Saturday 30 August 2014

PENGALAMAN MENGAMALKAN SUPLEMEN IBU HAMIL SHAKLEE

Alhamdulillah, sudah pun memasuki fasa atau trimester ketiga. Trimester ketiga selalunya dikatakan sebagai waktu tak cukup tidur dan serba tak kena. Sepanjang kehamilan kali ini saya mengamalkan suplemen ibu hamil Shaklee iaitu Vita Lea, b complex, Vita C, Ostematrix, Omega Guard dan juga ESP. Saya tentunya sangat berpuas hati dan ingin berkongsi pengalaman mengamalkan Suplemen Ibu Hamil Shaklee dengan anda semua.



Perbezaan yang paling ketara ialah masalah kejang kaki atau dalam bahasa Kelantan selalunya disebut sebagai 'nyetok'.. >-< Alhamdulillah, setakat ini (30minggu kehamilan) tidak pernah sekalipun mengalami masalah ini. Syukur sangat-sangat..sesiapa yang pernah mengalami masalah kaki kejang ( semasa tidur terutamanya) tentu sahaja tahu bagaimana rasanya.. sampai ke pagi sakit..dan juga habis satu badan terasa kesannya! Kesudahannya terpaksa lah ke rumah tukang urut utuk berurut..Semasa pregnant yang sulung dan pertama tentu sahaja perkara ini sangat kerap berulang..tapi kini tiada lagi! 

Apa rahsianya? Tentunya Ostematrix 




Masalah sembelit semasa hamil juga tiada. Malah, setiap awal pagi wajib ke tandas dan urusan juga berjalan lancar :)..sangat selesa!  seperti yang kita tahu, masalah sembelit semasa hamil adalah agak kerap beraku, terutama jika seseorang itu sudah sedia mengalami masalah sembelit sebelum hamil (saya lah orangnya tu). Walaupun mengamalkan minum air hampir 3liter sehari, buah-buahan dan sayuran, masalah sembelit agak sukar untuk di elakkan. Tetapi, sejak mengamalkan Ostematrix dan suplemen ibu hamil Shaklee masalah tiada lagi ..alhamdulillah



Badan juga terasa lebiih cergas bertenaga terutama apabila bersarapan dengan ESP. Memang terasa lebih kenyang yang agak lama. Selain itu,badan juga lebih sihat dan tidak terjangkit selsema dan demam. Alhamdulillah.

Ingin sihat dan cergas sepanjang kehamilan seperti saya? Jom dapatkan Suplemen Ibu Hamil Shaklee dari saya :)

Untuk perundingan dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya, 

Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok.
COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.

Tuesday 26 August 2014

SET RESDUNG SHAKLEE - PENAWAR YANG SELAMAT DAN BERKESAN

Masalah resdung merupakan suatu masalah yang sangat kerap di alami oleh kebanyakan orang di Malaysia. Secara saintifiknya resdung ialah Allergic Rhinitis, iaitu simptom-simptom yang mengganggu hidung, seperti selalu bersin terutama pada awal pagi, hidung berair dan tekak berkahak, sakit kepala, gatal mata dan telinga, dan kerap batuk.

Mengapa masalah resdung terjadi? 
Ia biasanya terjadi disebabkan alahan terhadap allergen seperti habuk dan debu, bulu binatang, serta makanan seperti makanan laut.

Masalah resdung yang kronik boleh menyebabkan kurang deria bau disebabkan hidung yang selalu tersumbat, telinga tersumbat, lingkaran hitam dan lebam di bawah mata, letih dan tidak bermaya. 

Rawatan untuk resdung biasanya melibatkan pencegahan, iaitu mencegah dari terdedah terhadap alergen, serta rawatan ubatan seperti antihistamin. (ubat ini selalunya menyebabkan mengantuk) dan corticosteroid . Keduanya terdapat dalam bentuk semburan hidung (nasal spray) 

Suplemen untuk resdung

1. Sustained release Vita C 500mg

2. B complex

3. Alfalfa Complex




Testimoni positif dari pengguna




Sekiranya anda sudah bosan mencuba pelbagai jenis ubatan untuk penawar resdung, cubalah Set Resdung Shaklee hari ini. Dijamin SELAMAT & BERKESAN.



Untuk perundingan dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya, 

Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok.
COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.



Sunday 24 August 2014

SUPLEMEN DEMAM DENGGI

Adakah anda salah seorang mangsa demam denggi? Dapatkan petua untuk cepat sembuh demam denggi di sini. Anda juga boleh dapakan suplemen untuk membantu anda pulih dengan lebih cepat, sekaligus menyelamatkan nyawa!





