Tempoh selepas bersalin atau lebih sinonim sebagai 'dalam pantang' sememangnya memberi cabaran kepada wanita, terutama yang baru pertama kali atau bersalin anak sulung. Kehadiran bayi yang memerlukan perhatian dan penjagaan rapi, ditambah pula dengan badan yang masih letih dan perubahan hormon boleh memberikan tekanan dan rasa stress kepada ibu berpantang. Oleh sebab itu anda perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi tempoh masa berpantang, supaya ia menjadi pengalaman yang indah dan mengelakkan berlakunya komplikasi serta kemurungan atau' postpartum depression'.
Beberapa perkara yang perlu anda jangkakan untuk berlaku kepada anda semasa dalam tempoh berpantang/ selepas bersalin
1. PENDARAHAN DARI VAGINA
Yang ini perkara paling awal anda akan hadapi, sejurus selepas bersalin anda memerlukan tuala wanita. Sebab tu ada dalam list untuk dibawa ke bilik bersalin. Darah ini dikenali sebagai 'lochia', berwarna merah terang dan beransur -ansur berubah warna kepada warna coklat dan kekuningan, dan boleh berlanjutan sehingga 4-6 minggu.
AWAS !
Lochia tidak sepatutnya mengeluarkan bau, tidak terlalu banyak sehingga membasahi tuala wanita setiap satu jam, dan selalunya cair. Dapatkan nasihat jururawat yang melawat anda di rumah atau segera ke klinik jika anda mendapati lochia berbau (agak busuk seperti bau nanah) dan pendarahan yang terlalu banyak serta ketulan darah melebihi saiz bola golf.
NANTIKAN ENTRY SETERUSNYA 'SELEPAS BERSALIN- GEJALA YANG PERLU ANDA TAHU'
BERMINAT UNTUK MENCUBA SUPLEMEN SELEPAS BERSALIN SHAKLEE?
INGIN MENJANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE?
Hubungi kami 0199765052 (sms / whatsapp)
Facebook : Hafizah Ibrahim
Fanpage : Suplemen_untuk_semua
Kami adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan. COD di daerah Bachok dan sekitar. Penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju dan courier.
Kami adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan. COD di daerah Bachok dan sekitar. Penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju dan courier.
No comments :
Post a Comment