Friday 24 October 2014

ILMU PENYUSUAN; CARA PENYIMPANAN SUSU IBU

Salah satu persiapan bersalin yang wajib bagi ibu hamil ialah ilmu pengetahuan tentang penyusuan susu ibu atau breastfeeding(bf). Ilmu sangat penting ye supaya matlamat untuk menyusukan bayi dapat dijayakan. Hari ini sambil revise balik ilmu yang lama, saya ingin kongsikan cara simpan susu ibu bekerjaya terutama yang nak buat stok sebelum masuk kerja.

Peralatan untuk simpan susu yang wajib ada ialah bekas simpan susu.
Anda boleh pilih sama ada nak guna botol ( storage bottle), storage bag  atau ada juga yg guna bekas plastik. Semuanya terpulang kepada keselesaan anda dan juga bajet.


Milk storage bag




Storage bottle




contoh bekas plastik

Saya lebih suka guna botol kerana  boleh diguna semula (jimat dari segi kos) tetapi dari segi ruang agak rugi. Untuk menjimatkan ruang,storage bag mungkin lebih berbaloi, tetapi dari segi kos agak rugi kerana ianya tidak reusable.







Perkara no 2 yang anda perlu ada ialah peti ais. Terpulang kepada bajet anda..tak semestnya perlu ada deep freezer atau peti ais khas untuk simpan susu. 


chest freezer



upright freezer

Bagaimana menyimpan susu perahan?
Selepas pam susu, masukkan susu ke dalam bekas simpanan mengikut amaun yang sesuai. Jangan isi sehingga penuh kerana susu beku akan mengembang dan mengambil ruang . Sebaiknya simpan mengikut amaun yang cukup untuk bayi anda minum sahaja supaya tidak membazir. Tapi, dari pengalaman, saya suka isi 4oz (walaupun bayi hanya minum 3oz) supaya jimat ruang dalam peti ais, tetapi untuk ke rumah pengasuh saya akan isi semula ke dalam botol dengan amaun 3oz setiap satu.


Jangan lupa untuk meletakkan label pada bekas simpanan anda. Yang paling penting ialah tarikh, supaya nanti anda dapat pastikan susu dengan tarikh yang lebih awal digunakan terlebih dahuu. (first in first out). Macamana nak label? Anda boleh guna sticker sahaja, mudah ditampal dan dibuang juga. :)


picture credited to google

Sekiranya susu perahan tersebut untuk dijadikan frozen ebm, simpan terus ke dalam peti ais bahagian beku ataupun deep freezer. Sebaliknya jika untuk digunakan dalam masa terdekat, anda boleh simpan susu tersebut dibahagian bawah sahaja. Berikut ialah panduan suhu yang sesuai untuk menyimpan susu.





Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita bersama.:) Jika ada kekurangan dan kesilapan silakan beri komen anda :)

Untuk anda yang memerlukan produk Shaklee yang nyata selamat, berkesan dan semulajadi ini, boleh hubungi saya untuk konsultasi. Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan.

COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.



No comments :

Post a Comment