Wednesday 29 October 2014

RESEPI MACARONI BAKAR BERCHEESE GUNA PEMANGGANG AJAIB

Memasak memang berbaloi jika anak-anak dan suami suka makan apa yang kita masak..kena pulak memang sama dengan favourite dish kita..memang rajin la kan..hehe..hari ini saya nak kongsikan resepi macaroni bakar bercheese favourite kami sekeluarga. Simple dan sekejap je nak buat, boleh buat breakfast or dinner. saya guna pemanggang ajaib je, sebab tak ada oven :)

MACARONI BAKAR BERCHEESE


pemanggang ajaib ikan
dah siap potong baru ingat nak snap pic :)

Bahan-bahan:

1 cawan macaroni 
1 cawan isi daging/ ayam yang di potong dadu / cincang
1 biji bawang besar di potong dadu
1 sudu sos tomato
1 sudu kecil serbuk oregano
1 gelas (250 ml) susu segar / susu sejat
4 biji telur
5 keping cheese cheddar

Cara-cara
1. Rebuskan macaroni di dalam air menggelegak bersama sedikit minyak(1 sudu) dan garam
2. Tumiskan bawang besar di dalam kuali dengan sedikit minyak
3. Masukkan daging / ayam. Perisakan dengan garam, serbuk oregano dan sos tomato
4. Masukkan macaroni yang sudah direbus,kacau sekejap biar sebati, ketepikan.
5. Pukul telur bersama susu segar hingga sebati
6. Masukkan macaroni yang digoreng tadi ke dalam pemanggang ajaib, masukkan telur yang telah dipukul bersama susu tadi. Ratakan supaya macaroni agak-agak tenggelam tenggelam / disaluti susu+telur 
7. Tutup pemanggang ajaib, gunakan api yang kecil sahaja, dalam anggaran 10-15 minit.
8. Buka pemanggang dan letakkan cheese di bahagian atas sehingga cover semua bahagian, tutup dan tunggu dalam 3-4 minit.
9. Tutup api dan sejukkan..( boleh buka pemanggang ajaib tu untuk cepat sejuk dan elakkan berpeluh)

pemanggang ajaib
Dah sejuk boleh potong dan makan.
yeayyy..yummy! boleh makan cicah dengan sos Thai Maggi kalau nak pedas..:)

Selamat mencuba:)

7 comments :

  1. Wah...Bestnya..kena try jugak ni. anak-anak mesti suka kan..

    ReplyDelete
  2. Dah lama cari recepie guna pemangang ajaib. Ni mesti kena cuba

    ReplyDelete
  3. ye sis..sangat simple dan mudah guna pemanggang ajaib..sila cuba ye )

    ReplyDelete
  4. ye sis sufiah, anak-anak suka la ada cheese..ibu n abi nya pun suka letak cheese banyak-banyak..hehe..

    ReplyDelete
  5. Terigin nk buat makaroni bakar guna pemanggang ajaib ni ..terima kasih

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian resepi makaroni bakar ...simple dan mudah..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian resepi makaroni bakar ...simple dan mudah..

    ReplyDelete