Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda. Islam menganjurkan penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun. Tetapi ada sesetengah ibu yang tidak berjaya meneruskan penyusuan kerana masalah susu merudum atau susu drop. Bagaimana memastikan susu ibu mencukupi? Ikuti tips ini yang mungkin boleh membantu anda membuat persiapan awal.
1. Memulakan penyusuan awal dalam tempoh masa satu jam selepas kelahiran
Langkah ini adalah penting sebagai rangsangan awal kepada penghasilan susu. Ia juga memberi peluang bayi anda mendapat kebaikan kolostrum susu yang tersangat tinggi nilainya!
Langkah ini adalah penting sebagai rangsangan awal kepada penghasilan susu. Ia juga memberi peluang bayi anda mendapat kebaikan kolostrum susu yang tersangat tinggi nilainya!
2. Memberikan penyusuan susu ibu dengan kerap 10-12 kali sehari dan bila-bila perlu (on demand)
Anda perlu faham konsep demand Vs supply. Iaitu semakin banyak permintaan (demand) semakin banyak susu akan dihasilkan (supply). Jadi, keraplah menyusu bayi bermula pada awal kelahiran untuk merangsang penghasilan susu yang banyak.

3. Tidak memberI bayi minuman lain selain susu ibu
Rasanya mak-mak dan orang dulu-dulu suka beri air kosong kepada bayi. Kononnya bayi dahaga dan tak hilang haus sekiranya minum susu sahaja. Jangan! memberi minum air kosong kepada bayi menyebabkan bayi terasa 'kenyang' dan 'penuh' seterusnya menyebabkan bayi akan kurang menyusu. Ini boleh menyebabkan bayi kekurangan nutrisi. Ye lah..air kosong kan tak ada kandungan nutrisi.

4. Tenangkan fikiran dan rehat secukupnya
Jangan stress! Stress adalah musuh utama ibu-ibu menyusu :) susu boleh drop jika anda stress tau..kena ceria dan happy selalu :)
Jangan stress! Stress adalah musuh utama ibu-ibu menyusu :) susu boleh drop jika anda stress tau..kena ceria dan happy selalu :)
5. Makan makanan seimbang dan minum secukupnya mengikut keperluan
Anda diibaratkan seperti kilang untuk menghasilkan susu :)
jika tidak cukup bahan mentah, bagaiman dapat memproses susu yang berkhasiat dan banyak? makan dengan seimbang dan teratur, dan ambillah suplemen untuk kesihatan anda supaya anda tidak jatuh sakit dan sentiasa bertenaga.

6. Teruskan penyusuan di waktu malam untuk menggalakkan penghasilan susu yang banyak
Hormon prolaktin ( perlu untuk penghasilan susu) adalah tinggi pada waktu malam. Jadi, kerapkan menyusu pada waktu malam. Anda juga boleh ambil peluang untuk mengepam susu dan mengumpul stok pada waktu ini.

7. Menyusu dengan posisi pelekapan yang betul
Teknik penyususan dan pelekapan yang betul penting untuk memastikan anda tidak mengalami luka /melecet puting susu.
8. Pastikan tiada puting kosong / tiruan
Sama seperti air kosong, puting kosong juga dikhuatiri dapat meberi bayi rasa kenyang yang palsu dan menyebabkan bayi kurang menyusu.
9. Makanan tambahan dimulakan bila bayi berumur 6 bulan
bayi akan kurang menyusu setelah makanan tambahan dimulakan. Bersesuaian dengan konsep demand vs supply, jadi penghasilan susu akan mula berkurangan jika anda memulakan makanan tambahan bayi terlalu awal. Ia juga tidak elok untuk sistem penghadaman bayi yang masih terlalu muda dan tidak matang.
10. Memerah susu bila perlu (ibu bekerja / payudarabengkak: bayi dipisahkan kerana sakit)
Ye..anda perlukan pam sebagai teman setia. Sekali lagi konsep supply vs demand perlu dipraktikkan. Mengepam payudara boleh membantu mengosongkan payudara pada ketika bayi anda tiada atau bayi tidur lena. Jadi otak akan menerima isyarat bahawa anda perlu menghasilkan lebih susu.
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, dan memerlukan konsultasi saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Perkhidmatan EKSKLUSIF dan tiptop.:)
Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
Fanpage: Suplemen untuk semua
email: istadiniey@gmail.com
No comments :
Post a Comment