Wednesday 30 September 2015

ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR SEBELUM BOTAK!

Anda mengalami masalah rambut gugur, kering dan rosak?Rambut adalah diibaratkan seperti mahkota untuk menunjukkan betapa penting dan berharganya rambut bagi seseorang individu. Bagi anda pula bagaimana? jika ia amat berharga bagi anda, segera atasi masalah rambut gugur, sebelum jadi botak!. Nak tahu caranya? Baca jangan skip-skip :) 

Struktur rambut
Rambut adalah struktur yang terdiri dari protein yang dinamakan sebagai keratin.Rambut mempunyai komponen yang terdiri dari 70% -80% keratin3-6% sebatian minyak1% zat warna melanin dan pheomelanin (pigmen warna lebih muda), 15% kelembapan air dan selebihnya merupakan karbohidrat dan unsur-unsur mineral.



Masalah rambut gugur

Masalah rambut gugur bukan sahaja mengganggu wanita, malah 2/3 dari nya adalah melibatkan lelaki. Antara sebab keguguran rambut ialah keturunan atau genetik, kekurangan nutrien, stress dan ketidakseimbangan hormon

Bagaimana ESP dapat membantu rambut yang lebih sihat dan menawan?
ESP adalah sumber protein lengkap yang mengandungi kesemua (9jenis) asid amino perlu dan tidak perlu. Oleh kerana protein adalah komponen terbesar dalam struktur rambut, sudah tentulah ESP sangat PERLU dalam memelihara rambut yang sihat dan menawan. 

Selain itu, ESP juga kaya dengan isoflavones iaitu hormon yang diperlukan untuk mencegah rambut gugur.

Soy products contain plant hormones that can reduce the effects of androgens and potentially slow down the process of hereditary hair loss...
                                                                rujukan disini

You know you need adequate protein to build muscle—and you also need it for healthy hair because hair is made primarily of protein. Low-quality protein can lead to weak, brittle hair or a loss of hair color....





Mengapa perlu ESP?


Mungkin anda berpendapat tidak perlu mengambil suplemen protein kerana ia boleh di ambil dari sumber protein melalui diet seharian. tetapi, TAHUKAH anda, protein adalah sensitif kepada suhu?
Tahukah anda sumber ptotein (asid amino) dari diet anda berkemungkinan tidak lengkap dan sudah pun musnah ketika proses memasak? Kesudahannya, anda tidak mendapat protein (asid amino perlu dan tak perlu) yang mencukupi. Nah.. tentu sahaja anda terdedah kepada masalah kekurangan protein yang boleh menyebabkan pelbagai masalah lain termasuklah masalah rambut!


Untuk kesan yang lebih mengujakan anda boleh ambil full set, iaitu Set rambut sihat Shaklee ini terdiri dari 
1. Zinc Complex
2. Vita Lea
3. ESP
4. B complex




Jika tidak mahu masalah rambut gugur menjadi lebih BURUK, dapatkan suplemen untuk rambut anda SEKARANG. Jangan berlengah, cegah sebelum parah..takkan nak tunggu sampai botak..oppss..harap-harap tak ada ye..

Jika anda beminat untuk mendapatkan produk Shaklee, dan memerlukan konsultasi saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Perkhidmatan EKSKLUSIF dan tiptop.:)


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Tuesday 29 September 2015

ESP BANTU SUSU IBU LEBIH PEKAT DAN BANYAK

ESP memang sangat popular di kalangan ibu menyusu kerana ESP boleh bantu susu ibu lebih pekat dan banyak. Tak percaya?

Jom tengok mengapa ESP boleh bantu susu ibu lebih pekat dan banyak.


Kandungan ESP



1 canister ESP (850g) dihasilkan darpada 30kg kacang soya yang terbaik, iaitu non GMO (genetically modified Organism) kacang soya, dimana Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program(IPP) untuk memastikan kacang soya yang digunakan bebas daripada pendedahan perubahan genetik sejak daripada benih sehingga proses pengeluarannya.

