Saturday 30 September 2017

KULIT MAKIN SIHAT DAN TIDAK KUSAM LAGI SEJAK AMAL VITAMIN SHAKLEE

Masalah kulit kusam dan jerawat boleh hilang dengan amalkan vitamin Shaklee. Betul ke? Tentulah. Tengok pengalaman salah seorang pengguna vitamin Shaklee ini.

*********************************************************** 
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 19 : CHE KU NOR HIDAYAH
.

[KULIT MAKIN SIHAT DAN TIDAK KUSAM LAGI SEJAK AMAL VITAMIN SHAKLEE]
.


Saya Che Ku Nor Hidayah Che Ku Long.
Kehidupan saya mula berubah setelah ambil vitamin Shaklee. Dulu kulit muka saya gelap, kusam, dan sunburn. Pernah juga beli produk skincare, tapi muka je putih, tangan masih gelap. Malangnya, bila saya berhenti pakai produk tu, kulit muka mula kusam dan timbul jerawat halus.
.

Macam-macam cara saya cuba pakai bedak compact dan foundation, tapi nampak tak rata. Dan tona kulit saya nampak tak sekata. Stress juga, malu nak pergi kelas dan kuliah. Tapi terpaksa la hadapinya.
.

Sampai la satu hari, saya jumpa Shaklee dan nekad untuk cuba selepas tengok banyak testimoni berjaya. Saya amal vitamin C, GLA Complex, ESP.
.

Kulit saya dah lain selepas amal vitamin Shaklee. Nampak makin sihat dan susah nak naik jerawat. Selain itu, kulit saya juga dah cerah sekata.
.

Kelainan lain, saya makin sihat. Migraine saya dah makin berkurang juga. Saya ada masalah migrain dari sekolah rendah lagi. Bergantung dengan ubat tahan sakit biasanya. Tapi lepas ambil vitamin Shaklee, Ostematrik dan B Complex, migraine saya dah tak teruk macam dulu lagi.
.

Syukur saya ditemukan dengan Shaklee. Saya sangat suka kesan Shaklee dan ia telah mengubah kehidupan saya lebih sihat dan cantik semulajadi



  



*************************************************************

Nak cuba vitamin untuk kulit? Boleh cuba Set Radiant 4.



Klik butang di bawah untuk belian onlie


   


Atau hubungi saya untuk COD atau pos.

Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI 



Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) 






Friday 29 September 2017

MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DAN BERJAYA HAMIL AWAL SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE SECARA KONSISTEN

Masalah period atau haid yang tidak teratur memang membimbangkan. Lebih-lebih lagi jika anda merancnag untuk mendapat zuriat. nak tahu bagaimana atasi masalah haid tidak teratur dan usaha untuk hamil?

Jom ikuti testimoni dari pengguna Suplemen Shaklee.

*********************************************************
Dari page Supermom Shaklee Story
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 22 : ELYANIE CHE ROS
.

[MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DAN BERJAYA HAMIL AWAL SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE SECARA KONSISTEN]
.

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya Elyanie Binti Che Ros dan berusia 26 tahun. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berusia 1tahun 9 bulan yang diberi nama Ahmad Aryan Razin.

Hari nie Yanie akan sharekan masalah yang Yanie hadapi dan akhirnya kemanisan yang Yanie dapat bila bertemu Shaklee 😘
.

Sebenarnya kata-kata en suami sebelum nie ada sebab kerana dia tahu masa Yanie belajar dulu dekat POLIMAS ada masalah period tidak teratur.

Bagi yang tak pernah baca entry blog Yanie berkaitan ini Yanie akan sharekan dengan korang semua.
.

Masa belajar dekat POLIMAS pada tahun 2009-2012 Yanie hampir 6 bulan period tidak datang. Pada masa itu Yanie makin serabut dan takut kerana risau kalau ada penyakit yang kronik ataupun sebaliknya. Hanya Allah sahaja tahu perasaan Yanie masa itu.
.

Masa belajar dulu keluarga Yanie jauh di Ipoh. Yanie hanya uruskan diri sendiri masa di Kedah dulu selama 3 tahun tanpa keluarga di sisi. Disebabkan makin serabut dengan masalah period yang tidak datang hampir 6 bulan, akhirnya Yanie buat keputusan untuk jumpa pakar di hospital mahupun klinik untuk scan dan buat rawatan masalah yang yanie hadapi.

