk badan seperti anak dara semula?




Tetapi ingat, badan anda baru sahaja melalui proses kehamilan dan kelahiran yang memerlukan anda menggunakan segala tenaga dan nutrien di dalam tubuh.. tentu sahaja tubuh anda memerlukan masa untuk kembali ke bentuk asal. Jangan tergesa gesa melakukan senaman atau aktiviti fizikal unuk mengurangkan berat badan, kerana tubuh anda memerlukan sekurang-kurangnya 6 minggu untuk pulih sepenuhnya.

Apa yang anda boleh lakukan ialah:

  • jangan tinggal sarapan pagi 
     Sarapan penting untuk membekalkan anda tenaga, dan juga untuk mengelakkan anda terlebih makan (kerana terlalu lapar) semasa tengahari. Seperti kata orang putih, 'breakfast like a king'. Pastikan sarapan anda berkhasiat dan lengkap. Mudah sahaja, tirulah seperti saya, semestinya ESP :)

  • makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari serta banyak makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda; 
  • pastikan hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat);
  • kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi;
  • kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan
  • Menyusukan bayi akan juga boleh membantu anda membakar lemak dan kalori 
  • Suplemen yang selamat seperti Omega Guard dan Lecithin yang boleh membantu membakar dan menyerap lemak keluar dari badan. Omega Guard juga sangat baik untuk bayi anda (melalui susu ibu) kerana kaya dengan DHA dan EPA untuk perkembangan otak dan sistem saraf. 


Anda tak kisah dengan kenaikan berat badan? 
Wah..ada juga yang berpendapat adalah normal berat badan selepas bersalin akan meningkat dari berat zaman anak dara..ada juga yang mengatakan ia tanda bahagia..tetapi anda harus ketahui, kenaikan 1-2 unit BMI di antara kehamilan boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis pada kehamilan yang seterusnya. Anda juga berkemungkinan melahirkan bayi yang lebih besar.

SUPLEMEN IBU MENYUSU RAMPING :)



Yeay..ada suplemen yang boleh membantu anda..walaupun menyusukan bayi..ia adalah selamat malah boleh membantu menambahkan lagi kuantiti dan kualiti susu untuk si comel kesayangan anda :)


  • Alfalfa Complex - Tumbuhan yang telah digunakan sejak 2500 tahun dahulu untuk merawat pelbagai masalah kesihatan ini juga mempunyai kesan yang bagus sebagai 'milkbooster'. Ia juga boleh membantu menyingkirkan toksin dan lemak dari badan.
  • ESP - Protein adalah bahan asas binaan sel dan tisu badan. Ia merupakan komposisi yang penting di dalam susu ibu. Meberi rasa kenyang yang berpanjangan kepada ibu. Juga membentuk otot dengan cantik agar tidak menggeleber selepas turun berat badan.
  • Lecithin - adalah ekstrak dari soya (non GMO) dan dikatakan sebagai pengemulsi atau pemecah lemak dan kolesterol semulajadi. Tetapi  selain itu, lecithin juga mempunyai banyak manfaat, klik di SINI untuk info lengkap. 
  • Omega Guard juga bertindak sebagai pembakar lemak. Selain itu ia juga kaya dengan DHA dan EPA yang sangat baik untuk perkembangan minda dan saraf bayi anda. (melalui susu ibu)



Sudah tahu bagaimana untuk ibu bersalin mendapat berat badan seperti anak dara kan..so, its time to practice! Selamat beramal..:) Jika anda berminat untuk mendapatkan Suplemen ibu menysu ramping, boleh klik butang di bawah, atau hubungi saja saya :)




Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, dan memerlukan konsultasi saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Perkhidmatan EKSKLUSIF dan tiptop.:)

Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035


email: istadiniey@gmail.com

PETUA MERAWAT TUMIT KAKI MEREKAH

Bukan hanya kecantikan muka yang perlu dititikberatkan. Penjagaan tumit kaki pun penting tau. Masalah tumit kaki kering dan merekah bukan sahaja tidak sedap dipandang, malah tidak selesa dan menyakitkan.Jom belajar petua merawat tumit kaki merekah.



Masalah tumit kaki pecah ni terjadi tak kira perempuan atau lelaki sebenarnya..sesiapa sahaja boleh terkena masalah ini..
mengapa masalah tumit merekah terjadi? 

  • kasut yang tidak sesuai
  • kulit kering
  • berat berlebihan
  • alah kepada sabun
  • alah kepada simen
  • mengabaikan penjagaan kaki

PETUA MERAWAT TUMIT KAKI MEREKAH

1. belimbing buluh


kenal tak belimbing buluh? saya dah letak gambar utk memudahkan anda semua mencari belimbing buluh :)
Caranya, potong belimbing buluh, dan gosok tumit dengan bahagian isi belimbing buluh tersebut. Biarkan seketika, kemudian gunakan berus yg lembut untuk mencuci kawasan tersebut. Amalkan selalu.

2. asam keping
Ambil beberapa keping asam dan rendam ke dalam sebekas air suam. rendamkan kaki selama 10-15 minit. Gosokkan tumit dengan asam keping tersebut, dan bilas serta keringkan. Amalkan selalu.




3. betik muda
Ambil buah betik yang muda dan berwarna hampir kekuningan. Potong dan gosokkan di kawasan bermasalah. Biarkan seketika, kemudian gosok dan bersihkan.


 

4. guna losyen
Jika anda rasa cara-cara di atas agak sukar dan rumit, gunakan sahaja losyen atau krim untuk kulit kering dan tumit merekah. Mudah dan cepat :)  Meh saya cadangkan losyen & krim terbaik untuk anda..~~)




Testimoni pengguna Herbal Blend



Testimoni lain
  Anda berminat untuk mencuba? Klik butang di bawah untuk tempahan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, dan memerlukan konsultasi saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Perkhidmatan EKSKLUSIF dan tiptop.:)

Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035


email: istadiniey@gmail.com

Thursday 27 November 2014

STRETCH MARK (PARUT REGANGAN) PUNCA SUAMI CURANG?

Ingat lagi kisah mah, abang dan zulaikha? kisah kecurangan suami kerana isteri yang sudah tidak cantik. Pelbagai respons yang diberi terhadap kisah ini. Saya bukan nk beri komen tentang cerita mah ye, tapi kongsi cara menghilangkan stretch mark / parut regangan. Manalah tau, kot-kot lepas ni keluar topik stretch mark punca suami curang?

Lazimnya stretch mark dikaitkan dengan kehamilan. Parut regangan yang berwarna putih dan berselirat di perut memang tidak sedap dipandang. Apatah lagi jika yang memandangnya adalah suami. Malu..kan? 


Apakah sebab berlaku stretch mark / parut regangan ini?


Stretch mark merupakan tanda parut berupa garis-garis putih yang muncul pada permukaan kulit, berbentuk garis berliku seperti anak sungai. Stretch mark ini biasanya muncul pada kulit perut, lengan atas, pinggul, paha, belakang badan dan payudara. Ia tak semestinya berlaku disebabkan kehamilan, malah lelaki juga boleh mengalami masalah ini.


Sebab-sebab stretch mark:

1. Sewaktu hamil, berlaku perubahan hormon dan juga regangan kulit akibat dari pembesaran janin.

2. Masalah kulit kering

3. Faktor genetik

4. Perubahan berat badan secara mendadak

5. Pengaruh ubat yang mengandungi steroid/ corticosteroid


Bagaimana mengurangkan stretch mark /parut regangan 

Suplemen Shaklee yang boleh membantu anda mengurangkan parut regangan  (stretch mark)


1. Vitamin E Shaklee
Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang akan menembusi lapisan kulit anda dan membantu proses penyembuhan luka semulajadi semasa membuang parut di atasnya.
Bagaimana untuk menggunakan vitamin E untuk menghilangkan stretchmark?
Boleh digunakan sebagai masker pada kawasan yag berparut, dan juga boleh diambil (telan) utk kesan dari dalaman untuk kecantikan kulit seluruh tubuh. Untuk pelbagai manfaat Vita E boleh klik di sini.

