Tuesday, 24 December 2013

cara betul makan vitamin - kenapa suplemen saya tidak berkesan??

          Ramai juga yang bertanya," kenapa suplemen yang saya ambil seolah-olah tiada kesan?" apakah cara betul makan suplemen ?
     
           Sebab yang paling lazim ialah kurangnya pengambilan air putih atau air kosong. Air adalah  bahan yang paling penting untuk aktiviti metabolisme badan. Ia berfungsi membawa nutrien dan zat makanan ke seluruh tubuh, serta membawa sisa-sisa toksin untuk perkumuhan. Tanpa air yang mencukupi sudah tentu suplemen yang paling mahal dan terbaik pun tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik. Seorang dewasa yang mengambil suplemen memerlukan sekitar 2-3 liter air kosong sehari.

 
        Kesalahan kedua ialah pengambilan vitamin secara serentak - 4-5 jenis vitamin sekali telan. Biasa buat kan? bila tak ingat nak ambil waktu pagi terus gabungkan dengan vitamin waktu malam. Sebenarnya ia menyebabkan kepekatan darah menjadi tinggi dalam satu masa. Ia bukan sahaja menyebabkan kurang keberkesanan vitamin, tetapi juga mrmbebankan ginjal anda!

        Selain itu pengambilan kafein juga boleh menjejaskan dan memusnahkan kandungan vitamin dan nutrien dalam tubuh. Jadi, kurangkan pengambilan kafein seharian anda.. jika terlalu perlu, cuba jarakkan selang masa antara keduanya.


         Pengambilan vitamin bersama ubat -ubatan - ini akan menyebabkan badan keliru - mungkin juga sesetengah kandungan ubat - ubatan tersebut boleh menghilangkan keberkesanan vitamin.

           Malah, cara pengambilan vitamin dan suplemen juga turut  dipengaruhi oleh makanan dan minuman lain, contohnya zat besi lebih mudah dan bagus kadar penyerapannya jika di ambil bersama vitamin C.dan penyerapan zat besi boleh terganggu jika di ambil bersama kalsium. maka, cadangan mengambil Vita lea adalah bersama Sustained Release Vita C 500mg dan elakkan di ambil bersama Ostematrix.
         
           Mulai hari ini mari sama-sama cara betul makan vitamin  aka suplemen supaya lebih berkesan!
Pelanggan Suplemen_untuk_semua akan mendapat jadual dan tip khas untuk setiap suplemen anda :)

          Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan. Boleh hubungi saya 0199765052 untuk sebarang pertanyaan tentang produk/ konsultasi/ menjana pendapatan bersama Shaklee. Cod di sekitar Bachok dan penghantaran ke seluruh Negara melalui pos. Kunjungi fanpage https://www.facebook.com/suplemen4all

No comments :

Post a Comment