KLIK UNTUK TEMPAHAN 
SUPLEMEN DEMAM DENGGI 


Selamat mencuba petua yang telah dikongsikan. :)



Untuk perundingan dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya, 

Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok.
COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.

Saturday 23 August 2014

PETUA CEPAT PULIH DEMAM DENGGI

Demam denggi adalah disebabkan oleh nyamuk aedes atau nama saintifiknya Aedes Aegypti. Demam denggi bukanlah ssuatu yang boleh dianggap remeh, malah demam denggi berdarah boleh menyebabkan maut! Di Malaysia sekarang wabak denggi sangat tinggi terutama negeri Kelantan dan juga Selangor. Jika anda atau ahli keluarga mengalami tanda seperti demam denggi, segera ke klinik ye. 

TANDA DAN GEJALA DEMAM DENGGI
- demam dengan suhu yang tinggi, 38 C ke atas
- bilangan platelet berkurangan (normal 150)
- sakit sendi dan otot
- sakit kepala
- gusi berdarah semasa menggosok gigi

PETUA CEPAT PULIH DEMAM DENGGI

1. Jus betik
    Cara terbaik yang disyorkan ialah dengan menumbuk daun atau pucuk betik, dan diperah airnya. boleh di ambil satu sudu sehari. rasanya? memang pahit :)


2. sup ketam
    Yang ni macam sedap kan? tak kisah ketam laut atau sungai. dua-dua pun berkhasiat untuk menyejukkan badan.

3. air suam / air masak
    Doktor akan menyarankan minum air masak dengan banyak untuk meningkatkan platelet darah dengan lebih cepat. Jadi, minum banyak-banyak! 

4. jus kiwi
    Kisar buah kiwi dan minum jusnya. Sebaiknya tanpa gula. 

5. jus kurma

    Kurma sememangnya mempunyai banyak khasiat.


6. jus jambu
    Jambu batu tinggi dengan kandungan vitamin C.


7. jus pegaga

    


8. tembikai merah
    Musim panas memang sedap makan tembikai kan? Tapi, kebanyakan orang demam denggi tak ada selera. Jadi, jus tembikai pun mungkin akan rasa pahit di tekak mereka.:( 

Suplemen Shaklee
Antara suplemen yng boleh membantu anda cepat sembuh dari demam denggi ialah: 

Performance Drink
Minuman isotonik tanpa gula dan perasa tiruan. terbukti secara klinikal dapat menyeimbangkan cecair dan elektorit tubuh dengan cepat dan berkesan. Berbanding minum air kosong, rasa oren semulajadi PD ni mungkin boleh membantu anda minum lebih banyak cecair untuk badan anda.

Nutriferon
Bertindak meningkatkan sistem imun tubuh dengan merangsang penghasilan interferon badan secara semulajadi untuk melawan dan melindungi dari jangkitan influenza dan pelbagai jenis penyakit.Merupakan satu formula eksklusif dan dipaten oleh Shaklee.


Selamat mencuba petua yang telah dikongsikan. :)

Untuk perundingan dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya, 


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok.

COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.

Wednesday 20 August 2014

MEALSHAKE UNTUK KANAK-KANAK SAHAJA?

Meal Shake Shaklee merupakan suplemen yang dilengkapi dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Meal Shake selalunya dicadangkan untuk kanak-kanak kerana bentuknya yang sedia dibancuh dan rasa vanilla semulajadinya yang lazat, tidak seperti pil multivitamin lain yang perlu ditelan atau dikunyah. Tetapi, adakah benar Meal Shake untuk kanak-kanak sahaja?


 Set Suplemen anak sihat dan pintar yang sangat hot :)



Sebelum menilai apakah Meal Shake sesuai untuk kanak-kanak sahaja, mari kita lihat manfaat utama Mealshake:





1. Nutrisi lengkap
- menyediakan 24 jeis vitamin, mineral dan zat perlu. kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh
-- kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah imun dan lain-lain. 

3. Membantu tumbesaran
- mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar

4. Anti oksida
- mengandungi vitamin A,C,E, zink, selenium, yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan

5. Mengembalikan seri wajah
- Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi, dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah / kulit yang cantik

6. Detoksifikasi
- kaya dengan serat larut yang membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

7. Kelazatan rasaya
- minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

Dengan 7 manfaat utama, Meal Shake tentunya sesuai untk SEMUA GOLONGAN, bukan sahaja kanak-kanak. Malah, ia sesuai untuk remaja, ibu hamil, ibu menyusu, orang dewasa, dan juga wargamas. Pendek kata, Meal Shake untuk seisi keluarga. 

Apa tunggu lagi? Jom dapatkan Meal Shake segera. Anda juga boleh dapatkan Set Mighty Tripple Gem dari kami.


Untuk perundingan dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya, 


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok.

COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.




Tuesday 12 August 2014

MENGAPA ANDA PERLUKAN B COMPLEX?

Vitamin B complex ialah gabungan kesemua 8 jenis vitamin B yang penting dan diperlukan oleh badan. mungkin ramai yang mengganggap diri mereka tidak memerlukan suplemen B complex. Mari saya berikan jawapannya mengapa anda perlukan B complex.


9 sebab mengapa anda perlukan B complex:

1. Menukarkan makanan kepada tenaga


Jika anda sering berasa letih dan mengantuk, terutama selepas makan, B Complex boleh membantu anda lebih cergas dan bertenaga. Ini kerana vitamin b berfungsi untuk membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.

2. Melawan tekanan




Selalu stress? inilah penawar stress yang anda perlukan. 
(of course berzikir dan mengingati Allah Yang Maha Berkuasa itu adalah ubat stress yang paling utama). Vitamin B membantu memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

3. Membantu tumbesaran



menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang. Justeru itu ibu hamil serta yang bersedia untuk hamil perlu mengamalkan B complex setiap hari.

4. Rambut beruban dan gugur


Rambut beruban pada awal 30-an tentu merisaukan. Apatah lagi disertai masalah rambut gugur pula. Mungkin itu tandanya anda memerlukan B Complex kerana ia membantu membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut

5. Baik untuk mata
- Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian / fokus

6. Mencegah anemia
- membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut

7. meredakan senggugut
B Complex juga boleh dinamakan sebagai "pain killer semulajadi". Ia amat baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan, dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8. Mencegah kerekahan mulut



-Kekurangan vitamin B complex boleh menyebabkan anda mengalami tanda rekahan di penjuru mulut atau juga dikenali sebagai mouth chilitis. Ia juga mencegah jangkitan lidah (gositis) dan nafas berbau

9. Detoksifikasi
meredakan alahan. Jika anda penghidap resdung dan alahan yang kronik, anda boleh cuba gabungan vitamin B Complex dan Alfalfa serta Vita C. (suplemen untuk resdung)  
Sudah tahu mengapa anda perlukan B Complex? Jom dapatkannya sekarang dari saya :)

Untuk perundingan dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya, 


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok.

COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.


Sunday 10 August 2014

FAKTA NUTRISI VITA LEA

Setiap tablet mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disaranan oleh RDA. Mari kita lihat fakta nutrisi di dalam setiap tablet penuh khasiat Vita Lea;


Vitamin A
Penting untuk kesihatan mata, kulit, anti oksida, melawan kanser, mencegah rabun malam, membantu tumbesaran, menguatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

Vitamin D
Berfungsi untuk memperkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis, dan psoriasis.

Vitamin E
Merupakan anti oksida yang penting untuk kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi edaran darah mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki dan mengurangkan kesan parut.

Vitamin C
Juga merupakan anti oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit, mempecepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku dan hidung berdarah

Asid folik
kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut dan kesihatan kulit.

Vitamin B1
Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes

Vitamin B2
tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak,jangkitan lidah dan mulut serta mengelakkan kekejangan

Vitamin B3
tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, merendahkan kadar lipid di dalam darah, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus

Vitamin B6
Metabolisme protin, membaiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-mutah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia

Vitamin B12
Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis dan rabun

Biotin
Membantu B kompleks berfungsi lebih effektif, mencegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit

Vitamin B5
meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, serta mempercepat sembuh luka

Kalsium
Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis dan penyakit tulang lembut

Fosforus
Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat artrtis, anoreksia

Iodin
Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, meningkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan

Zat besi
Membentuk hemoglobin , redakan kesakitan akibat PMS,(senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan dan anemia

Magnesium
Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman

Copper
Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan

Zink
memperkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

Wah..tersangat banyak kebaikan di dalam sebiji tablet Vita Lea! Sangat berbaloi dengan harganya.(73 sen sahaja sebiji!) Sekarang anda sudah tahu rahsia nutrisi Vita Lea, apa nak tunggu lagi? Jom order :)


Untuk perundingan dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya, 


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok.

COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.

Thursday 7 August 2014

KESAN SAMPINGAN ESP


Seperti namanya ~ Energizing soy protein..ESP khasnya bertujuan untuk memberi tenaga segera bersumberkan protein soya. Tetapi, banyak kesan sampingan yang akan dialami oleh para peminat tegar ESP, antaranya:

1. kulit menjadi lebih gebu, cerah dan berseri-seri.




 2. rasa kenyang yang lebih lama




3. bagi ibu menyusu, penghasilan susu ibu lebih meriah, dan susu juga lebih pekat dan yummy :)





4. parut jerawat dan jeragat menjadi pudar, 





5. rambut dan kuku lebih sihat dan kuat




Jadi, macamane? nak tengok je ke orang lain menerima kesan sampingan dari ESP ni? tak teringin ke nak rasa kesan sampingan yang sangat best ni? Nanti, jangan jealous pula ye bila jiran sebelah dah jadi cantik, awet muda, slim dan lebih berseri-seri sebab mengamalkan ESP setiap hari! :)

Untuk perundingan dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya, 


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok.

COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.

Tuesday 5 August 2014

BAGAIMANA COLLAGEN POWDER SHAKLEE BERTINDAK

Suplemen kolagen pada masa kini sememangnya semakin banyak di pasaran. Sebelum menggunakan sebarang produk, pastikan anda tahu kandungannya, serta bagaimana ia bertindak. Tetapi, sebelum bercerita bagaimana Collagen powder Shaklee bertindak, adalah lebih baik jika kita tahu bagaimana kita kehilangan kolagen dari tubuh.

Adakah anda tahu bagaimana kita kehilangan kolagen dari tubuh? 
Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah faktor satu-satunya faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita, kerana kerosakan kolagen juga boleh berlaku dan dipercepatkan oleh faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain. 

Bagaimana Collagen Powder Shaklee bertindak?

1. memberi keanjalan


Inilah yang selalu diwar-warkan oleh semua produk kolagen di pasaran. tetapi adakah anda tahu sejauh mana ia benar-benar berkesan? tentunya bergantung kepada bahan dan kandungan yang digunakan.   
Kandungan di dalam serbuk kolagen Shaklee yang boleh memberikan kesan keanjalan ialah kolagen sisik ikan merah, ekstrak kulit kerangan laut serta Lactobacillus acidophilus

2. Penghidratan


Memastikan kulit dan badan kekal terhidrat adalah penting untuk menghalang kedutan dan 'pengecutan' >-<. 
Serbuk kolagen Shaklee turut mengandungi ekstrak biji Camolia Japonica dan ekstrak Pfaffia untuk memberikan penghidratan yang maksimum kepada anda.

3. Antioksidan


Serbuk kolagen Shaklee juga mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kandungan kolagen semulajadi di dalam tubuh anda. Sudah tentulah ia mengandungi vitamin C juga vitamin B.


Sudah jelas bagaimana Collagen powder Shaklee bertindak? Justeru itu, yakinlah bahawa Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.

Bagaimana kolagen Shaklee membantu anda tampak lebih muda?
- kolagen juga bermanfaat menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula rambut.
- kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
- kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
- membantu menghilangkan tanda penuaan. 

Apa pula maksudnya rasa lebih muda?
- Kolagen adalah sama penting untuk tulang sepertimana tulang memerlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan menjadi rapuh
- kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi.
- Baik untuk mata, Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
- memastikan otak sentiasa sihat. Adalah penting untuk memastikan otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda tetap berkeadaan baik semakin anda menua.


Untuk perundingan dan sebarang pertanyaan, boleh 
Hubungi saya Hafizah Ibrahim
019-9765052 ( call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
Fanpage: Suplemen untuk semua
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok.

COD di kawasan sekitar Bachok, dan  kawasan lain boleh dirunding.

Monday 4 August 2014

VIVIX SHAKLEE BERTINDAK PADA TAHAP SELULAR

Vivix adalah suatu penemuan teristimewa Shaklee, dimana ia merupakan penemuan revolusionari dalam anti penuaan pada tahap selular, di mana ia bertindak melawan penuaan pada peringkat sel itu sendiri. 


Vivix merupakan suplemen anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee.

Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap selular. Sebelum memahami bagaimana Vivix bertindak, kita perlu memahami bagaimana peringkat penuaan berlaku pada tahap selular.

4 mekanisme penuaan pada tahap selular

1. Kerosakan DNA

Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-sserangan ini merosakkan pengkalan  data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur).


2. Pengawalan genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Didalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

3. Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel

Mitokondria ialah merupakan penjana tenaga bagi sel. apabila kecekapan mitkondria merosot fungsi sel turut menurun. Ramuan vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan bar) mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4. Penimbunan protein AGE

Penimbunan berlebihan protein AGE ( advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE.


  KLIK DISINI UNTUK TEMPAHAN VIVIX 
(Anda boleh pilih berapa jumlah Vivix yang anda mahu)

Untuk perundingan dan sebarang pertanyaan, boleh 
Hubungi saya Hafizah Ibrahim
019-9765052 ( call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
Fanpage: Suplemen untuk semua

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok.



COD di kawasan sekitar Bachok, dan  kawasan lain boleh dirunding.