Monday, 5 January 2015

BOLEHKAH MENYUSU MELEBIHI UMUR 2 TAHUN?

Di dalam Al-Quran terdapat ayat yang memerintahkan para ibu untuk menyusukan anak sehingga umur dua tahun, iaitu ayat 233, surah Al-Baqarah. Tetapi, setelah melebihi umur 2 tahun, apakah pula hukumnya? Bolehkah menyusu melebihi umur 2 tahun? 

Saya sendiri mempunyai pengalaman menyusukan anak sulung sehingga berumur melebihi 2 tahun. Semasa tercari-cari jawapannya, Alhamdulillah akhirnya saya menjumpai artikel dari utusan online yang membicarakan hukum menyusukan anak melebihi umur 2 tahun. Saya ambil petikan dari artikel tersebut yang menyatakan hukum menyusukan anak melebihi dua tahun ialah harus.

"Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.
Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia."

Dari pengalaman saya, menyusukan anak melebihi umur dua tahun ni ada kebaikan dan kelemahannya. Antara sebab saya terpaksa extend penyusuan sehingga Faqih berumur 2 tahun 3 bulan ialah untuk menjaga emosi dan psikologi anak sulung saya ni. Faqih dapat adik masa dia umur 20 bulan, dan waktu tu dia memang belum wean off. Jadi saya teruskan dengan tandem nursing abang dan adik. Saya tengok dalam tempoh 4 bulan dia masih tak dapat terima spenuhnya kehadiran adik baru yang 'mencuri' perhatian saya dan juga susunya. Sebab tu saya putuskan untuk extend lagi perjalanan penyusuan Faqih sehingga dia lebih faham dan dapat menerima keadaan :) Dalam tempoh ini juga saya sering beritahu dia yang dia akan terpaksa berhenti menyusu kerana dia dah besar, dan cuba untuk buat dia faham. tak sampai hati woo bila tengok dia nangis nak susu..huhu

Tetapi antara kelemahan menyusukan anak melebihi umur 2 tahun yang saya nampak ialah Faqih kurang makan dan lebih bergantung kepada susu ibu. Lepas wean off, dia lebih beselera makan. Tapi rasanya tak semua anak yang extend breastfeeding macam tu kot..anak anda bagaimana? boleh tinggalkan komen di bawah..kita kongsi pengalaman..:)

*********************************************************************
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        



Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)

No comments :

Post a Comment