Hanya airmata sahaja yang menitis tanpa henti selepas jumpa doktor pakar.
.

Doktor cakap period Yanie ini akan teruk lagi apabila Yanie sudah berkahwin nanti. Kerana selepas kita berkahwin hormon kita akan berubah kerana kita sudah bersama suami. Yang makin sebak buat Yanie, doktor cakap risiko ingin timbang cahaya mata sangat tipis atas sebab period Yanie yang teruk. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Yanie masa itu.
.

Memang kita tak tahu bila nak berkahwin. Tapi bila kita berkahwin mesti inginkan cahaya mata untuk diberikan kepada suami, waris keluarga dan waris keluarga mertua. Selepas jumpa doktor, doktor akan beri Yanie ubat untuk period, dan sampai bila Yanie ingin bergantung dengan ubat-ubatan sahaja.
.

Shaklee ubah masalah kesihatan Yanie kepada 360 darjah. Syukur alhamdullilah, akhirnya period Yanie yang hampir 6 bulan tak dapat dapat diatasi dengan selamat. Yanie hanya konsisten dengan SET KESUBURAN SHAKLEE HANYA 3 BULAN SAHAJA. Selepas 3 bulan tersebut, period Yanie datang setiap bulan tepat pada masanya. Masa itu tidak tergambar perasaan syukur dan seronok sangat kerana masalah period Yanie sudah berakhir. Saat bahagia sangat bila dapat mencegah daripada makin teruk.

Yanie memang konsisten makan ESP , GLA COMPLEX & ALFALFA COMPLEX TANPA SKIP. En suami juga konsisten makan ESP , VITAMIN E & ZINC COMPLEX (out of stok) TANPA SKIP JUGA.
.

Yang paling bahagia sebenarnya bagi Yanie dan suami adalah kami sama-sama konsisten makan Shaklee dari kami berkawan, tunang dan akhirnya berkahwin. Kami mula ambil Shaklee jun 2013. Sudah 4 tahun kami sudah bersama Shaklee. Syukur sangat bila en suami ini seorang yang ambil berat dan berikan perhatian sepenuhnya kepada Yanie.

Pada tahun 2015 kami sah hidup sebagai suami isteri, kami makin bahagia dan seronok kerana cinta kami akhirnya bersatu walaupun kawan tak lama. Alhamdullilah syukur kehadrat illahi. Selepas sebulan lebih berkahwin suami tiba-tiba sakit ulser teruk dan demam tak kebah-kebah langsung hampir seminggu lebih. Kita sebagai isteri memang risau dengan keadaannya itu. Hampir 5 buah klinik pergi untuk buat rawatan tapi hanya selepas makan ubat klinik terakhir sahaja suami sembuh sebaiknya.
.

Tiba-tiba mak mertua cakap cuba beli UPT sebab nampak keadaan suami lain. Mungkin suami ada kena alahan kot. Kami suami isteri pun pergilah farmasi beli UPT. Yang bestnya bila nak minta UPT tue masing-masing malu. Maklumlah baru pertama kali nak pergi beli. hahahahaha.
.

Yanie bangun pagi terus buat test ini. Nampak sahaja double line terus tunjuk dekat suami yang yanie sah hamil. Rasa sebak sangat kerana Yanie bertuah kerana Allah beri rezeki anak awal. Sebabkan Yanie konsisten makan supplemen Shaklee daripada masalah kesuburan Yanie dahulu dan kata-kata doktor bahawa Yanie tipis untuk dapat anak akhirnya dapat diatasi dengan sepenuhnya. Inilah hadiah paling bermakna bagi kami suami isteri. Terima kasih Ya Allah kau dengar doaku. Terima kasih Shaklee sebab bantu mencegah masalah kesuburan Yanie.

Selepas seminggu Yanie buat UPT, Yanie dan suami buat keputusan untuk pergi buat scan baby dalam perut sebab nak tahu keadaan baby macam mana. Time buat scan, doktor tunjuk di skrin gambar jantung baby yanie. Masa itu Yanie dan suami nampak jantung baby berdegup sangat laju dan kuat sekali. Time tue rasa bersyukur dan sebak sangat kerana Allah letakkan anak syurga di dalam rahim Yanie. Yanie rasa sangat bertuah sangat.
.

