Friday 31 October 2014

BAHAYA; UBAT TAHAN SAKIT BOLEH MEROSAKKAN BADAN ANDA !

Sakit kepala? sakit belakang? sakit sendi? senggugut?  Banyak jenis kesakitan yang sering di alami, dan cara mudah ialah dengan mengambil ubat penahan sakit. Tetapi, adakah ubat anda dipreskripsi oleh doktor? atau hanya dibeli dari farmasi atau kedai? Awas, ubat tahan sakit boleh jadi berbahaya dan merosakkan badan anda!








Ubat tahan sakit boleh dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu 
1. Jenis narkotik (boleh menyebabkan ketagihan dan penggunaan adalah terkawal)
2. Jenis bukan narkotik (sering digunakan dan boleh didapati di kedai farmasi)  


Penggunaan ubat tahan sakit jenis bukan narkotik secara berpanjangan dan tidak terkawal boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti kerosakan buah pinggang, hati dan melukakan perut atau ulser perut!
(Untuk info lanjut boleh ke web Know your medicine)


APAKAH FUNGSI BUAH PINGGANG?
Buah pinggang ialah sepasang organ yang mempunyai pelbagai fungsi yang penting untuk tubuh seperti;


  • Menyingkirkan bahan kumuh seperti urea dan toxin dari badan,
  • mengawal cecair berlebihan dalam badan,
  • menyeimbangkan tekanan darah,
  • mengawal asid dan mineral di dalam badan,
  • menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah dan Vitamin D.

Penyakit  Buah pinggang boleh menyebabkan kerosakan kekal pada buah pinggang sehingga hilang fungsi, seterusnya pesakit akan memerlukan rawatan dialisis dan juga pemindahan ginjal.  

(sumber : MYHEALTH )


Rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang


KEROSAKAN HATI
Apakah fungsi hati?
Hati juga merupakan organ perkumuhan yang penting untuk badan. Antara fungsi hati ialah meneutralkan toxin, regenerasi sel darah merah, penghasilan cecair hempedu untuk pencernaan lemak, penghasilan protein dan sistem imun, sebagai tempat penyimpanan glukosa. 
Apa yang lebih PENTING ialah, kegagalan fungsi hati boleh membawa masalah kesihatan yang tiada ubatnya, kerana tiada mekanisme atau instrumen lain yang boleh menggantikan fungsi hati.




ULSER PERUT
Ulser perut terjadi apaila lapisan di dalam perut mengalami luka. Ulcer boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut dan mengancam nyawa sekiranya tidak dirawat!



UBAT TAHAN SAKIT SEMULAJADI?
Inginkah anda jika saya perkenalkan dengan 'ubat' tahan sakit semulajadi dan lebih selamat? Mengapa tidak kan???

Suplemen penahan sakit semulajadi



B Complex Shaklee
Inilah B Complex Shaklee yang juga dikenali sebagai painkiller semulajadi..tak percaya? tengok testimonial dari penggunanya.. untuk berbagai masalah sakit seperti sakit belakang, sakit sendi, senggugut dan juga migrain.

Testimonial B Complex Shaklee
1. sakit belakang
ubat tahan sakit

2. sakit dan lenguh urat
ubat tahan sakit


3. tersalah urat


4.migrain
testimoni b complex


Jika ada pilihan yang lebih selamat dan semulajadi, mengapa tidak? Pengambilan ubat tahan sakit secara berterusan dan tidak terkawal boleh merosakkan badan anda! 

Berminat mencuba B Complex untuk sebagai ubat tahan sakit anda? 

Untuk anda yang memerlukan produk Shaklee yang nyata selamat, berkesan dan semulajadi, boleh hubungi saya untuk konsultasi. Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan.



  

Thursday 30 October 2014

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA

Pengalaman bersalin sememangnya pengalaman yang tak akan dilupakan. Kenangan melahirkan zuriat pertama pada 29 jun 2011 masih segar di ingatan. 


