3 things you are proud of about your personality
Entry ini mungkin boleh digelar masuk bakul angkat sendiri :). Perkara pertama yang saya rasa bangga dengan personaliti unik saya ialah saya rajin berusaha. seperti sekarang, saya berusaha menulis blog walaupun saya sememangnya tak pandai dan tak pernah follow mana-mana blog. Tapi demi ingin berkongsi kebaikan Shaklee saya cuba dan berusaha sedaya upaya.
saya juga seorang yang positif :p saya sebenarnya paling tak suka orang yang banyak alasan dan selalu mengelat dari sebarang kerja atau tugasan. sebab itu saya cuba untuk tidak menjadi orang yang begitu :). contoh nya saya akan cuba menerima dan melakukan apa sahaja tugasan yang diberikan dan selalu berpandangan ' pasti ada hikmah di sebalik ini'.
Saya suka membantu orang lain. terutama apabila ada yang meminta tolong.. saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu dan saya pasti akan rasa sedih bila tidak dapat menolong atau menolak permintaan tersebut.
walaupun pandangan orang berbeza-beza, saya tetap bangga dengan personaliti diri saya. setiap orang unik dan tersendiri :)
Suplemen Untuk Semua adalah untuk SEMUA. Menyediakan info tentang produk SHAKLEE..berkongsi pengalaman dan cerita tentang kehidupan, kesihatan, keibubapaan, dan menyokong penyusuan susu ibu.
Wednesday, 25 December 2013
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment