Wednesday 19 November 2014

MENGAPA MASALAH SAKIT LUTUT SERIUS DAN BERBAHAYA?

Sakit lutut antara keluhan yang biasa kita dengari di kalangan orang-orang yang berumur atau wargamas. Sakit lutut sebenarnya bukan sahaja boleh menjadi masalah di kalangan orang-orang tua, tetapi juga boleh menyerang golongan muda dan kanak-kanak. Jom ketahui lebih lanjut tentang masalah sakit lutut dan mengapa ia boleh jadi berbahaya?


SEBAB-SEBAB SAKIT LUTUT
Sakit lutut boleh disebabkan oleh beberapa bahagian di dalam sendi lutut, seperti ligamen, tendon,tulang rawan, otot dan juga membran.

Kecederaan ligamen dan otot 
Ia boleh terjadi semasa bersukan atau juga pergerakan yang terlalu cepat dan tidak terkawal. 

Kerosakan meniskus lutut (tulang rawan)
Fungsi tulang rawan ini ialah seperti span untuk menyerap tekanan kepada bahagian kaki. Ia boleh rosak atau terkoyak sekiranya terlalu banyak tekanan terhadap lutut. Dengan itu menyebabkan tulang tergeser antara satu sama lain dan sangat menyakitkan.

Tendinitis
Keradangan pada bahagian tendon biasanya boleh dilihat melalui tanda seperti bengkak dan kemerahan serta sakit apabila disentuh.Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan sepeti arthritis dan juga kaedah senaman yang tidak betul.

Osteoarthritis
Wanita berusia 55 tahun ke atas berisiko tinggi untuk mengalami masalah ini. Ia menyebabkan kehilangan tulang rawan yang menjadi pelapik antara tulang. Dengan itu menyebabkan berlakunya geseran antara tulang semasa pergerakan sendi lutut dan tentunya sangat menyakitkan.

Berat badan berlebihan.
Berat berlebihan boleh memberi kesan tekanan kepada lutut yang boleh menyebabkan sakit lutut semasa berdiri atau berjalan.


RAWATAN SAKIT LUTUT
1. Ubat
mereka yang sering sakit lutut biasanya akan diberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan rasa sakit. Ketahui bahaya ubat tahan sakit kepada anda.

2. Terapi fizikal
Kecedaraan yan disebabkan oleh bersukan atau aktiviti fizikal akan diberikan rawatan fisioterapi yang bersesuaian.
3. Suntikan 
Sesetengah penghidap arthrtis yang teruk perlu mengambil suntikan kortikosteroid untuk mengurangkan simptom. Manakala suntikan hyaluronic acid diberikan untuk menyediakan pelincir bagi sendi lutut yang kekurangan asid ini.

4. kaedah pembedahan (lutut palsu)
Kaedah pembedahan hanya akan dicadangakn sebagai pilihan terakhir sekiranya masaah sakit lutut benar-benar di peringkat teruk dan tidak dapat dikawal dengan cara lain. Perlu diingat, pembedahan juga mempunyai kesan sampigan yang perlu diambil kira. 



Nak ke sampai kena bedah? Nauzubillah...jom cegah sebelum parah!.

MENCEGAH SAKIT LUTUT

1. Kawal berat badan
Dapatkan berat badan ideal kerana ia merupakan salah satu faktor penyebab sakit lutut.

2. Bersukan dengan cara yang betul
pemanasan badan datau warming up perlu sebelum melakukan sebarang ativiti sukan yang boleh memberi tekanan kepada lutut.

3. Rehat selepas aktiviti  yang lasak 
Berehat selepas aktiviti lasak boleh menghalang masalah sakit lutut terjadi.

4. Suplemen semulajadi



Dengan 3 langkah mudah, iaitu Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard dan Ostematrix, boleh membantu cegah keadaan yang lebih parah dan bahaya. Info lanjut tentang set kesihatan tulang dan sendi. Oh ya, sempena promo Omega bulan ni, harga memang sangat best! hubungi saya SEGERA untuk tawaran HEBAT!


Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, dan memerlukan konsultasi saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Perkhidmatan EKSKLUSIF dan tiptop.:)


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com


No comments :

Post a Comment