28/6/2011
Saya memilih untuk bersalin di KBMC (Kota Bharu Medical Centre) dengan Dr Lily Fariza. Pagi itu sepatutnya saya ada temujanji susulan memandangkan kandungan sudah masuk 39 minggu.Tetapi sebelum ke klinik saya dapati ada sedikit cairan darah yang keluar. saya mula berasa sangat panik :o

Tiba di KBMC saya diperiksa, bukaan rahim baru 1cm. Doktor memutuskan untuk induce ( guna Pitocin) kerana kandungan saya telah didiagnosakan sebagai kurang air ketuban (oligohydramnios) sebelum ini..Pukul 11 saya dimasukkan ke wad. Pada mulanya agak bersenang lenang sebab tak ada rasa sakit. Selepas zuhur rasa sakit datang sekali sekala. Sehingga pukul 3 doktor datang dan check bukaan baru 2cm.. Doktor masukkan ubat lagi sekali. Dr Liliy juga ada bertanya sama ada saya mahukan suntikan epidural atau tak, tetapi saya menjawab tidak, kerana masih belum tahu rasa sakit yang sebenar!

Wahh..dos kedua memang betul-betul sakit.. rasa sakit datang selang 5 minit. kerana tak tahan saya minta suntikan epidural, tetapi sayangnya sudah terlewat, kerana bukaan pun sudah hampir 4cm, jadi saya cuma diberi ubat tahan sakit.Selepas dicucuk di paha,saya terlelap.

Sekitar maghrib memang sakit yang teramat..pinggang rasa nak tercabut. Solat sambil duduk je yang termampu. air mata memang tak tertahan dah. haha.. nak jadi ibu pun masih manja! selesai solat Isyak rasa sakit yang teramat. Keluar lendiran berwarna coklat kehitaman di pad. Cepat-cepat saya bagitahu nurse dan bila diperiksa bukaan sudah pun 5cm. Saya kemudian dibawa ke labour room. 

Di labour room sakit memang tak tertahan. Nurse cadangkan saya menyedut gas entonox untuk hilangkan sakit. Tetapi akibatnya saya berasa sangat khayal dan seperti tidak sedar diri. Setiap kali sakit saya akan menyedut gas. Ntah berapa kali! 

Sehingga bukaan 7cm doktor pecahkan air ketuban, pun saya masih terasa khayal dan mamai akibat kesan gas entonox, Saya disarankan baring mengiring untuk mempercepatkan bayi turun dan bukaan lebih cepat.Akhirnya doktor menyuruh saya meneran jika terasa contraction yang kuat.Banyak kali cubaan tapi tak berjaya, doktor bagitau cara saya salah dan suruh saya meneran sekuat hati. 
Masalahnya memang tak cukup nafas nak teran! Sangat letih dan saya hampir berputus asa. Doktor pula cakap baby akan lemas jika terlalu lama. Suami dan nurse pulak dah jadi macam pasukan cheer leader..tak henti-henti beri sokongan kepada saya. Akhirnya saya cuba dengan sekuat hati, terasa seperti habis nafas! Alhamduillah akhirnya keluar lah bayi saya tepat jam 1.59 pagi, 29/6/2011..Dr lily terus menyambut bayi saya sambil mengucapkan shahadah dengan kuat. Segalanya berlaku dengan pantas dan saya pula terasa seperti di awangan. Terlalu gembira dan letih. 

Sementara bayi saya dibersihkan, saya pula diberi jahitan pada luka episiotomi..tapi tak rasa sakit pun sebab sudah diberi suntikan ubat kebas. so saya boleh rileks je..memang rasa sangat lega selepas bayi dah keluar..hehe..dan saat yang paling manis ialah bila nurse bawa bayi saya dan letak di pangkuan.. Ya Allah tak dapat digambarkan betapa indahnya saat melihat mata kecil itu berkelip-kelip.. nurse suruh saya susukan bayi. Maha Suci Allah..hebatnya ciptaan Allah, memang bayi saya sangat pandai menyusu..
alhamdulllah...terasa lengkap hidup saya sebagai seorang wanita :)
anak sulung saya Muhamad Faqih Aqili

Sekian sahaja pengalaman bersalin anak pertama..pengalaman bersalin anak kedua? inyaAllah akan saya kongsikan..tapi mungkin selepas selesai debaran menunggu kelahiran ketiga ni lah ye..hihi..


Sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang 
~ Set Berpantang / Bersalin Shaklee, boleh klik di sini
~ Set menyusu Shaklee, boleh klik di sini



Untuk anda yang memerlukan produk Shaklee yang nyata selamat, berkesan dan semulajadi ini, boleh hubungi saya untuk konsultasi. Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan.



