1. Pemakanan sihat
Ibu perlu memastikan kandungan vitamin dan mineral di dalam tubuhnya lengkap dan stabil sebaik-baiknya sedari sebelum hamil dan sepanjang tempoh kehamilan. Nutrisi yang penting seperti protein, karbohidrat,asid folik, zat besi serta mineral-mineral lain perlu diambil secukupnya. Ibu juga perlu mengmbil asid lemak tidak tepu iaitu omega 3 dan 6 dengan kadar yang tinggi kerana kandungan EPA dan DHA adalah sangat penting untuk pembentukan dan perkembangan sistem saraf dan otak bayi. Antara makanan yang kaya dengan DHA dan EPA ialah minyak ikan.
2. Ibadat wajib dan sunat
Bagi umat Isam, adalah sangat disarankan untuk meningkatkan dan melipat gandakan amalan-amalan ibadat wajib dan sunat. Bukan hanya ibu, malah bapa juga perlu melakukan hal yang sama. Ini bertujuan supaya anak yang bakal dilahirkan bukan sahaja bijak, malah akan mempunyai akhlak yang mulia.
3. Bacaan Al Quran
Selalu membaca alQuran dan memperdengarkan ayat-ayat suci al Quran kepada bayi dapat merangsang otak bayi. Antara surah dan ayat yang digalakkan ialah surah al Fatihah, al Insyirah, dan ayat kursi. Malah, setelah bayi dilahirkan anda juga digalakkan untuk membacakan kepada bayi semasa meyusukannya. Amalkan juga surah-surah terpilih seperti surah Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.
4. Sentuhan kasih
Jangan lupa, bayi di dalam kandungan sudah boleh merasakan sentuhan dan mendengar kata-kata anda sedari dalam kandungan terutama setelah berusia 6 bulan ke atas.. Sentuh dan usap perut anda dengan penuh kasih sayang dan berbicara dengan bayi anda dapat merangsang mindanya.
5. Emosi terkawal
Bayi juga turut dipengaruhi oleh emosi anda. Jadi, kawal dan pastikan emosi anda seniasa stabil dan tenang supaya bayi anda juga bayi yang akan dilahirkan riang dan tidak mudah meragam. Ia juga dapat merangsang perkembangan otak yang sihat, cergas dan pintar.
6.Muzik klasik
Gelombang dari muzik klasik dipercayai dapat memberi ketenangan dan dapat memberikan bayi suasana yang selesa untuk memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.
7. Pengetahuan asas
Anda boleh dedahkan bayi dengan beberapa perkara asas seperti mengenal dan mengecam suara anda dan pasangan, suasana gelap dan terang, ucapan salam, membaca abjad dan mengira.
8. Latihan matematik
Melakukan latihan matematik semasa hamil merupakan salah satu petua dan amalan kaum Yahudi. Ia dipercayai dapat merangsang otak bayi dan menjadikan mereka lebih bijak. Tidak salah mencuba, jadi, tunggu apalagi, jom buat latihan sudoku! :)
Selamat mempraktikkan tips untuk memperoleh anak bijak dan pintar sejak dalam kandungan.. Kita disuruh berusaha dan meminta, selebihnya Allah yang Maha Berkuasa akan menentukan. Semoga kita dikurniakan anak yang sihat, bijak dan soleh.
Anda juga boleh mencuba Suplemen Ibu hamil Shaklee untuk mencukupkan nutrisi semasa hamil yang dapat membantu perkembangan bayi dan juga kesihatan ibu.
Oh ya, sempena promo Omega bulan ni, harga memang sangat best! hubungi saya SEGERA untuk tawaran HEBAT!
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, dan memerlukan konsultasi saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Perkhidmatan EKSKLUSIF dan tiptop.:)
Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
Fanpage: Suplemen untuk semua
email: istadiniey@gmail.com
sapa takmau anak bijak cerdik sihat..idaman semua ibu bapa..:)
ReplyDeleteye...insyaAllah boleh ikhtiar selagi mampu ;)
Delete