Friday, 5 December 2014

HEALING CRISIS; TINDAKBALAS PENYEMBUHAN AKIBAT PENGAMBILAN SUPLEMEN

Untuk pengetahuan anda, pengambilan suplemen Shaklee tidak akan memberikan sebarang side effect atau kesan sampingan. Tetapi, anda berkemungkinan menghadapi suatu proses yang dipanggil healing crisis iaitu tindakbalas pemulihan akibat pengambilan suplemen atau vitamin.
Ia adalah suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen. Simptom ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak!


 

Mengapa berlaku healing crisis?
Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan barkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, krisis pemulihan terjadi. 
Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.
Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama seperti sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik serta pengambilan ubat ubatan. Suplemen membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.
Apakah tanda-tanda healing crisis?
Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman ( perut kembung, lapar), cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang kerap, berasa hangat, berpeluh dan lain lain. Simptom simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 -2 minggu.

Apa yang perlu dilakukan ?
Sepanjang jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buah buahan. Banyakkan berdoa supaya dipermudah dan dipercepatkan tindakbalas ini. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. 


Healing crisis bukan side effect, tetapi adalah tindakbalas pemulihan akibat pengambilan suplemen. Ia adalah sesuatu proses yang untuk memulihkan dan akan berakhir serta tidak akan memudaratkan, InsyaAllah.

Hubungi pengedar sah Shaklee anda sekiranya mengalami sebarang tindakbalas pemulihan untuk nasihat dan konsultasi. :)

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, dan memerlukan konsultasi saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Perkhidmatan EKSKLUSIF dan tiptop.:)

Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035


email: istadiniey@gmail.com






No comments :

Post a Comment