Wednesday 29 October 2014

RESEPI MACARONI BAKAR BERCHEESE GUNA PEMANGGANG AJAIB

Memasak memang berbaloi jika anak-anak dan suami suka makan apa yang kita masak..kena pulak memang sama dengan favourite dish kita..memang rajin la kan..hehe..hari ini saya nak kongsikan resepi macaroni bakar bercheese favourite kami sekeluarga. Simple dan sekejap je nak buat, boleh buat breakfast or dinner. saya guna pemanggang ajaib je, sebab tak ada oven :)

MACARONI BAKAR BERCHEESE


pemanggang ajaib ikan
dah siap potong baru ingat nak snap pic :)

Bahan-bahan:

1 cawan macaroni 
1 cawan isi daging/ ayam yang di potong dadu / cincang
1 biji bawang besar di potong dadu
1 sudu sos tomato
1 sudu kecil serbuk oregano
1 gelas (250 ml) susu segar / susu sejat
4 biji telur
5 keping cheese cheddar

Cara-cara
1. Rebuskan macaroni di dalam air menggelegak bersama sedikit minyak(1 sudu) dan garam
2. Tumiskan bawang besar di dalam kuali dengan sedikit minyak
3. Masukkan daging / ayam. Perisakan dengan garam, serbuk oregano dan sos tomato
4. Masukkan macaroni yang sudah direbus,kacau sekejap biar sebati, ketepikan.
5. Pukul telur bersama susu segar hingga sebati
6. Masukkan macaroni yang digoreng tadi ke dalam pemanggang ajaib, masukkan telur yang telah dipukul bersama susu tadi. Ratakan supaya macaroni agak-agak tenggelam tenggelam / disaluti susu+telur 
7. Tutup pemanggang ajaib, gunakan api yang kecil sahaja, dalam anggaran 10-15 minit.
8. Buka pemanggang dan letakkan cheese di bahagian atas sehingga cover semua bahagian, tutup dan tunggu dalam 3-4 minit.
9. Tutup api dan sejukkan..( boleh buka pemanggang ajaib tu untuk cepat sejuk dan elakkan berpeluh)

pemanggang ajaib
Dah sejuk boleh potong dan makan.
yeayyy..yummy! boleh makan cicah dengan sos Thai Maggi kalau nak pedas..:)

Selamat mencuba:)

TESTIMONI B COMPLEX; RAHSIA BIBIR LEMBAB MENAWAN

B complex merupakan salah satu produk kegemaran saya. Harga pula sangat berpatutan. Mengapa saya suka B Complex? kerana sangat banyak kebaikan dan fungsi vitamin B complex sebenarnya. Dan hari ini saya ingin kongsikan testimoni B Complex berkenaan rahsia bibir lembab dan merah menawan.


rahsia bibir lembap menawan


Sebelum itu kita revise dulu apakah KEBAIKAN B COMPLEX SHAKLEE

1. Mengurangkan masalah letih dan lesu - B complex membantu menukar makanan kepada tenaga.
2. Mengurangkan stress dan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
3. Mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang bayi di dalam kandungan serta membantu tumbesaran kanak-kanak
4. Untuk rambut gugur dan beruban - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
5. baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian / fokus
6. mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat,
7. meredakan senggugut 
8. mencegah kerekahan mulut dan bibir, mencegah jangkitan lidah, dan nafas berbau
9. detoksifikasi -meredakan alahan, baik untuk resdung 

rahsia bibir lembab menawan



 RAHSIA BIBIR LEMBAP MENAWAN
Kandungan B2 iaitu Riboflavin adalah berfungsi untuk menghasilkan sel-sel yang baru, menggantikan sel-sel lama dan sel mati. Ia membantu membina sel bibir baru bagi menggantikan sel yang kering dan menggelupas, menjadikan bibir kelihatan lembab dan merah menawan secara semulajadi.. Tak perlu bergincu dan memakai pelembab bibir lagi.Selain itu ia juga baik untuk kecantikan kulit secara keseluruhan.


TESTIMONI

testimonial b complex

Adakah anda juga mengalami masalah bibir kering dan menggelupas? Cubalah B Complex Shaklee hari ini. 


