Monday, 15 December 2014

PERANGAI PELIK TAK MASUK AKAL

Setiap manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang unik dan berbeza. Sehingga kadang-kadang kita anggap keunikan itu sebagai perangai pelik. Perangai pelik tak masuk akal? haha..saya pun ada!

Korang semua suka tidur tak? Pernah tak bila bangun dari tidur rasa menyesal sebab tidur? haha..itulah yang saya selalu rasa..sejak dulu sampai lah sekarang..especially bila tertidur waktu pagi atau petang..pelik kan? Sendiri tidur, tapi nak marah dan menyesal pulak...

Apa sebabnya saya rasa menyesal dan marah sebab tidur?? Macam tak masuk akal kan..haha..em..mungkin kerana saya rasa saya sudah kerugian masa dan banyak benda berfaedah lain yang saya boleh buat selain daripada tidur..tapi itulah manusia..selalu tergoda dan terpedaya dengan godaan nafsu dan bisikan syaitan...

Bila bangun tu bukan setakat rasa menyesal & marah kat diri sendiri, yang paling tak tahan siap nak salahkan orang lain, nak marah kat orang lain.Pastu mula la bad mood, mulut muncung-muncung..haha..pelik tak? Tak senonoh betul perangai pelik ni.

 

Menyalahkan orang lain memang adalah perkara yang paling senang nak buat..setuju tak? walaupun dah terang-terang kesilapan tu berpunca dari diri kita sendiri. Inilah hakikat seorang manusia..huhu..penuh dengan kekurangan dan kelemahan..apapun saya selalu cuba menenangkan diri dan  pujuk diri..dah tua-tua ni cuba sedaya upaya supaya tak ketara sangat perangai pelik saya ni..haha..

Anda ada perangai pelik tak masuk akal? jom kongsikan..:)

2 comments :

  1. hihihihihih sama la kadang kalau tertido mesti macam menyesal. kenapa la aku boleh tertido ni dah tertunda semua kerja. tapi cuba positif balik. Allah sebenarnya nak bagi rehat sekejap. syukurrrrrrr hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki..ada jugak yang sama perangai pelik..:)

      Delete