Tuesday 31 March 2015

PENYUSUAN SUSU IBU DARI PANDANGAN ISLAM

Hari ini saya nak kongsikan tentang penyusuan susu ibu dari pandangan Islam. Baru-baru ini saya ada membaca risalah tentang penyusuan ibu yang bertajuk "penyusuan susu ibu dari pandangan Islam"



Susu adalah pemakanan utama untuk pembesaran bayi yang baru dilahirkan. Semasa dalam kandungan lagi, bayi telah dibekalkan makanan yang diserap melalui darah ibunya yang berbentuk susu.

Di dalam Islam, seseorang ibu wajib menyusukan bayinya sekiranya ia mampu. Jika sebaliknya ia dibenarkan mengupah orang lain bagi tujuan penyusuan tersebut.

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang antara ibu dan anak.

Penyusuan dalam Islam



>> Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun

>> menceraikan susu ibu dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat mendapat persetujuan dan pertimbangan daripada pasangan bagi memastikan bayi mendapat penjagaan yang rapi

>> Bapa bertanggungjawab dalam menyediakan persekitaran yang selesa dan tidak membebani ibu dengan pelbagai tugas sepanjang tempoh penyusuan

>> Jika bapa tiada atau meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambil tanggungjawab dalam proses penyusuan kepada bayi tersebut.


Dari petikan risalah Penyusuan Susu Ibu Dari pandangan Islam di atas dapat kita simpulkan bahawa betapa Islam memandang berat kepada isu penyusuan anak. Ibu dan Bapa sama-sama memainkan peranan penting dan bertanggungjawab agar penyusuan susu ibu selama tempoh dua tahun dapat dilaksanakan. 
Sekian, diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat =)

Anda memerlukan Suplemen Ibu menyusu untuk membantu menjayakan penyusuan bayi anda?
Dapatkan Suplemen Ibu Menyusu dari kami.

*********************************************************************
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com





Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

PELUANG MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN. >>>BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA



Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)







No comments :

Post a Comment