2. ESP Shaklee
ESP adalah serbuk protein dari Non GMO soya yang mengandungi protein untuk membina blok-blok asas sel-sel badan untuk menghasilkan dan memelihara agar kulit tiada cela.  Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan.Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. Jadi sel-sel mati di bahagian perut yang menimbulkan stretch mark dapat dibuang dengan lebih berkesan. 

3. Alfalfa complex Shaklee
Kaya dengan asid amino, vitamin E dan K, Alfalfa digunakan untuk memudarkan stretch mark kerana ianya dikatakan bertindak sebagai toner yang bagus untuk kulit. Alfalfa complex juga mempunyai banyak khasiat lain. Antaranya sebagai mik booster, dan juga untuk kesihatan dalaman wanita sperti masalah keputihan dan mempunyai fungsi seperti kacip fatimah. Klik di sini untuk info selebihnya.


Testimoni
Ramai yang sudah menggunakannya..dan sangat berpuas hati :)





Tunggu apa lagi..rawat stretch mark anda sebelum menyesal..jangan biarkan ia menjadi alasan dan punca untuk suami dot..dot..Nauzubillah..:) Klik butang di bawah untuk tempahan sekarang.


Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, dan memerlukan konsultasi saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Perkhidmatan EKSKLUSIF dan tiptop.:)

Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com








Wednesday 26 November 2014

10 TIPS MEMASTIKAN SUSU IBU CUKUP UNTUK BAYI

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda. Islam menganjurkan penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun. Tetapi ada sesetengah ibu yang tidak berjaya meneruskan penyusuan kerana masalah susu merudum atau susu drop. Bagaimana memastikan susu ibu mencukupi? Ikuti tips ini yang mungkin boleh membantu anda membuat persiapan awal.





1. Memulakan penyusuan awal dalam tempoh masa satu jam selepas kelahiran
Langkah ini adalah penting sebagai rangsangan awal kepada penghasilan susu. Ia juga memberi peluang bayi anda mendapat kebaikan kolostrum susu yang tersangat tinggi nilainya!
2. Memberikan penyusuan susu ibu dengan kerap 10-12 kali sehari dan bila-bila perlu (on demand)
Anda perlu faham konsep demand Vs supply. Iaitu semakin banyak permintaan (demand) semakin banyak susu akan dihasilkan (supply). Jadi, keraplah menyusu bayi bermula pada awal kelahiran untuk merangsang penghasilan susu yang banyak. 

3. Tidak memberI bayi minuman lain selain susu ibu
Rasanya mak-mak dan orang dulu-dulu suka beri air kosong kepada bayi. Kononnya bayi dahaga dan tak hilang haus sekiranya minum susu sahaja. Jangan! memberi minum air kosong kepada bayi menyebabkan bayi terasa 'kenyang' dan 'penuh' seterusnya menyebabkan bayi akan kurang menyusu. Ini boleh menyebabkan bayi kekurangan nutrisi. Ye lah..air kosong kan tak ada kandungan nutrisi.

4. Tenangkan fikiran dan rehat secukupnya
Jangan stress! Stress adalah musuh utama ibu-ibu menyusu :) susu boleh drop jika anda stress tau..kena ceria dan happy selalu :) 

5. Makan makanan seimbang dan minum secukupnya mengikut keperluan
Anda diibaratkan seperti kilang untuk menghasilkan susu :)
jika tidak cukup bahan mentah, bagaiman dapat memproses susu yang berkhasiat dan banyak? makan dengan seimbang dan teratur, dan ambillah suplemen untuk kesihatan anda supaya anda tidak jatuh sakit dan sentiasa bertenaga.


6. Teruskan penyusuan di waktu malam untuk menggalakkan penghasilan susu yang banyak
Hormon prolaktin ( perlu untuk penghasilan susu) adalah tinggi pada waktu malam. Jadi, kerapkan menyusu pada waktu malam. Anda juga boleh ambil peluang untuk mengepam susu dan mengumpul stok pada waktu ini. 

7. Menyusu dengan posisi pelekapan yang betul
Teknik penyususan dan pelekapan yang betul penting untuk memastikan anda tidak mengalami luka /melecet puting susu.


