Monday 30 December 2013

Cita-cita seorang ibu

what did you want to be when you were kid, teenager & now?
        Aku yang dulu bukan lah yang sekarang.. hehe.. dulu-dulu masa kecik-kecik bila cikgu tanya cita-cita, dengan yakin saya jawab 'pensyarah'.. sebab? sebab arwah abah pun pensyarah.. tu je jawapan saya, tanpa tahu apa yang perlu jika nak jadi pensyarah.
       bila dah naik sekolah menengah dah macam ragu-ragu, pemalu dan pendiam, boleh ke jadi pensyarah?? cita-cita masa tu cuma nak jadi best student, dapat result best, then further study masuk U.tu je fikir.. :)
         Sekarang.. boleh dikatakan berjaya, alhamdulillah. bekerja makan gaji.. tapi ada juga terdetik dalam hati.. kenapa masa sekolah dulu aku takde cita-cita jadi surirumah ye??? sebab sekarang rasanya nak jadi WAHM - working from home mother.. sebab?? saya tak nak lagi tengok anak-anak menangis nak ikut saya pergi bekerja setiap pagi :(.. hancur luluh hati seorang ibu :(
         Semoga cita-cita seorang ibu ini tercapai.. dengan izin Allah..

Friday 27 December 2013

Kematian mengejut

things that make you scared
         Perkara yang saya takuti ialah kehilangan orang-orang tersayang.. terutama kematian secara mengejut. 
          Banyak berita-berita dalam akhbar yang melibatkan kematian mengejut, contohnya kemalangan jalan raya, serangan jantung, bayi tersedak susu, kanak - kanak mati lemas.. semua berita- berita ini menakutkan saya dan tak sanggup nak baca rasanya.
          Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati orang-orang kesayangan saya.
          

Thursday 26 December 2013

Susu tak cukup untuk bayi ~ betulkan persepsi itu~

if you could change 1 thing about the world, what would you change and why
        Saya ingin mengubah persepsi ibu-ibu yang menganggap "susu saya tak cukup untuk bayi saya. " persepsi ini sangat sering saya dengar dan menjadi kepercayaan ramai. persoalannya, adakah ia benar?
        Tidak dinafikan terdapat juga ibu yang mempunyai masalah kesihatan yang menjadi punca susu tidak cukup.Salah satu contohnya hypothyroidisme - boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut : MOBImotherhood.
apa yang ingin saya ubah ialah  persepsi ini terlalu mudah tertanam dalam diri sebelum apa-apa usaha dilakukan.
         Jangan bandingkan diri dan bayi anda dengan orang lain. Selalu juga orang bertanya, berapa oz yang awak dapat sekali pam? dalam sehari? bagi saya soalan itu sangat tricky.. selalunya saya jawab, cukup untuk bayi saya. 
          Pernahkah anda mengalami situasi ini; hasil perahan pada hari ini berkurangan berbanding semalam, tetapi yang ajaib nya, setiba di rumah pengasuh untuk menjemput permata hati, anda diberitahu hari ini anak anda hanya minum 3 daripada 4 botol susu yang anda bekalkan. seolah-olah susu yang dihasilkan oleh badan anda seiring dengan keperluan bayi anda pada hari tersebut!
          kajian menunjukkkan apa yang dituturkan oleh minda bawah sedar akan mempengaruhi badan kita. jika minda kita mengatakan "susu saya tidak cukup untuk bayi saya", secara automatik badan menghasilkan susu yang sedikit dan tidak mencukupi untuk bayi anda! maka ucap dan fikirkanlah yang positif sahaja. ucaplah "susu saya cukup untuk bayi saya sehingga umur 2 tahun!"
          Jom ubah persepsi ini dan penuhkan dada dengan ilmu penyusuan. Susu ibu adalah yang terbaik!
     

