Sunday, 15 December 2013

Bersama cinta hati ke Cameron Highland

the best placed you have travelled to

        Percutian yang paling terbaru ialah ke Cameron Highland pada Jun 2013. Best? Of course sebab pergi bersama cinta-cinta hatiku.. ;)
         Bercuti bersama anak kecil ( sofea baru 4 bln lebih, Faqih 2tahun).. memang penat, tapi seronok! perjalanan dari Bachok ke Tanah Tinggi Cameron ambil masa hampir 5 jam..nasib baik Faqih & Sofea tak meragam.. cuma Faqih ada mengadu, " sakit perut, sakit kepala".. hehe.. mungkin pening dengan jalan berpusing-pusing. Saya & hubby? sakit pinggang juga! :)
          Kami menginap di Hotel Airis. Walaupun hotel tengah renovate ( sangat kecewa sebenarnya sebab tak tahu dari awal).. tapi sebab malam  je duk hotel- siang hari berjalan-jalan je :) ... kira ok lah.
           Antara tempat menarik untuk dilawati di Cameron highland ialah Taman Rama-rama, Time Tunnel, Mardi Agrotek, Pasar malam Brinchang dan semestinya strawberi farm!


bersama cinta hati di Mardi Cameron Highlands.



faqih di taman rama-rama






          Oh ya, perkara yang tak boleh tidak dilakukan ialah makan Steamboat.. haha.. mkn yang panas- panas time sejuk-sejuk memang sangat best! tapi sayang xde gambar nak share..excited nak makan kan..:)
         Setakat ni hanya mampu bercuti dalam negara sahaja..mungkin rezeki nak ke luar negara dengan free trip Shaklee nanti :) InsyaAllah..Aminn..
          
           Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan. untuk pertanyaan tentang produk/ konsultasi/ menjana pendapatan bersama Shaklee boleh hubungi 0199765052. COD adalah di sekitar Bachok dan penghantaran ke seluruh negara melalui pos.
       

No comments :

Post a Comment