Klik disini untuk info tentang 
SUPLEMEN KECANTIKAN KULIT
SUPLEMEN RESDUNG



Untuk anda yang memerlukan produk Shaklee yang nyata selamat, berkesan dan semulajadi ini, boleh hubungi saya untuk konsultasi. Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan.

LIRIK LAGU KEGEMARAN 'HINGGA KE HUJUNG DUNIA'

Lagu kegemaran? Sebenarnya saya agak jarang mendengar lagu-lagu sejak dah berkeluarga ni. Kalau dengar pun tak adalah sampai boleh menyanyi dan hafal lirik sebiji-sebiji..:)




Tapi baru-baru ini saya ada lihat video mascel ( master celebration) master Aya & Sam, di mana video tu dilatari dengan lagu " hingga ke hujung dunia" nyanyian Hanie Soraya. Video tu sangat touching dan kena sangat dengan lagu tu..waktu itu baru saya dapat menghayati lirik lagu itu betul-betul..wah..memang best..


Lirik Lagu Hujung Dunia - Hanie Soraya

Fikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut

Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti

Korus
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama

Hingga ke hujung dunia
Hingga ke hujung dunia

Aku dan kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna

Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati

Korus
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama

Walau ada pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
segala yang pernah kita lakui
Menjadi kita yang hari ini

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama

Hingga ke hujung dunia
Hingga ke hujung dunia


Anda boleh boleh ke link ini  untuk menonton video klip Hanie Soraya

Untuk lihat video Mascel Aya & Sam boleh klik  #360 MascelAyasam


Apa pula lagu kegemaran anda? Jom kongsi :)




Sekiranya anda yang memerlukan produk Shaklee yang nyata selamat, berkesan dan semulajadi, boleh hubungi saya untuk konsultasi. Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.





Tuesday 28 October 2014

TESTIMONI KEBAIKAN MEAL SHAKES SHAKLEE KEPADA KESIHATAN ANAK

Sempena promo Meal Shakes bulan ini (tinggal beberapa hari sahaja lagi) saya ingin kongsikan lagi kebaikan Meal Shakes ini, berserta testimoni dari pelanggan saya sendiri. 





Apakah Meal Shakes?
Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan lactalbumin. 

Apakah lactalbumin?
Lactalbumin ialah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutirisi seperti immunoglobulin, lactoferin, bacteriolysin dan sebagainya.

Apakah kebaikan Meal Shakes?

1. Lebih sihat dan cergas, dengan meningkatkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh. Ini kerana Meal Shakes menyediakan nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.

2. Kaya dengan protein yang penting untuk pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ,  darah, sistem imun dan lain-lain. 
3. Membantu tumbesaran terutama untuk anak-anak. Kerana kaya dengan asid folik, biotin, kalsium dan magnesium.
4. Bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan (bertindak sebagai anti oksida) kerana mengandungi vitamin A,C,E, zink, dan selenium.
5. Mengembalikan seri wajah kerana mengandungi vitamin B yang lengap, zat besi, dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah yang lebih cantik.
6. Lebih kurus dan sihat kerana membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus. (kaya dengan serat larut) 


Testimoni Meal Shakes
Alkisah pelanggan saya ini sebenarnya adalah kenalan saya sendiri. Sebelum ini anak-anak beliau (5 tahun, 3 tahun dan setahun lebih) sering dan silih berganti mengalami demam selsema dan batuk. Lebih merisaukan, mereka juga menghidap asma/ lelah yang sangat mudah menyerang setiap kali mereka terkena demam selsema. Sering kali terpaksa ke unit kecemasan untuk mendapatkan rawatan kecemaasan (nebuliser), malah pernah kena admit ke ward.

Beliau telah mencuba Meal Shakes selama dua minggu dan memberikan feed back yang sangat positif. 



Sebagai SID inilah kepuasan yang tidak terhingga..apabila boleh membantu pelanggan / kenalan mendapatkan kualiti hidup dan taraf kesihatan yang lebih baik. 

Jika anda mementingkan kesihatan anda sekeluarga, jangan tunggu lagi. Dapatkan Meal Shakes segera!

Untuk anda yang memerlukan produk Shaklee yang nyata selamat, berkesan dan semulajadi ini, boleh hubungi saya untuk konsultasi. Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


HUBUNGI SAYA SEKARANG!

Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan.

COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.