Wednesday 25 December 2013

personaliti unik

3 things you are proud of about your personality
     Entry ini mungkin boleh digelar masuk bakul angkat sendiri :). Perkara pertama yang saya rasa bangga dengan personaliti unik saya ialah saya rajin berusaha. seperti sekarang, saya berusaha menulis blog walaupun saya sememangnya tak pandai dan tak pernah follow mana-mana blog. Tapi demi ingin berkongsi kebaikan Shaklee saya cuba dan berusaha sedaya upaya.
               saya juga seorang yang positif :p saya sebenarnya paling tak suka orang yang banyak alasan dan selalu mengelat dari sebarang kerja atau tugasan. sebab itu saya cuba untuk tidak menjadi orang yang begitu :). contoh nya saya akan cuba menerima dan melakukan apa sahaja tugasan yang diberikan dan selalu berpandangan ' pasti ada hikmah di sebalik ini'.
             Saya suka membantu orang lain. terutama apabila ada yang meminta tolong.. saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu dan saya pasti akan rasa sedih bila tidak dapat menolong atau menolak permintaan tersebut.
            walaupun pandangan orang berbeza-beza, saya tetap bangga dengan personaliti diri saya. setiap orang unik dan tersendiri :)

perkara menarik yang best

the best things to happen to you this week.
       Perkara menarik yang akan berlaku minggu ini ialah sales meningkat mendadak sehingga saya tak cukup tangan. :)
       Apa yang penting sangat sales meningkat? sebab saya nak menyahut cabaran sifu saya untuk naik rank supervisor bulan ini. Bulan Disember adalah bulan kritikal untuk naik rank sebabnya boleh naik stage pada Jun 2014 nanti untuk terima award! dari Shaklee tentunya!
           perkara menarik yang best itu perlu berlaku minggu ini kerana ini adalah minggu terakhir dalam bulan Disember!
            Semoga Allah mempermudahkan!

Tuesday 24 December 2013

cara betul makan vitamin - kenapa suplemen saya tidak berkesan??

          Ramai juga yang bertanya," kenapa suplemen yang saya ambil seolah-olah tiada kesan?" apakah cara betul makan suplemen ?
     
           Sebab yang paling lazim ialah kurangnya pengambilan air putih atau air kosong. Air adalah  bahan yang paling penting untuk aktiviti metabolisme badan. Ia berfungsi membawa nutrien dan zat makanan ke seluruh tubuh, serta membawa sisa-sisa toksin untuk perkumuhan. Tanpa air yang mencukupi sudah tentu suplemen yang paling mahal dan terbaik pun tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik. Seorang dewasa yang mengambil suplemen memerlukan sekitar 2-3 liter air kosong sehari.

 
        Kesalahan kedua ialah pengambilan vitamin secara serentak - 4-5 jenis vitamin sekali telan. Biasa buat kan? bila tak ingat nak ambil waktu pagi terus gabungkan dengan vitamin waktu malam. Sebenarnya ia menyebabkan kepekatan darah menjadi tinggi dalam satu masa. Ia bukan sahaja menyebabkan kurang keberkesanan vitamin, tetapi juga mrmbebankan ginjal anda!

        Selain itu pengambilan kafein juga boleh menjejaskan dan memusnahkan kandungan vitamin dan nutrien dalam tubuh. Jadi, kurangkan pengambilan kafein seharian anda.. jika terlalu perlu, cuba jarakkan selang masa antara keduanya.


         Pengambilan vitamin bersama ubat -ubatan - ini akan menyebabkan badan keliru - mungkin juga sesetengah kandungan ubat - ubatan tersebut boleh menghilangkan keberkesanan vitamin.

           Malah, cara pengambilan vitamin dan suplemen juga turut  dipengaruhi oleh makanan dan minuman lain, contohnya zat besi lebih mudah dan bagus kadar penyerapannya jika di ambil bersama vitamin C.dan penyerapan zat besi boleh terganggu jika di ambil bersama kalsium. maka, cadangan mengambil Vita lea adalah bersama Sustained Release Vita C 500mg dan elakkan di ambil bersama Ostematrix.
         
