Monday, 10 February 2014

PANDUAN PEMAKANAN SIHAT UNTUK IBU MENYUSU

Please<SHARE><LIKE>Suplemen_untuk_semua


PANDUAN PEMAKANAN SIHAT UNTUK IBU MENYUSU

4. AWASI KAFEIN!


            Ibu menyusu perlu berjaga-jaga dengan pengambilan kafein. Mengapa? kerana kafein boleh 'menyusup' masuk melalui susu ke dalam bayi anda! Ia mungkin boleh menyebabkan bayi tidak selesa jika diambil dalam jumlah yang berlebihan. Terdapat kajian yang mengatakan jumlah yang selamat adalah sekitar 200-250mg kafein sehari bagi setiap individu.
           Ibu menyusu juga tidak digalakkan mengambil kafein kerana dikatakan boleh menjejaskan penghasilan susu. Biasanya kita akan kaitkan kafein dengan kopi...tetapi sebenarnya kafein juga terdapat dalam makanan lain seperti coklat, minuman berkarbonat, teh dan banyak lagi..jadi? berhati-hati ! 


Dibawah ni jumlah kafein yang boleh terkandung dalam hidangan yang kita ambil..
    


  • 1 cawan besar kopi segera = 100mg
  • 1 cawan kecil kopi segera = 75mg
  • 1 cawan kecil kopi dibru = 100mg
  • 1 cawan kecil teh = 50g
  • 1 tin minuman kola = 40mg
  • 1 tin minuman tenaga = 80mg
  • 1 x 50g kepingan coklat biasa = sehingga 50mg
  • 1 x 50g kepingan coklat susu = sehingga 25mg

  • sumber: babycenter

             
           Bagi yang sudah terbiasa dan tidak boleh mengatakan tidak kepada jenis-jenis makanan yang berkafein ini, anda boleh cuba mengambilnya  dalam selang masa yang agak lama sebelum menyusu atau memerah susu. :)

    Jom amalkan pemakanan sihat wahai ibu menyusu :)


    Mari bersama-sama menyebarkan kebaikan susu ibu!

    Nantikan entry seterusnya PANDUAN PEMAKANAN SIHAT UNTUK IBU MENYUSU

    Ingin mencuba Suplemen ibu menyusu shaklee

    Hubungi kami 0199765052 (sms / whatsapp)   
    Facebook : Hafizah Ibrahim

    No comments :

    Post a Comment