8. Pastikan tiada puting kosong / tiruan
Sama seperti air kosong, puting kosong juga dikhuatiri dapat meberi bayi rasa kenyang yang palsu dan menyebabkan bayi kurang menyusu.

9. Makanan tambahan dimulakan bila bayi berumur 6 bulan
bayi akan kurang menyusu setelah makanan tambahan dimulakan. Bersesuaian dengan konsep demand vs supply, jadi penghasilan susu akan mula berkurangan jika anda memulakan makanan tambahan bayi terlalu awal. Ia juga tidak elok untuk sistem penghadaman bayi yang masih terlalu muda dan tidak matang.

10. Memerah susu bila perlu (ibu bekerja / payudarabengkak: bayi dipisahkan kerana sakit)
Ye..anda perlukan pam sebagai teman setia. Sekali lagi konsep supply vs demand perlu dipraktikkan. Mengepam payudara boleh membantu mengosongkan payudara pada ketika bayi anda tiada atau bayi tidur lena. Jadi otak akan menerima isyarat bahawa anda perlu menghasilkan lebih susu.
Selamat mencuba. Happy breastfeeding mom! :)


Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, dan memerlukan konsultasi saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Perkhidmatan EKSKLUSIF dan tiptop.:)

Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com






Tuesday 25 November 2014

TESTIMONI HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM

Herbal blend multipurpose cream Shaklee merupakan antara produk yang popular dan sentiasa mendapat permintaan ramai. Selalu saja kehabisan stok seluruh Malayisa selama berbulan-bulan..sebabnya? hmm..kita tengok saja testimoni dari para pengguna herbal blend ;) 


Herbal blend merupakan krim pelbagai guna yang diperbuat dari bahan semulajadi dan diuji secara klinikal di mana ia dapat membantu melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada siku, lutut dan tumit. 

Apakah pebezaan dan keistimewaan krim ini?

- Ektrak herba semulajadi. Ia diperbuat dari bahan semulajadi yang terpilih iaitu sage leaf, horse chesnut seed, yarrow, dan rosemary leaf. 

- Tidak mengandungi steroid. Seperti yang kita tahu, kebanyakan krim untuk masalah kulit mengandungi steroid, tetapi tidak bagi herbal blend. Ia sememangnya selamat dan semulajadi.

- Memberi rasa dingin pada kulit. Sangat sesuai pakai pada tempat yang gatal-gatal. nyaman dan menyegarkan :)

- tidak beminyak

- aroma menyenangkan

- ringan dan mudah dibawa

-sesuai untuk semua golongan

- mudah digunakakn


Apakah kegunaan Herbal Blend?
Sesuai dengan namanya - multipurpose..jadi sememangnya pelbagai kegunaan, antaranya: 
- kulit kering
- gigitan nyamuk
- tumit pecah
-ruam
-parut
-lemak berlebihan
- eczema
-gatal-gatal

Testimoni 




Berminat untuk mencuba? Dengan harga mampu milik RM 27.00 sahaja, pasti anda tidak akan menyesal!


Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, dan memerlukan konsultasi saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Perkhidmatan EKSKLUSIF dan tiptop.:)

Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com





Sunday 23 November 2014

BUASIR SEMASA HAMIL DAN SELEPAS BERSALIN

Buasir ialah masalah pembengkakan vena pada bahagian rektum dan dubur. Buasir boleh terjadi semasa hamil terutama semasa trimester ketiga di mana berat kandungan menolak dan memberi tekanan kepada otot dubur. Ia juga boleh berlarutan selepas bersalin disebabkan proses bersalin dan meneran.


Buasir boleh dibahagikan kepada empat tahap



Tahap 1 
berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar

Tahap 2
bengkak akan keluar disebabkan oleh pergerakan usus, tetapi secara spontan akan masuk semula

Tahap 3
Sama seperti tahap dua, bezanya bengkak terpaksa ditolak secara fizikal untuk masuk semula ke dalam.

Tahap 4.
Bengkak akan kekal berada diluar, sakit dan susah untuk meneran, pendarahan akan berlaku.

