Sunday, 27 April 2014

CABARAN PENYUSUAN - SORE NIPPLES

Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk anda dan bayi. Sesuatu yang baik tentunya banyak cabaran dan perlukan kekuatan untuk menghadapinya, bukan? Hanya ibu-ibu yang kuat dan tabah mampu menghadapi cabaran dalam penyusuan!chaiyok2 :) 

Jangan pula ibu-ibu bimbang, meskipun terdapat cabaran, pasti anda semua dapat menghadapinya asalkan ada persediaan ilmu! Jom ketahui cabaran yang biasa di hadapi di dalam penyusuan susu ibu.

2. Puting susu melecet / sore nipple



Punca utama berlaku masalah ini ialah pelekapan yang salah. (dah cerita dalam entry sebelum ini) Jadi, pencegahan masalah ini ialah pastikan bayi anda menyusu dengan pelekapan mulut yang betul.
Tanda-tanda puting melecet ialah puting menjadi merah, luka, lebam, malah boleh berdarah.

Bagaimana merawat puting susu melecet?

- perbetulkan cara pelekapan bayi ketka menyusu
- selepas menyusu, picit keluar sedikit susu atau kolostrum, kemudian sapu pada sekeliling puting yang luka, dan biarkan ia kering.
- Pastikan juga coli yang anda gunakan selesa dan tidak terlalu ketat kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.
- Anda juga boleh gunakan krim khas untuk merawat puting melecet.
- Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang sakit / tidak melecet.
- Terdapat juga sejenis 'hydrogel pad' yang boleh anda gunakan / pakai untuk memberi kelegaan dan keselesaan.
- Anda juga boleh mencuba posisi penyusuan yang berbeza untuk lebih selesa dan mengurangkan kesakitan.  


contoh hydrogel pad 
Persediaan ilmu sudah ada. Jom praktikkan cara pelekapan yang sempurna semasa menyusu. :) Yakin anda boleh menghadapi cabaran penyusuan ini. Basmi puting susu melecet! Happy breastfeeding! 


Ingin mencuba Suplemen ibu menyusu shaklee



Hubungi kami 0199765052 (sms / whatsapp)   
Facebook : Hafizah Ibrahim





No comments :

Post a Comment