Monday 20 January 2014

RASA PENING KETIKA HAMIL


            Simptom  pening dan rasa hendak pitam kerap di alami oleh ibu hamil, sama ada di awal kehamilan ataupun sepanjang tempoh hamil. Jika di awal kehamilan, ia berlaku disebabkan oleh hormon progesteron yang menyebabkan salur darah mengembang, sekaligus menyebabkan tekanan darah rendah. Dengan itu darah tidak sampai ke bahagian otak dan simptom pening dan rasa hendak pitam muncul.

               Manakala di trimster kedua dan ketiga pula, rasa pening boleh terjdi kerana uterus yang membesar menekan salur darah dan menyebabkan perjalanan darah menjadi perlahan. 

              Selain itu, terdapat juga istilah 'postural hypotension' iaitu rasa pening yang terjadi ketika anda mengalih posisi dengan cepat seperti bangun atau berdiri dari duduk , atau bangun daripada berbaring yang terlalu lama.

        Anemia atau kekurangan darah juga boleh menyebabkan rasa pening dan hendak pitam terjadi. Anemia di kalangan ibu hamil adalah berbahaya kerana selain boleh menyebaban pitam, sesak nafas,jantung berdenyut laju dan rasa letih, ia juga boleh menyebabkan komplikasi semasa proses kelahiran seperti tumpah darah yang boleh menyebabkan kematian ibu. 

             Ada juga di kalangan ibu hamil yang mengalami alahan dan rasa loya yang teruk yang menyebabkan mereka tidak dapat mengambil makanan. Dengan itu paras gula dalam darah menjadi tersangat rendah dan boleh menyebabkan rasa pening secara tiba-tiba, terutamanya pada waktu lewat petang.

            Keadaan cuaca yang terlalu panas juga boleh sahaja menyebabkan ibu hamil berasa pening dan hendak pitam.


ALAMI KEHAMILAN YANG SIHAT DAN BERTENAGA DENGAN SUPLEMEN IBU HAMIL SHAKLEE

 

 

No comments :

Post a Comment