Penyebab dan faktor risiko  
1. Duduk terlalu lama
2. meneran semasa buang air samada sembelit atau cirit birit
3. duduk mencangkung terlalu lama
4. batuk
5  bersalin atau mengandung
6. angkat berat
7. kegemukan


Petua cegah buasir
 
1. Sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam sewaktu bekerja. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.

2. Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.

3. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

4. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut. Jangan menahan atau bertangguh untuk ke tandas.

Suplemen untuk buasir Shaklee

Zinc Complex 
Bertindak untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran. 

Ostematrix
Membantu melembutkan najis dan melancarkan perkumuhan

Omega Guard
Membantu mengecutkan otot (buasir) yang membengkak. 



TESTIMONI

Dari pengalaman saya sendiri, pada fasa akhir kehamilan kandungan semakin membesar dan mengalami buasir. Mujurlah dengan mengamalkan SUPLEMEN HAMIL SHAKLEE secara konsisten, masalah buasir tak menjadi semakin teruk. Selepas bersalin pula saya konsisten amalkan SET BERSALIN SHAKLEE termasuklah Omega Guard dan ESP.Tak sampai dua minggu buasir dah kecut dan tak takut lagi ke tandas. Alhamdulillah. 





Testimoni dari pengguna lain:





Hadapi masalah buasir semasa hamil dan selepas bersalin? Jangan biarkan ianya berlarutan! Cubalah Suplemen Buasir Shaklee. Anda boleh klik butang dibawah untuk tempahan.



Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, dan memerlukan konsultasi saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Perkhidmatan EKSKLUSIF dan tiptop.:)

Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com





Saturday 22 November 2014

SUPLEMEN RAMBUT SIHAT SHAKLEE MEMBANTU MENCEGAH MASALAH RAMBUT GUGUR

Masalah rambut gugur boleh menyebabkan rambut anda semakin berkurangan dan lama kelamaan botak..amat menakutkan! Bukan hanya wanita, malah lelaki pun takut! Suplemen rambut sihat Shaklee boleh membantu mencegah masalah rambut gugur. 

 


Set rambut sihat Shaklee ini terdiri dari 
1. Zinc Complex
2. Vita Lea
3. ESP
4. B complex

Zinc complex
Mengawal hormon dalam badan, dan membantu penyelenggaraan kelenjar minyak yang dirembeskan pada kulit kepala.


Shedding more often? You may need to increase your intake of zinc. Studies show this mineral can affect levels of androgens, hormones associated with hair loss. 

rujukan disini


B complex

Inositol iaitu salah satu vitamin B berfungsi untuk membantu pertumbuhan rambut. Vitamin B12 pula membantu menghalang keguguran rambut. Masalah keguguran rambut juga boleh berlaku disebabkan oleh tekanan atau stress,dan seperti yang kita tahu vitamin B Complex adalah vitamin anti stress yang terbaik.  

Vita Lea
Kekurangan nutrien dan mineral penting juga boleh menyebabkan masalah rambut gugur. Pengambilan Vita Lea iaitu multivitamin yang lengkap dan mudah diserap oleh badan boleh membantu kesihatan rambut dan kulit kepala, sekaligus membantu mencegah masalah rambut gugur.

ESP
ESP adalah sumber protein lengkap yang mengandungi kesemua (9jenis) asid amino perlu dan tidak perlu. Oleh kerana protein adalah komponen terbesar dalam struktur rambut, sudah tentulah ESP sangat PERLU dalam memelihara rambut yang sihat dan menawan. 

Selain itu, ESP juga kaya dengan isoflavones iaitu hormon yang diperlukan untuk mencegah rambut gugur.

Soy products contain plant hormones that can reduce the effects of androgens and potentially slow down the process of hereditary hair loss...
                                                                rujukan disini


You know you need adequate protein to build muscle—and you also need it for healthy hair because hair is made primarily of protein. Low-quality protein can lead to weak, brittle hair or a loss of hair color....



Selain itu, anda juga boleh mencuba produk penjagaan  rambut ProSante. 





 Testimoni









Berminat untuk mencuba? Anda boleh Klik butang di bawah utuk tempahan Suplemen rambut sihat Shaklee


Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, dan memerlukan konsultasi saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Perkhidmatan EKSKLUSIF dan tiptop.:)

Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com