           Mulai hari ini mari sama-sama cara betul makan vitamin  aka suplemen supaya lebih berkesan!
Pelanggan Suplemen_untuk_semua akan mendapat jadual dan tip khas untuk setiap suplemen anda :)

          Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan. Boleh hubungi saya 0199765052 untuk sebarang pertanyaan tentang produk/ konsultasi/ menjana pendapatan bersama Shaklee. Cod di sekitar Bachok dan penghantaran ke seluruh Negara melalui pos. Kunjungi fanpage https://www.facebook.com/suplemen4all

Monday 23 December 2013

Rindu Bayangan

something you miss
          perkara yang saya rindu? Saya rindukan zaman belajar di Universiti dulu. Bila teringat, rasa sangat-sangat rindu!
           Sudah tentu saya rindukan kawan- kawan seperjuangan dahulu..5 tahun pengajian banyak suka duka yang telah dilalui bersama.. dan sekarang sudah 5 tahun waktu-waktu indah itu berlalu..masing- masing sudah bekerja dan punya keluarga, punya hal masing-masing!
            Saya juga rindu perasaan cemas untuk menduduki peperiksaaan! :).. perasaan yang tak akan dapat dirasai pada hari-hari biasa.
             Dan selepas exam selalunya saya dan kawan-kawan akan sama-sama release tension - menonton movie / korean series sama -sama, meronggeng ke shoping mall - KBMall tentunya :)
              Mungkinkah saya patut sambung belajar? masuk semula ke alam pengajian yang memang memerlukan semangat dan komitmen yang tinggi? InsyaAllah, dengan izin dariNya..:)

Sunday 22 December 2013

tempat makan yang best

favourite place to eat.
         Secara overall kami memang suka jalan- jalan cari makan. Tapi yang agak speial dan melekat di hati kami ialah Restoran Mustaqim Seafood 2 - memang tempat kegemaran kami. dari segi  makanan, layanan, harga.. memang terbaik!

         



Restoran Mustaqim Seafood 2 ni adalah cawangan kedua Mustaqim Seafood..restoran ni terletak di Kedai Mulong, Kota Bharu.









Antara menu kegemaran kami tentunya ikan siakap stim..perghh..memang best..:) memang menu kesukaan setiap kali ke sini. Dah try kat tempat lain, kat sini juga yang sesuai dengan seera kami. Harganya yang memang berbaloi .Menu lain yang pernah di cuba ikan siakap masak 3 rasa, tomyam, udang celup tepung, sotong black pepper, paprik ayam..wahh..semuanya memang sedap !





setia menunggu pesanan tiba - abe dah lapar..
dah tinggal tulang baru teringat nak snap pic, excited sangat nak makan :)
                        Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 0199765052 ( call/ sms/ whatsapp). COD adalah di Bachok, dan penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

        
         

SUPLEMEN UNTUK BUASIR SHAKLEE


Masalah buasir ternyata amat memeritkan kerana pembengkakan vena pada rektum dan dubur yang akan menyebabkan rasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Pengambilan Suplemen untuk buasir Shaklee boleh melegakan dan mengurangkan gejala yang dialami. 



Kebiasaannya buasir menjadi lebih buruk sekiranya anda turut mengalami sembelit. Ostematrix boleh membantu melembutkan najis dan melancarkan proses membuang air besar.





                   Penghidap buasir juga mengalami kesakitan dan ketidakselesaan akibat daripada otot dubur yang  memberi tekanan terhadap vena yang bengkak tersebut. Omega guard boleh membantu mengecutkan otot tersebut dan mengurangkan tekanan terhadap  vena yang bengkak itu.

        Penghidap buasir juga boleh mengalami luka pada pada saluran dubur disebabkan oleh najis yang keras bergesel dengan vena yang bengkak itu. Kebiasaannya luka ini menyebabkan pendarahan yang keluar berrsama najis dan rasa sakit dan perit. Zinc Complex boleh membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat.




Berminat untuk mencuba? 
Hubungi saya 019-9765052 (cal/ sms/ whatsapp). Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok,Kelantan. COD adalah di Bachok dan penghantaran kes seluruh negara melalui pos.    
       
     

obses kesihatan, obses Shaklee!

a cause, beliefe or something that you are passionate about

        Buat masa sekarang tentunya saya 'obses' dengan segala produk shaklee!







