Wednesday 22 October 2014

PERSIAPAN BERSALIN: CHECKLIST KE HOSPITAL

Entry ini khas untuk mak buyung yang sedang menunggu masa untuk bersalin ^_^. Semoga perkongsian ini boleh membantu kalian membuat persiapan sebelum bersalin. Bila dah masuk 32 minggu nurse mula nasihat untuk kemaskan barang bayi dan ibu ( beg) ke hospital, in case ada kecemasan seperti lahir pramatang atau tercepat dari due date.

checklist ke hospital swasta

Bagi saya, walaupun dah masuk baby ke3, bila nak kemas beg stil rasa ingat-ingat lupa. hehe.. so google dan ingat-ingat balik pengalaman lalu, saya sediakan checklist barang-barang ke hospital yang perlu..tapi maybe more to persiapan bersalin di hospital swasta..jika ke hospital kerajaan mungkin ada beberapa tambahan lain.

checklist ke hospital


Barangan baby
baju dan seluar tangan panjang (2/3 pasang)
mitten & booties (2/3 pasang)
selimut (1 helai)
tuala (1 helai)
pampers (1 pack newborn)
wet tissue (1 pack)
cotton ball
minyak yuyi 
kain lampin

barangan ibu
baju (blouse menyusu / berbutang di hadapan lebih pratikal) dan kain atau seluar
kain sarung
tuala 
toiletries
maternity pad ( saya beli yang bertali, sebab lepas bersalin biasanya nurse pakaikan yang bertali sebab belum pakai panties lagi)
bra (nursing bra ) dan panties
tudung 
stokin
minyak panas (saya suka minyak Mestika)
Surah Yassin

makanan / minuman
air selusuh
kurma
biskut

Suplemen / vitamin selepas bersalin 
Vita Lea
B complex
Ostematrix
Zinc complex
Vita C

saya sediakan dua beg, 1 beg untuk masuk labour room, satu lg untuk ke wad.

so dlm beg labour room ada; 
baju baby (1) pampers(2) mitten & booties(1), selimut baby, kain lampin, tuala baby, pad ibu, kurma, air selusuh.


Kesemua vitamin saya boleh diambil sebelum dan selepas bersalin. senang kan?
yang penting, keluar je labour room boleh terus ambil vitamin untuk cepat sembuh, ganti tenaga yang dah hilang.. untuk kurangkan sakit pun boleh tau! ambil je b complex dan ostematrix.. yang pasti saya tak akan lupa telan ostematrix- tentunya untuk kurangkan sakit pinggang dan sakit badan selepas bersalin. ia juga boleh melancarkan perkumuhan. oh bab tu memang seriau. :P

Alhamdulillah, akhirnya siap juga persiapan untuk ke hospital. Semoga semuanya berjalan lancar..untuk saya dan korang semua juga :)


checklist ke hospital

Klik untuk mengetahui lebih lanjut tentang SUPLEMEN SELEPAS BERSALIN 

UNTUK TEMPAHAN SUPLEMEN SELEPAS BERSALIN / BERPANTANG klik button di bawah.
(boleh hubungi saya untuk jadual makan dan konsultasi selepas tempahan)




Untuk anda yang memerlukan produk Shaklee yang nyata selamat, berkesan dan semulajadi ini, boleh hubungi saya untuk konsultasi. Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan.

COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.



2 comments :

  1. yang penting supplement shaklee jangan lupa..biar badan kekal bertenaga..selamat menghitung hari fizah..insyaallah semuanya baik2 sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak rin. Memang dah siap-siap isi beg dah sume supplement bersalin Shaklee. rasa nak angkut dengan botol ESP sekali..haha.

      Delete