ESP Shaklee mengandungi protein lengkap, iaitu kedua-dua asid amino perlu dan asid amino tak perlu.

Apakah protein?
Protein terdiri dari lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia. 
Terdapat asid amino yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan perlu diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu.


Apakah kepentingan protein untuk anda?
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.



PROTEIN ITU PENTING!


Seorang wanita dewasa biasanya memerlukan jumlah protein sebanyak 46 gram sehari. Manakala ibu menyusu memerlukan tambahan protein sebanyak 25 gram sehari, bermakna jumlah protein yang diperlukan dalam lingkungan 71 gram sehari. Adakah pengambilan protein harian anda mencukupi?

Sumber asli protein adalah seperti ikan, daging, kekacang, tauhu dan produk tenusu. Bagaimana ingin memastikan pengambilan protein anda mencukupi? Jangan ambil jumlah protein dalam kuantiti yang banyak sekaligus, sebaiknya cuba bahagikan masa seperti pagi, tengahari, dan malam. 

Perlukan cara mudah untuk mencukupkan pengambilan protein harian anda? boleh cuba ESP Shaklee - memang TERBAEK! :) 

Testimoni ESP bantu susu lebih banyak dan pekat



Dan..ini testimoni saya sendiri :) boleh baca entry saya yang terdahulu ( Jatuh cinta setiap hari- i love my ESP)



ESP boleh bantu susu ibu lebih pekat dan banyak - saya SETUJU!  ^_^ Nak cuba ESP? boleh hubungi saya ye. Tawaran istimewa untuk pelanggan saya sahaja...jadual mengepam dan e book Tips tambah susu...serta of course free gift menarik :0.

*********************************************************************
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

PELUANG MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN. >>>BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Tuesday 15 September 2015

6 TIPS SIHAT HADAPI JEREBU ELAK SAKIT

Ramai yang update tentang jerebu. Jika sebelum ni Kelantan masih 'terselamat', tapi hari ni jerebu agak teruk juga disini. 
Jerebu bukan sahaja memberi kesan kepada penglihatan- susah nak drive, tapi lebih teruk lagi boleh beri effect kepada kesihatan, terutama kesihatan sistem pernafasan. Sebab tu saya nak share 6 tips sihat hadapi jerebu supaya kita sama-sama boleh praktikkan.



Okay...sebelum tu apa lah jerebu ni ye?
Jerebu ialah satu fenomena di mana habuk, asap, dan zarah-zarah kering yang lain berkumpul di udara, menyebabkan penglihatan yang kurang jelas dan jarak penglihatan yang berkurangan. Ini berlaku apabila keadaan cuaca menghalang bahan pencemaran ini daripada disebarkan secara meluas. Apa yang berlaku ketika jerebu ialah bahan pencemaran ini bertumpu kepada sesuatu kawasan dan menyelimutkannya.

Jerebu boleh berwarna coklat atau biru dan bergantung kepada saiz zarah, jerebu tidak selalunya boleh dilihat dengan mata kasar.

Beberapa buah negeri yang terjejas agak teruk dengan ipu melebihi 100 ialah Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,Sarawak, Wilayah Persekutuan. Anda boleh ke laman Depertment of environment untuk mngetahui update terkini bacaan Indeks Pencemaran Udara(IPU). 

Jerebu dikira dengan unit indeks IPU, dimana bacaan
0-50 >>> baik
51-100 >>>sederhana
101-200 >>>tidak sihat
201-300 >>>sangat tidak sihat
301-400- bahaya!