Sebenarnya tak salah kalau kita nak ikhtiar dan cuba cari cara untuk mengatasi masalah kesihatan kita sebaik mungkin. Kerana Allah sangat suka bila hambanya berusaha dan terus berusaha. In Shaa Allah bila kita usaha sehabis mungkin kita akan rasa dan menikmati kemanisannya.


         

Nak cuba? 
Boleh klik butang di bawah untuk belian secara online 

         



atau hubungi saya untuk COD atau Pos:)

Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI 



Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) 


Thursday 28 September 2017

FIRST AID YANG ANDA PERLU ANDA SEKIRANYA ADA BAYI

Jika anda ada bayi, sudah tentu sudah faham. Segala kelengkapan firt aid untuk besedia sekiranya bayi tiba-tiba kurang sihat pelu disediakan. Salah satu first aid yangsaya selalu ada, dan yang anda juga miliki ialah HERBAL BLEND.

Ikuti testimoni dari page Supermom Shaklee Story


*************************************************************
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4

TESTIMONI 24 : HAFIZA ZAMRI
.

[FIRST AID UNTUK RUAM KALIGATA]
.


Assalamualaikum.

Saya Nurhafizah ibu kepada dua cahaya mata dan kini seorang surirumah .Saya ingin konsikan pengalaman anak saya Afia Hani Sofia ketika mengalami ruam kaligata yang selalu terjadi pada kanak-kanak atau orang dewasa secara tidak sedar .
.

Seperti yang kite tahu ruam kaligata ini terjadi dari banyak faktor iaitu pemakanan, keadaan sekeliling cuaca, habuk bantal katil dan sebagainya. Namun persekitaran tempat tidur juga sangat menjadi motif utama terjadinya ruam kaligata.
.

Ini lah yang terjadinya pada anak saya yang kedua Afia Hani Sumayyah baru-baru ini. Saya menyedarinya ia terjadi apabila Hani kerap menggaru di bahagian peha beliau selepas dari bangun tidur dan sebelum itu peha beliau hanya ada bintik-bintik merah seperti nyamuk gigit tetapi semakin merah dan bintik sebelum ini menjadi lebih besar seperti peta-peta dunia.
.

Saya sangat risaukannya kerana takut mungkin beliau alergik makanan kerana Hani menyusu badan sepenuhnya tetapi bila diimbas kembali tiada pemakanan saya yang akan membuatkan beliau alergik kerana ini baru terjadi setelah beliau berusia 9 bulan. Saya beranggapan habuk di katil yang menyebabkan Hani begitu.
.

Oleh kerana ruam semakin besar dan Hani semakin berasa tidak selesa saya nekad untuk mencuba Herbal Blend Shaklee dan menyapu di keseluruhan kawasan merah dan gatal. Selepas beberapa ketika Hani tidak lagi menggaru dan selepas beberapa jam ruam kaligata tersebut telah hilang dan keadaan kulit peha Hani tiada lagi kemerahan dan pulih seperti biasa.

Alhamdulillah syukur pada Allah dan terima kasih Shaklee.
.

Mungkin ruam kaligata hanya lah perkara biasa pada masyarakat kita akan tetapi bila ia terjadi pada bayi atau kanak- kanak mereka tidak lah seperti orang dewasa yang tahu mencari ikhtiar bagi membantu diri meredakan kegatalan dan kemerahan sendiri, hanya mampu menangis atau menggaru sahaja dan mungkin juga menggaru sehingga berdarah .Mereka juga akan berasa tidak selesa dan mudah meragam.
.

Oleh itu saya sebagai ibu sangat-sangat menyarankan ibu bapa diluar sana memiliki krim Herbal Blend ini sebagai membantu mengurangkan kegatalan dan kemerahan apabila ianya terjadi kerana ruam kaligata boleh terjadi pada semua orang.
.

Jadikanlah Herbal Blend ini sebagai salah satu 'first Aid' anda dirumah.

Satu keluarga satu Herba Blend.