       Bila mengenang masa lalu, rasanya saya memang sangat 'passionate' dengan hal- hal kesihatan & kecantikan. Saya memang suka makan segala jenis sayur dan buah - sebab fikirkan khasiatnya.:)



          Saya juga sangat risau jika saya minum tak cukup 7-8 gelas sehari. Dan saya rasa hairan bila ada orang yang tak suka minum air kosong. Dan bertambah pelik bila ada orang hairan tengok saya minum air kosong banyak -banyak .:)







          Saya gemar sangat baca info tentang pemakanan sihat. terutama suplemen dan produk kesihatan. Dulu-dulu saya selalu juga beli suplemen kesihatan, antaranya Cosway. tapi selalu tak abis. sebab? mungkin tak berapa yakin kot. :p





           Alhamdulillah , Saya rasa sangat bertuah kerana akhirnya saya bertemu dengan Shaklee- yang semuladi, selamat dan saya sangat yakin dengan keselamatan, mutu, dan kandungannya. Ia halal, dan ternyata berkesan!

           Jadi, kerana obses dengan kesihatan saya akhirnya bertemu dengan Shaklee. dan sekarang, Oh saya Obses dengan SHAKLEE!

Thursday 19 December 2013

on do overs, what in your life would you want to do over

        Jika dari dulu saya tahu mengenali Shaklee, saya ingin sekali berpantang dengan set berpantang Shaklee semasa melahirkan anak pertama.
         Waktu itu saya beli set berpantang NR- setelah baca review dan survey, saya pilih set NR sebab ada phytonatal.. untuk mengelakkan sembelit.. oh saya sangat takut.. sewaktu mengandung pun kerap terkena masalah ini.. apatah lagi jika dalam pantang.



           mungkin perut saya agak sensitif, pil tersebut menyebabkan rasa memulas yang agak kuat.. walaupun proses pembuangan berjalan lancar, tp terpaksa menahan sakit memulas.:(

         Alhamdulillah bersalin anak kedua saya dah ready dengan set berpantang terbaik Shaklee.. - memang tak ada masalah untuk ke tandas.. sampai ibu saya pun pelik, ( sebab dah tahu sangat masalah anaknya)- saya jawab " makan vitamin"..:)


                Inilah Ostematrix yang membantu melancarkan proses itu :). Wajib telan setiap malam sebelum tidur..dan bangun pagi ke tandas dengan ceria..:p



   

Manfaat Vitamin E shaklee


Assalamualaikum
        Selain Vitamin C, vitamin E juga sinonim dengan kecantikan dan awet muda, betul tak? Tahukah anda Vitamin E sebenarnya mempunyai banyak manfaat lain?



       Pengambilan harian vitamin E sebanyak 800IU boleh melindungi jantung, meningkatkan kolesterol HDL (baik), merendahkan tekanan darah, dan menghalang platlet melekat ke dinding arteri.

 

        Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin E sebanyak 600IU - 800 IU sehari di kalangan para lelaki boleh membantu meningkatkan kiraan sperma.


         1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan ( jeragat). Ia juga memulihkan tekstur kulit dan ton muka.


          Vitamin E juga adalah anti oksidan yang kuat. Pengambilan >1200IU sehari boleh melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor. ia juga sesuai untuk katarak dan masalah penglihatan.
 
 
           Vitamin E baik untuk kelestarian tenaga atau dengan kata lain boleh meningkatkan tahap tenaga seksual.



            Vitamin E boleh memperbaiki arthritis - meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, buasir , pening, urat varikos dan sakit sendi.


          Vitamin E juga boleh memperbaiki parut. selain di makan, ia boleh dikenakan terus pada luka untuk menghilangkan atau mengurangkan parut.

berminat untuk mencuba? Hubungi saya di 0199765052 (call/sma/whatsapp).

             Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan.
         
         

Wednesday 18 December 2013

best quote

A quote that means a lot to you

          Ada satu quote yang saya sangat suka..




Sangat-sangat setuju..dalam apa-apa hal pun..prevention is always a must! Dalam hal kesihatan pula sudah tentulah, kan? Selagi boleh dicegah..sepatutnya kita berusaha..kerana pencegahan selalunya memerlukan kos, masa, tenaga, yang jauh lebih rendah berbanding merawat/ memulihkan..


Nak cegah penyakit-penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, strok? Jaga kesihatan anda..amalkan pemakanan seimbang & gaya  hidup sihat... dan..Shaklee boleh membantu anda! :)




Jom bershaklee!


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan. Untuk pertanyaan mengenai produk / konsultasi / menjana pendapatan bersama Shaklee, hubungi 0199765052 (call/ sms / whatsapp).
COD adalah di sekitar Bachok, dan penghantaran ke seluruh negara melaui pos .