Kesan kesihatan akibat jerebu
Antara golongan yang berisiko tinggi untuk dapat kesan buruk jerebu ialah kanak-kanak, ibu mengandung, orang tua dan pesakit kronik. Jerebu boleh  memburukkan keadaan penyakit kronik seperti

1. Asma
2. Radang paru-paru
3. Sakit jantung
4. Sakit tekak
5. Selsema
6. Batuk
7. Sakit mata


6 Tips Sihat hadapi jerebu
1. Kurangkan aktiviti luar
2. Pakai penutup muka sekiranya  berada di luar rumh
3. Jangan merokok di dalam bangunan untuk memastikan udara di dalam bangunan bersih
4.Basuh tangan dan muka dengan sabun selepas melakukan aktiviti luar
5. Banyakkan minum air kosong
6. Jika di dalm kereta atau kenderaan, gunakan penghawa dingin dengan mode kitaran udara dalaman. 



Langkah tambahan, teruskan konsisten pengambilan vitamin anda terutama antioksidan seperti Vita C.

Antara Suplemen penting yang perlu anda 'up' kan dose di musim jerebu ini ialah:
1. Nutriferon



Hasil penyelidikan melebihi 40 tahun
Merupakan rumusan berpaten yang istimewa yang membantu meningkatkan tahap keimunan badan tanpa penggunaan antibiotik sintetik yang boleh menyebabkan kesan sampingan pada manusia. 
Sesuai untuk semua peringkat usia, anak-anak kecil pun boleh amalkan ya.


Kebaikan Nutriferon
  •  mampu merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun
  • sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam, dan jatuh sakit
  • bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca tidak menentu, jerebu.
  • sangat sesuai untuk orang yang kerap dikelilingi orang ramai @ melancong, berada di luar negara.
2. Vita C Plus

Bekalan vitamin C semulajadi untuk sepanjang hari.
Pilihan yang paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian. 
Merupakan antioksidan yang penting untuk meneutralkan radikal bebas yang terdapat di persekitaran dan tubuh kita.


3. Vita Lea
Suplemen yang paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Kebaikan vita lea:
  • membantu mengekalkan kesihatan yang baik
  • mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk memelihara penglihatan
  • membekalkan kalsium, fofforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • biotin dan asid pantotenik  menykong metabolisme lemak dan karbohidrat
  • vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah
untuk anak-anak, terutama yang menghidap asma, (boleh ke entry asthma di kalangan kanak-kanak) boleh amalkan;

Vita C chewable

memelihara kandungan antioksidan semulajdi tubuh. Ideal untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar menelan pil.

Vita Lea Chew

lengkap dengan 19 vitamin dan mineral penting bagi membantu menyokong tulang yang kuat dan badan yang sihat

Omega Guard


Minyak ikan semulajadi yang terbaik. Boleh membantu mengurangkan keradangan dan mengelakkan serangan asma, sakit tekak dan batuk. 

Jom amalkan 6 tips sihat hadapi jerebu, dan jangan lupa amalkan suplemen yang saya sebutkan di atas. semoga jerebu cepat berlalu. ^_^



*********************************************************************
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

PELUANG MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN. >>>BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)

Monday 14 September 2015

NUTRISI LENGKAP UNTUK KEHAMILAN SIHAT

Tahniah. Kerana anda terpilih menjadi wanita bertuah yang bakal bergelar ibu. Tahniah juga kerana anda memilih entry yang tepat. Info nutrisi lengkap untuk kehamilan sihat ada disini. InsyaAllah, kehamilan sembilan bulan anda akan lebih bermakna dan memberi kenangan manis.:)



Tak terjangau dek akal seorang manusia bakal lahir dari rahim kita..kan? bagaimana dia didalam sana? adakah mendapat nutrisi yang secukupnya untuk membesar secara sihat, menjadi anak yang bijak?



Untuk anda yang benar-benar prihatin tentang kesihatan bayi dan juga diri anda sendiri, saya nak perkenalkan YES wellness pack-- Healthy Prenatal.



OFFER istimewa sepanjang September sahaja.

Set ini terdiri daripada;
1. ESP
Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar. 
ESP adalah sumber protein terbaik yang mengandungi asid amino lengkap. Kita tahu, potein adalah bahan asas untuk pembentukan sel dan tisu. Selain baik untuk  anda, ESP dapat membantu pertumbuhan bayi anda secara sihat.

