Monday, 10 November 2014

7 TIPS CEGAH DIABETES / KENCING MANIS

Penyakit kencing manis atau diabetes merupakan penyakit kronik yang tiada penyembuh. Sekali sudah dihinggapi, seumur hidup perlu bergantung kepada rawatan. Jom cegah sebelum terlambat. Berikut adalah 7 tips untuk mencegah diabetes.  



diabetes melitus
1. Berat badan ideal
Cuba untuk capai dan maintain berat badan ideal. bagaimana untuk tahu berapa berat badan ideal? Mudah sahaja, anda perlu tahu berat badan dan juga tinggi anda. Kira menggunakan formula di bawah untuk mendapatkan BMI.





2. Semak sejarah keluarga
Sejarah perubatan keluarga (medical history) juga memainkan peranan penting, kerana faktor genetik atau keturunan juga merupakan salah satu faktor risiko kepada Diabetes mellitus. Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga seperti ibu dan ayah menghidap kencing manis, maka anda mempunyai risiko untuk sama menghidapinya. 

3. Aktif aktiviti fizikal
senaman dan aktiviti fizikal secara rutin dan tetap adalah perlu untuk memastikan kesihatan tubuh secara keseluruhan, dan juga boleh mencegah diabetes mellitus.

4. Pemakanan seimbang
Makan secara seimbang dan sederhana. Seperti kita tahu, kencing manis berlaku apabila kadar gula dalam darah meningkat. Ia boleh terjadi apabila pengambilan gula melebihi paras yang boleh diproses oleh badan. Pastikan makan secara sihat, kurang gula dan lemak.

5. Pemeriksaan kesihatan
Jalanilah pemeriksaan kesihatan secara berkala, terutama jika anda sudah mencapai umur 40 tahun. Tetapi jangan pula beranggapan umur muda tak akan dihinggapi penyakit!

6. Kawal tekanan darah
Kajian mendapati, kebanyakan penghidap datah tinggi mudah dan lebih berisiko menghidap kencing manis.

7. Banyakkan buah dan sayur 
Lebihkan sayur dan ulaman di dalam hidangan makan utama anda. Ambil lebih buah-buahan untuk menggantikan snek atau makanan ringan. Tetapi awas ya, sesetengah buah buahan tempatan kita seperti langsat, rambutan dan durian tidak sesuai diambil dalam jumlah yang banyak kerana kandungan gula yang tinggi. Cubalah ambil buah-buahan yang tinggi kandungan serat seperti epal dan pisang. 

Apapun, bersederhana adalah yang terbaik. Sesuatu yang baik jika diambil dalam kuantiti yang terlalu berlebihan juga boleh memudaratkan. Cegah diabetes sedari awal, amalkan gaya hidup sihat. 


Jika anda beminat untuk mendapatkan produk Shaklee, dan memerlukan konsultasi saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Perkhidmatan EKSKLUSIF dan tiptop.:)


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

No comments :

Post a Comment