Nak cuba? 
Klik butang di bawwah untuk belian online



Atau hubungi saya untuk COD atau pos 




*******************************************************************



Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI 


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) 



Wednesday 27 September 2017

MASALAH SEMUT-SEMUT KRONIK PADA TANGAN BERANSUR SEMBUH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Masalah tangan kebas atau rasa semut semut boleh menganggu rutin harian anda. Saya sendiri pernah mengalami masalah ini semasa mengandungkan Sofea.(anak kedua). Waktu itu belum jath cinta dengan Shaklee seenuhnya. :) Bagaimana nak atasi masalah tangan kebas ya? Jom ikuti pengalaman pengguna Vitamin Shaklee.


*********************************************************

Dari Page Supermom Shaklee Story
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 23 : AZALIN ADZHAR
.

[MASALAH SEMUT-SEMUT KRONIK PADA TANGAN BERANSUR SEMBUH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
.


Assalamualaikum saya Azalin Adzhar , lebih mesra jika dipanggil Lin. Lin seorang ibu kepada 3 orang cahayamata .

Pada pertengahan usia Lin 20an Lin kerap alami masalah semut-semut tapi ia datang dan pergi. Rasa semut-semut tu tidak pernah mengganggu aktiviti harian Lin. Jadi Lin tak ada lah rujuk kemana-mana doktor.
.

Sampailah pada tahun 2011 ketika usia anak kedua Lin lebih kurang 4 bulan. Setiap kali bangun pagi tangan kanan Lin tak boleh bergerak, jari-jari tangan jadi kaku tapi lepas dipicit beberapa kali Alhamdulillah ok. Mula-mula ingin biasa je, sampailah satu hari tu tangan kanan sakit sangat rasa macam ada aliran letrik, mencucuk-cucuk dan sukar nk digerakkan. Kebiasaannya dia terjadi waktu malam masa tengah nyenyak tidur. Bayangkan sakitnya boleh buat Lin terjaga dari tidur. Sejak tu boleh dikatakan setiap hari Lin menangis tengah-tengah malam menahan sakit. Semakin hari semakin sakit.
.

Sakitnya bukan setakat tu je, Lin kalau menulis pun hanya mampu tulis 2 atau 3 patah perkataan. Kalau pegang sudu atau apa-apa pun hanya untuk beberapa saat je. Hujung-hujung akan rasa mencucuk-cucuk dan jari tak mampu nak pegang apa-apa. Belum bab dukung anak, setiap kali nak dukung anak Lin mesti anduh dengan kain. Ya Allah takutnya kalau anak terlepas.
.

Lin ada juga pergi mengurut, rendam tangan dengan air suam tapi keadaan sama juga. Sakitnya tak hilang malahan ia makin sakit. Lin ambil keputusan pergi ke HKL buat pemeriksaan. Ujian darah, xray semua kena buat dan lin terus dirujuk ke pakar tulang atau ortopedik. Mula-mula doktor jangkakan lin ada masalah rheumatoid arthritis atau carpal tunnel. Alhamdulillah dari ujian darah lin bebas dari kedua-duanya. Doktor kata saraf lin mengeras dan melekat antara satu sama lain. Sejak dari tu lin diarahkan jalani rawatan fisioterapi dan dibekalkan dengan vitamin B dan panadol sebagai ubat tahan sakit.
.

Ada satu hari tu Lin cerita dengan kawan pasal sakit Lin ni, dia cadangkan supplement shaklee. Dia cadangkan lin makan B COMPLEX dan OSTEMATRIX. Demi untuk sihat lin keluarkan belanja sendiri beli supplement tu, lagipun B Complex shaklee tak berbau jika dibandingkan dengan vitamin B hospital. Tekak Lin memang susah sikit nak telan bau vitamin B hospital.
.

Hampir setahun setengah Lin buat fisioterapi dan makan B Complex serta Ostematrix. Alhamdulillah tangan Lin sekarang boleh menggenggam dan lakukan aktiviti harian seperti biasa. Senaman tangan pun lin masih lakukan setiap pagi dan petang sampai sekarang. Tak sanggup rasanya untuk lalui kesakitan dulu lagi sekali.
.

Bagi anda yang ada masalah semut-semut atau kebas-kebas boleh usaha dengan mengamalkan pengambilan B complex dan Ostematrix. Dari penjelasan doktor masalah yang Lin hadapi berpunca dari masalah semut-semut yang dipandang ringan.