2. Omegaguard
DHA dan EPA mampu mengurangkan keradangan dan menggalakkan fungsi otak.
Sangat baik untuk perkembangan otak bayi di dalam kandungan. Nak anak bijak kan? boleh bermula dari dalam kandungan tau. InsyaAllah. Boleh tengok entry ini >> 8 Rahsia anak bijak sejak dalam kandungan

3. Vita Lea
Dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting
Rumusan yang sudah pun mencapai usia 100 tahun ni tau. Vita Lea adalah multivitain pertama di dunia. Penting kal

4. Vita C Plus
Membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan.
Sistem sustained release atau pelepasan vitamin C berterusan sehingga 12 jam. Memang terbaik.

5.Ostematrix
Lebih daipada kalsium, membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
Saya suka sebab ia juga membantu proses pembuangan sisa>>>melembutkan najis dan tiada masalah sembelit semasa hamil. Dan juga boleh membantu mengatasi masalah lenguh, sakit pinggang dan cramp kaki.

6. B complex
Menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B dan asid folik.
Membantu mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang. Juga penting untuk pembentukan darah ibu. 


Jika anda mencari suplemen ibu hamil yang mengandungi nutrisi lengkap untuk kehamilan sihat, Healthy pre natal set adalah jawapannya.Demi anda dan bayi. :) 
Istimewa September, dengan pembelian set Healthy pre- natal ni anda akan dapat extra satu Vita Lea PERCUMA! Memang tersangat jimat dan untung. Takkan tak nak kot?
Hubungi saya segera ye.
*********************************************************************
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

PELUANG MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN. >>>BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Saturday 12 September 2015

BAHAYA KESAN DIET YOYO! KETAHUI CARA LANGSING SECARA SIHAT DAN BETUL.

Ramai yang cuba menurunkan berat badan tanpa kaedah yang betul. Pernahkah anda cuba berdiet, tapi berat semakin naik, bukannya turun? Awas, anda mugkin mengalami kesan diet yoyo. Ok, saya nak terangkan tentang bahaya kesan diet yoyo, dan juga  cara terbaik untuk langsing secara sihat dan betul tanpa kesan diet yoyo.
BAHAYA KESAN DIET YOYO! KETAHUI CARA LANGSING SECARA SIHAT DAN BETUL.

Apakah diet yoyo?
Diet yang terlalu ketat, >>> sehingga berjaya menurunkan berat badan secara mendadak. 
Akan tetapi, akibat diet yang terlalu ketat, rasa 'craving' atau mengidam makan secara tidak sihat dan kuantiti yang banyak menyebabkan berat naik semula.
Dah rasa berat naik, berdiet semula secara ketat, dan kesan yoyo ini terus berterusan dan tidak mendatangkan hasil. Silap-silap, berat naik lebih daripada asal ! 


Mengapa taknak diet yoyo?
Kerana kesan bahaya tau..antaranya,

  1. Anda terdedah kepada kekurangan zat dan nutrisi seperti vitamin dan mineral penting yang boleh memberi kesan kepada kesihatan rambut, kuku, kulit dan bahagian tubuh yang lain.
  2. berat badan meningkat lebih tinggi daripada asal
  3. kehilangan otot
  4. memelihara lemak jahat
  5. mempengaruhi metabolisme badan
  6. merosakkan hati
  7. sembelit   
dan banyak lagi.




InsyaAllah, dengan set healthy fitness slimming Shaklee anda akan kekal langsing dan kurus tanpa kesan diet yoyo

HEALTHY FITNESS-SLIMMING
BAHAYA KESAN DIET YOYO! KETAHUI CARA LANGSING SECARA SIHAT DAN BETUL.


