Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt, kerana masih memanjangkan usia ratu hatiku..ibu saya..Hjh Shamsiah Mohd Saad.
Ibu saya adalah seorang surirumah sepenuh masa. Saya masih ingat dulu - dulu sebelum ke sekolah ma pasti sediakan sarapan dan segelas susu.. sehingga sekarang saya terbiasa untuk bersarapan walau hanya segelas susu.
Ma kehilangan suami pada usia yang masih muda ..(abah meninggal dunia semasa saya berumur 5 tahun)..Ma lah ibu, ma lah juga ayah bagi saya..dan adik beradik yang lain.. (5 orang kakak dan seorang abang.)
Ratu hatiku berjiwa tabah...seorang diri membesarkan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah..sehingga kesemua kami telah berjaya sekarang!
Ketentuan Allah sangat indah..saya dan adik beradik yang lain sekarang ditakdirkan tidak tinggal jauh dari ma..rumah saya dan ma hanya beberapa ela sahaja..:) hampir setiap hari boleh jumpa ma..Alhamdulillah...
Anak cucu ma..gambar atau candid atau apekah???haha.. |
Selalu juga ma yang datang ke rumah saya - yang best nya ada je masakan yang di bawa bersama..hehe..sampai dah beranak dua pun ma masih anggap saya anak bongsu yang manja..:)
Ma sangat menyokong saya berShaklee...malah dia tolong promote jugak! Siap bagi nasihat supaya saya rajin dan jangan segan - segan.. :) seorang ibu pasti faham perangai anaknya.:)
Terima kasih ma..ratu hatiku..Ya Allah, berilah ma kesihatan dan kebahagiaan..
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok Kelantan. Untuk pertanyaan tentang produk/ konsultasi/ menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi 0199765052. COD di sekitar daerah Bachok, dan penghantaran ke seluruh Malaysia melaui pos.
No comments :
Post a Comment