Setiap pelanggan kami akan mendapat konsultasi EKSKLUSIF berserta jadual makan suplemen secara PERCUMA. 




  

KELUARGAKU, SYURGAKU

Keluarga adalah keutamaan saya. mereka adalah syurga saya di dunia ini. Keluarga saya kecil sahaja, tetapi terasa besarnya dunia bersama mereka :)
Seorang suami yang penyayang, putera sulung yang banyak celoteh, dan puteri yang sangat manja.:)





Saya mahu berikan yang terbaik untuk mereka. Sebab itu saya memilih Shaklee! Alhamdulillah, dengaan Shaklee saya gembira melihat anak-anak berselera makan apabila saya konsisten beri mereka meal shakes, dan juga jarang sakit, dengan omega guard dan nutriferon. Saya dan suami pula semakin bertenaga dan ceria untuk menguruskan rumahtangga. Alhamdulillah. Saya juga berharap, dengan Shaklee saya boleh beli MASA untuk diberikan kepada mereka semua.

Dan kini kami menantikan kehadiran seorang lagi ahli baru ke syurga kami.. semoga segalanya selamat dan dipermudahkan..aminn..


Sekiranya anda yang memerlukan produk Shaklee yang nyata selamat, berkesan dan semulajadi, boleh hubungi saya untuk konsultasi. Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan.


COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Monday 27 October 2014

BAGAIMANA MENINGKATKAN MOTIVASI KETIKA PUTUS ASA


Berkata-kata sememangnya mudah..mengakui dan berjanji untuk melakukan yang terbaik, sehingga kejayaan dalam genggaman boleh sahaja dilakukan oleh semua orang Tetapi, apabila tiba sedikit cabaran dan dugaan, tidak ramai yang mampu menangani rasa putus asa yang menjengah di dalam hati. Inilah punca utama KEGAGALAN!

putus asa



Bagaimana untuk meningkatkan motivasi diri ketika berputus asa?


1. Lihat kejayaan orang-orang yang sudah berjaya
Ketika kita rasa down..rasa dah tak yakin nak teruskan..cuba lihat kejayaan mereka yang hebat-hebat dan sudah berjaya. Biasanya mereka yang berjaya ni ada tips-tips hebat, dan pandai memberi motivasi. Contohnya Irfan Khairi ni..saya sangat suka kata-kata semangat yang beliau sering berikan. Jom like page Irfan Khairi :)   

2. Dampingi orang yang berjaya, minta nasihat

Selalunya dalam sesuatu matlamat yang kita ingin capai, pasti ada idola atau mentor yang sering kita rujuk atau jadikan ikutan. Justeru, sentiasalah dampingi mereka, selami kisah mereka sebelum mencapai kejayaan. Sesungguhnya tiada kejayaan yang datang bergolek!

3. Berdoa dan memohon pertolongan
Sebagai umat Islam, seharusnya Allah adalah tempat memohon petolongan yang paling utama. Senjata utama umat Islam adalah DOA! berdoa dan terus berdoa..berdoa supaya dikuatkan semangat dan tidak putus asa walau apapun yang melanda!





4. Fokus dan ingat kembali matlamat

Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa tahu matlamat dengan jelas, dan sentiasa FOKUS. Jangan mudah tergugat oleh cabaran dan masalah. Anggap sahaja impian anda hanya berada beberapa langkah sahaja lagi di hadapan, jangan pedulikan duri yang menikam di tapak kaki, tetapi teruskanlah melangkah! 

Dan ingatlah, hanya merea yang kuat layak mendapat kejayaan yang sebenarnya. Tingkatkan motivasi, jangan biarkan putus asa melemahkan anda!






Sekiranya anda yang memerlukan produk Shaklee yang nyata selamat, berkesan dan semulajadi, boleh hubungi saya untuk konsultasi. Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan.


COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

CARA MUDAH CEGAH KOLESTEROL TINGGI

phytocol st




phytocol st

phytocol st



phytocol st


phytocol st shaklee



phytocol st shaklee

phytocol st shaklee

Mudahnya mencegah kolesterol dengan Phytocol ST Shaklee. Berminat mencuba Phytocol ST?  Klik butang di bawah (anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi)


Untuk anda yang memerlukan produk Shaklee yang nyata selamat, berkesan dan semulajadi ini, boleh hubungi saya untuk konsultasi. Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan.


COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.