Saturday 13 December 2014

WANITA PENGAMAL PIL PERANCANG KELUARGA PERLUKAN VITAMIN E

Sekiranya anda adalah salah seorang dari pengamal pil perancang keluarga, baca entry ini sehingga akhir kerana anda perlu tahu mengapa wanita pengamal pil perancang keluarga perlukan vitamin E. 
Umum mengetahui fungsi pil perancang keluarga ialah untuk mencegah kehamilan.Terdapat dua jenis pil perancang iaitu kombinasi estrogen dan progestogen atau progestogen sahaja. 

Siapakah yang boleh mengambil pil perancang kehamilan?
Kebanyakan wanita boleh mengambil pil pencegah kehamilan sekiranya memiliki kesihatan yang baik, tidak mengalami berat badan berlebihan, tidak merokok dan tidak mempunyai masalah perubatan; pil tersebut boleh diambil sehingga putus haid. 


Kesan sampingan pil perancang keluarga
Segelintir kecil wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga boleh mengalami simptom seperti :
- sakit kepala,
- rasa tidak sihat,
- rasa tidak selesa pada payudara. 
- keletihan,
- kurang libido( nafsu seks),
- perubahan kulit, dan
- perubahan mood.

Kesan ini sebenarnya agak jarang dan akan hilang selepas beberapa minggu, tetapi sekiranya berterusan anda perlu berjumpa doktor untuk nasihat lanjut ya.


Apakah risiko mengamalkan pil perancang keluarga?
Walaupun banyak kebaikannya, pil perancang keluarga juga menyebabkan risiko yang berbahaya seperti blood clot (thrombosis) iaitu darah beku di dalam salur darah, yang seterusnya boleh menyebabkan penyakit jantung dan serangan strok.
Pil perancang juga dikatakan boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser serviks. Walaubagaimanapun, para doktor dan saintis masih lagi berbeza pendapat mengenai isu ini, kerana tiada keputusan secara muktamad bahawa pil perancang boleh menyebabkan kanser payudara atau tidak. Tetapi sekiranya anda mempunyai keluarga terdekat (samada emak, saudara perempuan, ibu saudara atau sepupu) yang mempunyai barah payudara, pil perancang keluarga haruslah diambil dengan berhati-hati.

Disebabkan oleh kesan sampingan dan risiko di atas, wanita pengamal pil perancang keluarga perlukan vitamin E! 

Kebaikan vitamin E

1. Kesihatan salur darah dan jantung
Pengambilan harian vitamin E sebanyak 800IU boleh melindungi jantung, meningkatkan kolesterol HDL (baik), merendahkan tekanan darah, dan menghalang platlet melekat ke dinding arteri.



2. Anti oksidan
Vitamin E juga adalah anti oksidan yang kuat. Pengambilan >1200IU sehari boleh melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor. 


           
3. Kesihatan dan kecantikan kulit
1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan ( jeragat). Ia juga memulihkan tekstur kulit dan ton muka.



 4. Meningkatkan Libido.
Vitamin E membantu perhubungan suami isteri dengan membantu meningkatkan libido. Sebab tu vitain E dikenali sebagai vitamin cinta.:)

haa..nampak tak bahawa wanita pengamal pil perancang perlukan vitamin E? Jelas sekali Vitamin E boleh membantu mengurangkan kesan sampingan dan mencegah risiko yang buruk-buruk tu..mencegah dan beringat dari awal adalah lebih baik tentunya..:)
Untuk mengetahui lebih banyak lagi, klik Manfaat Vitamin E Shaklee. 




Berminat untuk mencuba? Hubungi saya SEGERA. Promosi Berganda Bulan Disember masih berlangsung. OFFER hebat dan menjimatkan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)




No comments :

Post a Comment