Nak cuba? boleh klik butang di bawah untuk belian secara online


atau hubungi saya untuk COD atau pos 




*******************************************************************



Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI 


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) 



Saturday 23 September 2017

PENAPIS AIR MURAH DAN MUDAH DISELENGGARA, JIMAT DAN HALAL

Adakah air paip rumah anda kuning berkeladak?
Nak minum pun tak ada selera..tak tergamak..
Penapis air pula mahal sampai beribu harganya...
kalau ada yang bayaran ansuran pun makan beratus juga sebulan..dengan maintenance pula..banyak juga kosnya kan?

jadi kita cerita tentang penapis air Shaklee yang murah, mudah dan jimat..penapis air yang tak perlu bayar setiap bulan, tak perlu nak guna elektrik, tak perlu maintenance yang tinggi.








Water pitcher Shaklee


>>> MUDAH, tak perlu pemasangan yang rumit, boleh dibawa ke mana-mana!

>>> MURAH, setiap blok karbon mampu menapis sehingga 80 gelen air

>>> JIMAT , tak guna elektrik

>>> SELAMAT menapis logam berat dan

>>> AIR LEBIH SEDAP




Untuk tempahan anda boleh klik butang dibawah untuk belian secara online,


Atau hubungi saya untuk COD tau pos melalui GDEX

*******************************************************************



Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035

Fanpage: Suplemen untuk semua
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI 


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) 




Friday 22 September 2017

GDM (GESTATIONAL DIABETES MELLITUS); MASALAH KENCING MANIS KETIKA HAMIL

Selalu kita dengar ibu mengandung bercerita tentang "minum air gula' atau secara tepat namanya ialah MGTT (Modified Glucose tolerance test) yang harus dijalani apabila mengandung. Tahukah anda apa maksudnya?



   

Ujian tersebut adalah untuk menguji sama ada ibu hamil mengalami masalah kencing manis semasa hamil atau gestational diabetes melitus (GDM). Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.


Apakah Diabetes?
Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:

1. mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga;
2. membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.


Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap GDM.

GDM atau kencing manis semasa hamil selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Selain ujian minum air gula atau MGTT, air kencing atau urin juga akan diuji untuk mengesan kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam air kencing anda, ini mungkin tanda GDM.

Selalunya, diabetes gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda mungkin mengalami perkara berikut:
1. keletihan;
2. dahaga yang terlampau;
3. membuang air kecil dengan banyak;
4. penglihatan kabur.

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Kencing manis ketika mengandung boleh membawa kesan yang buruk jika tidak dikawal.
Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

  



Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetes jenis 2 di kemudian hari nanti. Kesian baby :(

Adakah anda berisiko menghidapi GDM?

1. Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30 (obes)
2. Anda pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
3. Anda menghidapi diabetes gestasi sebelum ini;
4. Keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
5. Keturunan anda mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi.

Bagaimana mencegah?
1. Mengamalkan diet yang seimbang yang merangkumi karbohidrat daripada bijian penuh, protein tanpa lemak dan lemak yang sihat.
2. Bersenam bagi membantu mengawal tahap gula dalam darah. Banyak senaman yang selamat dilakukan semasa hamil seperti yoga, berenang dan berjalan.
3. Mengawal peningkatan berat badan.


Apa yang penting, amalkanlah diet yang seimbang, dan kurangkan makanan serta minuman bergula.


Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Walaupun kebiasaaannya diabetes gestasi(GDM) hilang sendiri selepas bersalin, dan anda mungkin dapati tahap gula dalam darah anda kembali normal, langkah terbaik adalah menjalani ujian OGTT setahun sekali untuk mengesan kencing manis di peringkat awal.



SUPLEMEN UNTUK MASALAH KENCING MANIS KETIKA HAMIL (GDM)

Sekiranya anda menghadapi masalah GDM ketika hamil, mengawal paras gula dalam darah, dan diet adalah sangat penting untuk mengelakkan sebarang komplikasi terhadap bayi anda. 

Kami mencadangkan Set kencing Manis ketika hamil ini untuk membantu anda.