1. CINCH SHAKE (2 CANISTER)
Cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa kenyang semasa menurunkan berat badan.
Rasa lazat cinch seumpama desert boleh membantu anda berasa 'cukup' dan menghilangkan craving juga ye. Yang penting, ia memelihara otot, sebab otot yang diperlukan untuk membakar lemak. Jika diet biasa, anda berkemungkinan besar akan kehilangan otot. 
2. Cinch Tea
Meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman diminum panas atau sejuk
Cinch tea boleh membantu meningkatkan metabolisme. Untuk anda yang perlu berjaga malam, minum cinch tea pasti tak mengantuk. =)
3. Vita Lea
Dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting
walaupun berdiet, badan tetap menerima vitamin dan mineral penting untuk fungsi dan kesihatan optima tubuh anda. inilah diet sihat! :)

4. Lecithin
Sumber utama kolina, komponen asetilkolina neurotransmiter yag terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf
Lecithin bertindak memecahkan lemak dan kolesterol 

5. Herb lax
Kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk meningkatkan proses pencernaan secara lawas.
Sangat baik untuk ddetox dan membersihkan usus anda.  Nak perut kempis-kempis pun carilah herb lax =)

Jangan amalkan lagi diet yoyo ye. Jom langsing secara sihat dan betul tanpa kesan diet yoyo. Hubungi saya untuk maklumat lanjut. :) opps...set ni ada OFFER 5% tau. cepat-cepat contact saya.

*********************************************************************
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

PELUANG MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN. >>>BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)

Sunday 6 September 2015

BAGAIMANA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE

Fenomena Shaklee. Ramai sangat yang mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang, baik yang berminat untuk serius berniaga dan bergelar usahawan Shaklee di bawah program YES (Young entrepreneur System) atau pun hanya untuk makan-makan sendiri. Tak kisah anda yang di pihak mana satu, saya sediakan panduan bagaimana mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Pilihan 1: Anda boleh pergi sendiri ke branch atau cawangan Shaklee yang berhampiran, dan beli borang keahlian.(RM3)
(senarai caawangan Shaklee Malaysia)
Isikan borang Permohonan Pengedar Shaklee 
Antara info yang perlu anda isi ialah:
Nama,no ic, emel, alamat, dan no akaun bank.
Jika sudah berkahwin, nama dan ic pasangan juga perlu diisi.
Dan dibahagian Penaja/sponsor anda boleh letakkan nama saya (Hafizah Ibrahim . No Id 972035)
 dan dengan bayaran RM68.90 >>> anda berjaya bergelar ahli Shaklee/ Pengedar sah Shaklee dan anda akan diberikan starter kit/ Shaklee Opportunity kit<<<

Selain dari cara diatas. ada cara yang lebih mudah. 
Pilihan 2: saya daftarkan untuk anda. Hanya perlu hubungi saya 019-9765052. Berikan detail anda seperti di atas, dan bank in bayaran yuran RM68.90, berserta kos pos RM10. Total RM78.90, anda berjaya bergelar ahli Shaklee. Dalam masa 3-5 hari anda akan menerima Starter kit yang dipos menerusi khidmat Gdex.

Dan ada cara yang lebih jimat, iaitu keahlian secara PERCUMA. Bagaimana? 
Pilihan 3: buat pembelian sehingga 200uv (RM650 ke atas), secara automatik anda dapat jadi pengedar sah Shaklee. Cara daftar Shaklee ini sangat menguntungkan, dapat keahlian percuma dan produk untuk makan sendiri atau boleh aja kongsi bersama rakan, mahupun mula berbisnes!

Contoh point atau uv bagi setiap produk.
Mudah sahaja cara untuk mendaftar sebagai ahli shaklee. Faham ke tak faham? Jangan segan-segan hubungi saya yaa...dan jika anda mendaftar sekarang, anda akan mendapat segala keistimewaan sebagai ahli Shaklee, dan juga layak menyertai YES.   



*********************************************************************
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

PELUANG MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN. >>>BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)