           

Tuesday 17 December 2013

impian 1 rumah 1 Shaklee distributor

you are now ruler of the world what do you do with your new found power

         Hari ni kena think big sikit sebab jadi ruler of the world! :p
Saya ingin memantapkan tahap kesihatan! terutama kesihatan mulut.. supaya collegues yang dulu (saya dah jadi ruler kan)semua nya bekerja dengan happy..:) ( tak stress macam sekarang terutama bila ke sekolah untuk buat rawatan).. :)



          Macamane caranya nak bagi sihat semua? ---menggalakkan 1 rumah1 shaklee distributor.. :) semua orang bershaklee.. hidup sihat dan bahagia!

Monday 16 December 2013

Promosi Disember 2013

Assalamualaikum,
        Produk Promosi pada Disember 2013 adalah Omega Guard.






       Ingin tahu kelebihan dan kebaikan Omega Guard Shaklee? boleh baca entry ini. :)

APA TUNGGU LAGI? HARGA TURUN MENJUNAM! PM SAYA DI FB

ATAU HUBUNGI 0199765052 (call/ sms/ whatsapp)

              Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan. COD di sekitar Bachok, dan penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos. Hubungi 0199765052 untuk maklumat lanjut. Terima Kasih.
     



1 matlamat ~ SHAKLEE~

a goal you are working on

       Hidup~ nak tak nak kena ada matlamat~
       Matlamat hidup yang pasti sebagai hamba Allah tentunya mencari redha Allah..mencari bekalan untuk ke alam yang kekal abadi ~ akhirat~.
        Untuk mencapai matlamat itu banyak caranya.. melunaskan tanggungjawab sebagai ibu, isteri, anak.. mencari rezeki, menuntut ilmu, berbakti kepada agama dan masyarakat..
         Banyak juga perkara yang ingin  dicapai..tapi yang memang tengah diusahakan sekarang ialah Shaklee!


Walaupun dari dulu saya sering mengatakan saya tak pandai & tak mampu bisnes tapi  bila mengenali Shaklee saya rasa saya mampu!
          Mengapa? kerana sememangnya produk Shaklee yang memang terbaek...sekali dah cuba pasti akan repeat order..tak lingkup la bisnes, kan? insyaAllah :)


           Ia tak perlu modal pun.. (tapi kalau ada lagi la dialu-alukan..) sebabnya produk boleh dibeli bila ada customer buat pesanan & bayaran. Yang lebih best, sistem online Shaklee yang boleh dilayari walau di mana pun asalkan ada internet :).. tak perlu susah ke branch untuk ambil produk, sebab barangan akan sampai depan pintu ;p
           Barangan untuk customer pun Shaklee boleh tolong pos kan bila kita buat pesanan dengan alamat customer.. so, jimat masa untuk ke pejabat pos!
           Yang paling saya suka ialah, tak perlu pun bercakap berbuih-buih mulut untuk ceritakan kebaikan dan keistimewaan Shaklee..sebab semua orang pun dah tahu kelebihannya.. ye lah, Shaklee sudah pun di pasaran sejak 1956..
           Dan yang paling penting, saya dan keluarga boleh menjaga kesihatan dengan produk Shaklee sambil menjana pendapatan! dalam hati ada juga impian menjadi WAHM.. tapi itu nanti dulu.. sekarang, matlamatnya naik rank supervisor!
          Ingin menyertai saya? Jom jana pendapatan bersama Shaklee!




Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan. Untuk sebarang pertanyaan tentang produk/ konsultasi/ menjana pendapatan bersama Shaklee boleh hubungi saya 0199765052.