   




Dalam set ini terdapat ESP SHAKLEE yang sangat baik untuk diet terutama penghidap kencing manis. Bagi penghidap kencing manis semasa hamil atau kencing manis biasa, ESP adalah sumber diet terbaik kerana :-

1. Memberi tenaga ekstra pada ibu hamil.
2. Rendah kalori dan rendah INDEKS GLISEMIK (ini penting pada pesakit diebeties)

Makanan yang mempunyai indeks lisemik yang tinggi adalah makanan yang cepat dicerna dan meningkatkan paras glukosa dalam darah engan mendadak.  
Manakala makanan dengan indeks glisemik yang rendah pula dicerna secara perlahan lahan, dengan itu kadar glukosa dalam darah tidak mningkat dengan mendadaak, sebaliknya secara perlahan lahan. 
Dengan itu, ia memberi tenaga yang berpanjangan, dan paras glukosa juga secara normal.



B COMPLEX pula ;
1. Membantu menukarkan gula kepada tenaga.
2. Membantu mengurangkan keletihan.
3. B Complex terlengkap kerana ada kesemua 8 jenis vitamin B dalam setiap pil.

Vitalea Shaklee pula mempunyai zinc yang dapat membantu penghasilan insulin, selain ia mempunyai 19 jenis vitamin dan mineral yang lengkap untuk menyokong kesihatan ibu hamil.

Ostematrix memang terbaik sebab ianya hanya pil dan senang ditelan. Selain itu ia juga :-

1. Sumber magnesium, kerana kekurangan magnesium dalam tubuh juga meningkatkan risiko kencing manis.
2. Gabungan Magnesium dan Kalsium yang lengkap bagi menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu
.


Ingin cuba? 
anda boleh dapatan secara online dengan klik butang di bawah,

  

Kelebihan membeli dengan kami;

Setiap pembelian set ini dengan Suplemen Untuk Semua melayakkan anda menerima:

  • Konsultasi percuma
  • Cara pengambilan terbaik percuma
  • Jadual vitamin harian percuma


*******************************************************************



Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI 


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) 







Thursday 21 September 2017

8 SEBAB GLA COMPLEX ADALAH TEMAN SETIA WANITA ANGGUN

GLA Complex adalah teman wanita yang anggun. Nak jadi anggun tak? pastikan GLA Complex menjadi teman setia anda selalu.:) Mengapa GLA Complex Shaklee dikatakan sebagai teman setia wanita?





GLA Complex ialah Gamma Linolenic Acid yang diekstrak daripada Borage seed. Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA yang mana ia adalah sumber terbaik Omega 6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. 
  

Manfaat utama GLA Complex:

  • herba tradisi Barat yang dipercayai untuk merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia homon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopause - memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flushes, ketidakhadaman, dan kemurungan. Pengambilan jangka masa panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus dan untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki prostmegaly
  • Memperbaiki inflammasi kulit - mengurangkan inflammasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, dan kurap.
  • menghalang komplikasi diabetes
  • pelangsingan dan menghalang tambah berat badan
  • menghalang tekanan darah tinggi
  • memperbaiki tekstur rambut 

Jadi, anda perlukan GLA Complex sebagai teman setia sekiranya anda wanita yang;

1.Ingin memperbaiki tahap kesuburan, atau ingin memiliki mahupun menambah zuriaat, tentu perlukan GLA Complex.
Set Kesuburan Shaklee membantu meningkatkan kesuburan suami dan isteri


2. Mengalami kitaran haid yang tidak tetap

  





3. Sering mengalami senggugut. GLA merupakan bahan binaan Prostaglandin yang penting untuk proses kimia dalam tubuh seperti mengawal tekanan darah, pengecutan otot (punca terjadinya senggugut)

    


   




4. Mengalami masalah kulit seperti ekzema, kekeringan kulit

   

    




5. Diabetes (jenis 2). GLA membantu mengawal insulin dan paras kolesterol. Juga mengurangkan kesakitan dan kebas-kebas yang biasa dialami oleh penghidap diabetes


6. Masalah berat badan berlebihan yang berkaitan dengan hormon


7. Ingin mendapatkan kulit cantik bebas jeragat dan jerawat
      



8. Mereka yang menghidap penyakit arthritis reumatid


Nak cuba GLA Complex? 

Boleh beli secara online,
klik butang di bawah

   

Atau boleh hubungi saya


Kelebihan membeli dengan kami;

Setiap pembelian set ini dengan Suplemen Untuk Semua melayakkan anda menerima:

  • Konsultasi percuma
  • Cara pengambilan terbaik percuma
  • Jadual vitamin harian percuma


*******************************************************************



Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI 


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :)