Saya ingin mengubah persepsi ibu-ibu yang menganggap "susu saya tak cukup untuk bayi saya. " persepsi ini sangat sering saya dengar dan menjadi kepercayaan ramai. persoalannya, adakah ia benar?
Tidak dinafikan terdapat juga ibu yang mempunyai masalah kesihatan yang menjadi punca susu tidak cukup.Salah satu contohnya hypothyroidisme - boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut : MOBImotherhood.
apa yang ingin saya ubah ialah persepsi ini terlalu mudah tertanam dalam diri sebelum apa-apa usaha dilakukan.
Jangan bandingkan diri dan bayi anda dengan orang lain. Selalu juga orang bertanya, berapa oz yang awak dapat sekali pam? dalam sehari? bagi saya soalan itu sangat tricky.. selalunya saya jawab, cukup untuk bayi saya.
Pernahkah anda mengalami situasi ini; hasil perahan pada hari ini berkurangan berbanding semalam, tetapi yang ajaib nya, setiba di rumah pengasuh untuk menjemput permata hati, anda diberitahu hari ini anak anda hanya minum 3 daripada 4 botol susu yang anda bekalkan. seolah-olah susu yang dihasilkan oleh badan anda seiring dengan keperluan bayi anda pada hari tersebut!
kajian menunjukkkan apa yang dituturkan oleh minda bawah sedar akan mempengaruhi badan kita. jika minda kita mengatakan "susu saya tidak cukup untuk bayi saya", secara automatik badan menghasilkan susu yang sedikit dan tidak mencukupi untuk bayi anda! maka ucap dan fikirkanlah yang positif sahaja. ucaplah "susu saya cukup untuk bayi saya sehingga umur 2 tahun!"
Jom ubah persepsi ini dan penuhkan dada dengan ilmu penyusuan. Susu ibu adalah yang terbaik!
No comments :
Post a Comment