"Apakah persiapan yang saya perlu ada jika saya ingin menyusukan bayi saya dengan susu ibu secara ekslusif ?"
Ini adalah antara soalan yang sering bermain di fikiran ibu-ibu yang berhasrat untuk mnyusukan anak mereka secara ekslusif , terutama bagi ibu berkerjaya. Tidak dapat disangkal masih ada segolongan yang berpendapat ibu bekerja tidak mampu untuk menyusukan anak secara ekslusif, malah ada yang berpendapat ibu bekerja semestinya memberikan susu formula kepada bayi kerana lebih mudah dan praktikal. --- ini adalah SALAH!
Apa persiapannya??Pertama dan terPENTING ialah cari dan gali lah ILMU penyusuan sebanyak yang boleh..Gunakan tempoh hamil selama 9bulan untuk memenuhkan ilmu penyusuan dalam dada. Antara laman kegemaran saya dulu, laman Susu Ibu : http://susuibu.my/ ., dunia susu ibu : http://duniasusuibu.com/ . Dan sebenarnya sangat banyak blog-blog yang menyokong penyusuan susu ibu ..minta je tolong mr Google. :)
Cari MENTOR atau idol. Mereka boleh jadi sumber inspirasi, juga boleh memberi nasihat dan tunjuk ajar serta pengalaman mereka. mungkin teori dan praktikal agak berbeza! Anda juga boleh cuba menghubungi pakar laktasi atau kaunselor penyusuan.
Peralatan penyusuan juga penting terutama bagi ibu bekerjaya. Dari pengalaman saya, lebih baik beli pam susu lebih awal ( sebelum melahirkan). Sebab? masa awal pantang (2 minggu pertama ) penghasilan susu memang tinggi, dan bayi minum sedikit sahaja..memang dah boleh nak mula kumpul stok!
NIAT..tanamkan niat yang ikhlas untuk menyusukan bayi semasa mengandung lagi..bukan sekadar nak menjimatkan kos sahaja! tetapi yang penting semoga bayi kita sihat dengan susu ibu yang ternyata terlalu istimewa. Menyusukan bayi juga adalah tanggungjawab seorang ibu.
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan... " ( Surah Al-Baqarah, ayat 233)
Selamat menyusukan bayi anda !
Saya adalah pengedar sah Shaklee d Bachok, Kelantan. Untuk sebarang pertanyaan tentang produk / konsultasi/ menjana pendapatan bersama Shaklee boleh hubungi saya 0199765052. COD di sekitar Bachok dan penghantaran ke seluruh Negara melalui pos.
No comments :
Post a Comment