   


     
     
     

Sunday 15 December 2013

Bersama cinta hati ke Cameron Highland

the best placed you have travelled to

        Percutian yang paling terbaru ialah ke Cameron Highland pada Jun 2013. Best? Of course sebab pergi bersama cinta-cinta hatiku.. ;)
         Bercuti bersama anak kecil ( sofea baru 4 bln lebih, Faqih 2tahun).. memang penat, tapi seronok! perjalanan dari Bachok ke Tanah Tinggi Cameron ambil masa hampir 5 jam..nasib baik Faqih & Sofea tak meragam.. cuma Faqih ada mengadu, " sakit perut, sakit kepala".. hehe.. mungkin pening dengan jalan berpusing-pusing. Saya & hubby? sakit pinggang juga! :)
          Kami menginap di Hotel Airis. Walaupun hotel tengah renovate ( sangat kecewa sebenarnya sebab tak tahu dari awal).. tapi sebab malam  je duk hotel- siang hari berjalan-jalan je :) ... kira ok lah.
           Antara tempat menarik untuk dilawati di Cameron highland ialah Taman Rama-rama, Time Tunnel, Mardi Agrotek, Pasar malam Brinchang dan semestinya strawberi farm!


bersama cinta hati di Mardi Cameron Highlands.



faqih di taman rama-rama






          Oh ya, perkara yang tak boleh tidak dilakukan ialah makan Steamboat.. haha.. mkn yang panas- panas time sejuk-sejuk memang sangat best! tapi sayang xde gambar nak share..excited nak makan kan..:)
         Setakat ni hanya mampu bercuti dalam negara sahaja..mungkin rezeki nak ke luar negara dengan free trip Shaklee nanti :) InsyaAllah..Aminn..
          
           Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan. untuk pertanyaan tentang produk/ konsultasi/ menjana pendapatan bersama Shaklee boleh hubungi 0199765052. COD adalah di sekitar Bachok dan penghantaran ke seluruh negara melalui pos.
       

Saturday 14 December 2013

BUKU DIARI HAMIL

a book you'd recommend

       Buku atau diari ini saya temui semasa mengandungkan anak pertama. " Diari Hamil - menanti detik keindahan bersamamu " terbitan telaga biru.




        Ia adalah sebuah buku dan juga diari.. 2 in 1! secara keseluruhan ia ada 3 bahagian, prolog hamil, trimester, dan kelahiran. Berbagai tips dan info yang berguna terkandung dalam buku ini.

  


       Ia juga ada ruangan untuk catatan mengikut kiraan minggu beserta info tentang perkembangan bayi pada minggu tersebut. sangat menarik!



        Disebabkan ia sangat best, saya beli lagi pada kehamilan kedua saya! :) .. Dan saya berangan akan ada sebuah buku ini untuk setiap kehamilan, jika ada rezeki lagi . :)..harganya? harga mampu milik, insyaAllah.. 




    
           Pertama kali beli di Kedai Buku Syarikat Muda Osman, dan kali kedua di Kedai Buku Popular .Kedua-duanya di Kb Mall.:)
         

          Sebab apa saya nak cadangkan buku ini? kerana seperti kata penerbit, pengalaman hamil adalah suatu cabaran dan kadangkala dilalui dengan pelbagai emosi.. Jadi bila ada Mr Diary, bolehlah berkongsi cerita..:)


        Dan bila baca balik setiap catatan dalam diari ini, sangat lah best!..Info-info yang terkandung di dalamnya juga sangat membantu, terutama bagi ibu yang pertama kali hamil.
        Ibu-ibu hamil, boleh cuba buku ini ya..:)

        Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan. Untuk sebarang pertanyaan tentang produk/ konsultasi/ menjana pendapatan bersama shaklee, boleh hubungi saya 0199765052. COD adalah di Bachok, dan penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos. Terima Kasih.
       





Friday 13 December 2013

Gambar & ketawa terbahak-bahak

"a picture, scene from a movie or a joke that makes you crack up."
        
            Gambar yang buat saya ketawa? it just happened last wednesday..sepagi letih melayan kerja, bila tengok ada whatsapp masuk..memang terbahak dan hilang semua penat lelah - terapi minda!
my hubby, my bestfriend..my other half - pelengkap jiwaku..

        Selalu buat lawak spontan yang buat saya ketawa. masa tengah kerja pun kadang- kadang boleh teringat gelagat dia- yang memang hanya kami yang tahu perangai kami.. haha..
         Semoga jodoh kami berpanjangan - love you till jannah b..

* sebenarnya banyak sangat gambar dia yang buat saya terbahak-bahak..haha..

