Tuesday 13 January 2015

KELAPARAN TERSEMBUNYI; BAHAYA KEKURANGAN NUTRISI PADA KANAK-KANAK

Antara makan banyak dan terlalu memilih makan, yang mana satu anak anda? Sesetengah ibubapa terlalu risau disebabkan oleh anak yang memilih makan, tak berselera dan tak suka makan. Adapula ibubapa yang risau anak terlalu kuat makan sehingga menjadi obes. Diantara kedua-dua kumpulan ini, ada satu fakta yang perlu anda tahu..iaitu kelaparan tersembunyi atau hidden hunger, bahaya kekurangan nutrisi pada kanak-kanak.



Kelaparan tersembunyi adalah simbolik kepada situasi kekurangan nutrisi yang tidak dapat dilihat dengan mudah dan terlepas pandang. Anda mungkin berasa lega kerana anak anda suka makan, tetapi adakah anda pasti kandungan nutrisi yang diperlukan oleh badannya mencukupi, kerana mereka mungkin cuma dipenuhi oleh lemak!


Ramai kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan zat mikro nutrien seperti vitamin A, vitamin D, zat besi, zink, iodin, folat dan kumpulan vitamin B, yang berhadapan dengan risiko kesihatan dan tumbesaran terjejas.

Antara sebab berlakunya kelaparan tersembunyi ini ialah tabiat pemakanan yang tidak sihat seperi tidak bersarapan, kerap mengambil makanan ringan dan segera serta kurang makan buah dan sayur.

Kelaparan tersembunyi boleh berlaku walaupun anak anda kelihatan kenyang dan bertenaga, kerana kekurangan zat mikro tidak menunjukkan simptom yang jelas sehinggalah ia berada pada tahap yang bahaya. Pun begitu, kesannya tetap memudaratkan kerana kelaparan tersembunyi boleh menyebabkan perkembangan mental yang lemah, kesihatan fizikal dan produktiviti yang rendah.



Menurut hasil kajian yang lain pula, satu daripada setiap 10 kanak-kanak di kawasan bandar di Malaysia menunjukkan tanda-tanda kekurangan nutrisi berdasarkan nisbah berat badan dan umur. Kajian tersebut juga mendedahkan bahawa satu daripada lima kanak-kanak mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

Apakah kesan kelaparan tersembunyi ini?


1. Fizikal 
Secara kesseluruhan kekurangan mikronutrien boleh menyebabkan pembesaran terbantut, lemah dan tidak bermaya.
Kurang vitamin D menyebabkan  tulang lemah kerana tidak dapat menyerap kalsium dengan baik.
Anak anda juga boleh menjadi lebih
 pendek berbanding mereka yang cukup pe­ngambilan zink dalam diet. Manakala
kurang iodin menyebabkan berat badan meningkat secara tidak normal, kulit kasar, mengalami sembelit dan sering letih. 
Apabila folat kurang dalam diet, tubuh kanak-kanak akan menjadi mudah penat selain usus tidak mampu menyerap zat ­dengan cekap. 

2. Intelek dan perkembangan minda
Kekurangan iodin yang serius dalam pemakanan kanak-kanak pula boleh menyumbang kepada masalah mental terencat dan kerosakan otak

3. Emosi dan tingkah laku 
kurang iodin menyebabkan anak mudah marah, murung, dan terencat.Kekurangan folat turut menyebabkan masalah hilang selera dan penurunan berat badan, sakit kepala, jantung berdegup pantas, rasa tidak tenteram dan masalah tingkah laku.

4. Kematian 
Bahayanya kekurangan mikronutrien sehingga boleh membawa maut apabila badan hilang ketahanan dan fungsi sekiranya kekurangan zat adalah pada tahap bahaya.

Bagaimana membasmi kelaparan tersembunyi?

Selain memastikan anak makan dengan seimbang, pelbagai dan makanan yang berkhasiat (elakkan makanan rapu dan segera) anda juga boleh berikan mereka Suplemen kanak-kanak Shaklee.

1. Meal Shakes
2. Vita Lea for children


3. Vita C chew

Jangan biarkan anak-anak anda dalam kelaparan tersembunyi, kerana bahaya kekurangan nutrisi pada kanak-kanak boleh membawa mudarat pada masa depan mereka, yang tidak akan boleh diundurkan lagi. 

Berminat mencuba? Oh ya, Vita Lea for children ada OFFER tau bulan ni..Buy 3 Free 1..beli 3 dapat 4..tapi, nak satu pun boleh.. hubungi saja saya ya..:)


*********************************************************************
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)

No comments :

Post a Comment