Saturday, 22 November 2014

IBU MENYUSU BOLEH JADI SUPERWOMAN YANG TAK RETI PENAT!

Menjadi ibu menyusu yang bekerja sememangnya sangat mencabar. Jika diberi pilihan, semuanya kita ingin lakukan dengan sempurna. Saya percaya, kita semua nak jadi ibu menyusu yang boleh jadi superwoman!

Apa taknya, jika disenaraikan tugas dan to do list yang perlu dilakukan, tak terhitung banyaknya. Seharian bekerja, balik ke rumah pula kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas, lipat kain dan sebagainya sudah menanti. Anak pula merengek nak bermanja, tambah-tambah jika ada anak-anak lain yang juga memerlukan perhatian. Tak termasuk lagi botol-botol susu yang perlu dibersihkan dan disteril. Akhirnya, ibu letih dan stress, susu pun drop! 

Bagaimana ibu menyusu boleh jadi superwoman?

1. Rancang / set goal
Pernah dengar kata-kata ini, 'Gagal untuk merancang bermakna anda merancang untuk gagal'.. Jadi, pastikan anda rancang dengan teliti jadual dan to do list anda. 

2. Jangan tangguh
Dah rancang, laksanakan! Jangan bertangguh dan memberi alasan pula. Contohnya dalam senarai rancangn anda perlu basuh dan steril botol susu selepas makan malam, jangan pula memberi alasan terlalu kenyang, nak berehat dulu sebentar sebelum basuh botol. Sudahnya anda terleka pula tengok drama korea di tv..tiba-tiba baby pulak merengek nak tidur dan nak menyusu..botol ke mana.. korean drama ke mana..:)

3. Keutamaan
Utamakan yang lebih utama kata orang..yang ini perlukan penelitian dan jugdement anda sendiri..apa yang lebih penting dan utama bagi anda, yang itulah perlu diselesaikan dulu..Yang pasti..bila tiba masa baby menyusu, itu memang perlu diutamakan!

4. Kendali stress
Tak dinafikan anda akan dilanda stresss bila sudah terlalu penat dan banyak kerja perlu dibereskan. Tetapi, apa yang anda akan dapat jika stress? Nak tak nak, anda perlu kendali stress dengan sebaik-baiknya. Jangan pula jadikan anak-anak tempt melepaskan stress..lain pula jadinya.. maklumlah, bila stress kita akan cepat marah..tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan fikiran. 


5. Cari penyelesaian
Superwoman perlu bijak mencari jalan penyelesaian. bila timbul cabaran, cari penyelesaian yang terbaik, dan bukan hanya marah dan stress. Jika sudah tak mampu, minta bantuan! 

6. Jaga kesihatan 
Sihat itu adalah satu nikmat yang tidak terhingga. Anda adalah orang yang sangat penting bagi keluarga anda. Jadi, jika anda jatuh sakit, siapa yang akan menjaga anda dan keluarga anda?  Jaga pemakanan, dapatkan rehat yang cukup dan ambillah suplemen untuk kekal sihat dan bertenaga.

7. Minta bantuan dan kekuatan dari Allah
Doa adalah senjata utama umat Islam. Minta dan berdoalah kepada Allah supaya anda diberi kekuatan agar anda dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan sebaik-baiknya. Minta juga supaya anak-anak anda dimurahkan rezeki dan susu anda sentiasa cukup untuk bayi anda.

Ingat, menyusukan bayi bukanlah alasan anda sering tak cukup masa untuk tugas-tugas lain. Menjadi ibu menyusu bukan juga penyebab anda cepat letih dan penat. Yakinlah, Ibu menyusu juga boleh jadi superwoman! 

SUPLEMEN KESIHATAN KELUARGA / ENERGY BOOSTER SET SHAKLEE

Ini adalah rahsia saya jadi superwoman! :)



KLIK BUTANG DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN ENERGY BOOSTER SET SEKARANG

Jadual makan dan konsultasi eksklusif disediakan KHAS untuk pelanggan saya. :) 

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, dan memerlukan konsultasi saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Perkhidmatan EKSKLUSIF dan tiptop.:)

Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035

email: istadiniey@gmail.com


No comments :

Post a Comment