Thursday, 20 November 2014

KEK COKLAT KARAMEL ISTIMEWA IDAMAN HATI

Baru 18 hari berpantang, sudah teringin nak makan macam-macam..hehe..yang paling teringin nak makan ialah kek coklat karamel yang istimewa..sebabnya ada kek dan puding sekali..sebenarnya kek ni dah lama jadi idaman hati, masa last trimester hari tu, tapi sebab tak sempat (campur malas..haha) so sampai sekarang duk terbayang-bayang..

jadi saya share je resepi yang saya google :)


credit to sis Aisyah Zahari..



KEK COKLAT KARAMEL MOIST KUKUS


BAHAN KARAMEL
2 sudu gula pasir di tabur dalam loyang

Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas

Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur ( putih & kuning )

Kacau perlahan bahan B. Make sure jangan berbuih!.. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.

Kukus selama 15 minit.. Nak guna kaedah steam bake pun boleh. Tapi saya lebih suka guna kaedah kukus sebab lagi senang.


BAHAN KEK COKLAT MOIST

Bahan A:
1 cawan serbuk koko (jangan terlebih nanti pahit!)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak


CARA PENYEDIAAN

Satukan semua bahan ke dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil kacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.

Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas di ayak

Bahan C:
4 biji telur- pukul dgn whisk, mixer atau blend

CARA PENYEDIAAN

Satukan Bahan B dan Bahan C berselang seli dengan Bahan A dan gaul sebati dengan menggunakan senduk. Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi. Kukus selama 40 minit sehingga masak.

Dah masak, rehatkan sekejap pada suhu bilik. Dah sejuk nanti baru boleh terbalikkan. Tak boleh terbalikkan masa kek panas sebab kek dan karamel boleh pecah nanti. Kemudian sejukkan dalam peti ais dalam sejam dua.Sedia untuk dimakan. :)

ok..sekarang dah terigin tahap gaban..huhu..kepada anda yang tidak berpantang disarankan cepat-cepat cuba buat kek yang sangat mavelous ini..hehe..


No comments :

Post a Comment