 


       

Thursday 12 December 2013

Lagu & nostalgia

my top five songs all the time
        Lagu kegemaran? bagi saya, setiap lagu ada nostalgia tersendiri. bila dengar lagu tu akan terimbau memori lama.
        Lagu ' untukmu ibu' .. nyanyian kumpulan exist.. oh saya masih ingat kumpulan tu menjadi kegilaan kakak saya.. saya masa tu masih di sekolah rendah, tak pandai lagi nak minat- minat artis :).. kakak saya ada buku " scrap" yang ada lagu &gambar- gambar..dan saya ingat lagu tu masuk juara lagu. tahun berapa? tak ingat lah.. kecik lagi kan ;)
           Lagu purnama merindu... jiwang abis dengar lagu ni. suara dato siti memang sangat lunak nyanyi lagu ni.. oh mendayu - dayu!
           Lagu "season in the sun" - kumpulan backstreet boys.. lagu ni mengingatkan saya zaman sekolah dan kawan-kawan..rindu kamu semua!
            Lagu seberapa pantas.. oh saya sangat suka kumpulan shiela on 7! saya rasa lirik dan lagu nya sangat indah dan puitis..
             Lagu bila cinta bertasbih.. 2 tahun lebih lagu ni menjadi ringtones special untuk my hubby ^_^ .. hingga lah henset Nokia saya tamat riwayat.. :p
          Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok Kelantan. Untuk pertanyaan tentang produk/ konsultasi/ menjana pendapatan bersama Shaklee boleh hubungi 0199765052. COD adalah di sekitar Bachok dan penghantaran ke seluruh negara melalui pos.
   
       

PERSIAPAN MENYUSUKAN BAYI SECARA EKSKLUSIF

Assalamualaikum ibu -ibu... :)
"Apakah persiapan yang saya perlu ada jika saya ingin menyusukan bayi saya dengan susu ibu secara ekslusif ?"



           Ini adalah antara soalan yang sering bermain di fikiran ibu-ibu yang berhasrat untuk mnyusukan anak mereka secara ekslusif , terutama bagi  ibu berkerjaya. Tidak dapat disangkal masih ada segolongan yang berpendapat ibu bekerja tidak mampu untuk menyusukan anak secara ekslusif, malah ada yang berpendapat ibu bekerja semestinya memberikan susu formula kepada bayi kerana lebih mudah dan praktikal. --- ini adalah SALAH!  

         Apa persiapannya??Pertama dan terPENTING ialah cari dan gali lah ILMU penyusuan sebanyak yang boleh..Gunakan tempoh hamil selama 9bulan untuk memenuhkan ilmu penyusuan dalam dada. Antara laman kegemaran saya dulu, laman Susu Ibu :  http://susuibu.my/ ., dunia susu ibu : http://duniasusuibu.com/ . Dan sebenarnya sangat banyak blog-blog yang menyokong penyusuan susu ibu ..minta je tolong mr Google. :)

         Cari MENTOR atau idol. Mereka boleh jadi sumber inspirasi, juga boleh memberi nasihat dan tunjuk ajar serta pengalaman mereka. mungkin teori dan praktikal agak berbeza! Anda juga boleh cuba menghubungi pakar laktasi atau kaunselor penyusuan.

         Peralatan penyusuan juga penting terutama bagi ibu bekerjaya. Dari pengalaman saya, lebih baik beli pam susu lebih awal ( sebelum melahirkan). Sebab? masa awal pantang (2 minggu pertama ) penghasilan susu memang tinggi, dan bayi minum sedikit sahaja..memang dah boleh nak mula kumpul stok!


        



             NIAT..tanamkan niat yang ikhlas untuk menyusukan bayi semasa mengandung lagi..bukan sekadar nak menjimatkan kos sahaja! tetapi yang penting semoga bayi kita sihat dengan susu ibu yang ternyata terlalu istimewa. Menyusukan bayi juga adalah tanggungjawab seorang ibu.
  “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan... " ( Surah Al-Baqarah, ayat 233)





 




Selamat menyusukan bayi anda !

Saya adalah pengedar sah Shaklee d Bachok, Kelantan. Untuk sebarang pertanyaan tentang produk / konsultasi/ menjana pendapatan bersama Shaklee boleh hubungi saya 0199765052. COD di sekitar Bachok dan penghantaran ke seluruh Negara melalui pos