Osteoporosis ialah keadaan di mana tulang hilang kepadatan dan menjadi rapuh. Ia adalah suatu penyakit yang berlaku secara senyap dan berterusan. Salah satu golongan yang sering dikaitkan dengan osteoporosis ialah wanita. Jagi, berjaga-jagalah wahai wanita, osteoporosis mengejarmu!
Metabolisme tulang yang normal ialah berlaku pembentukan(bone formation) dan penyerapan tulang ( bone resorption) yang seimbang untuk memastikan kepadatan tulang tidak berkurangan.
Wanita yang sudah menopaus mempunyai kadar hormon estrogen yang rendah, menyebabkan pembentukan tulang baharu menurun. Sebaliknya kadar penyerapan tulang adalah sama, dengan itu tulang semakin hilang kepadatan dan amat berisiko untuk patah, walaupun sewaktu melakukan aktiviti harian seperti batuk, mendukung anak kecil, atau semasa membongkok!
Antara faktor risiko untuk menghidapi osteoporosis ialah: wanita, umur yang lanjut, bertubuh kecil, sejarah keluarga yang menghidap osteoporosis, etnik seperti kaum Cina lebih berisiko, penggunaan steroids yang berpanjangan (seperti untuk rawatan sakit sendi dan alahan), serta penghidap rheumatoid arthritis.
Faktor risiko yang boleh diubah pula adalah seperti penggunaan alkohol, merokok, pemakanan yang tidak seimbang, kekurangan kalsium dan vitamin D dalam diet seharian, kurang aktiviti fizikal dan senaman dan kerap jatuh atau trauma.
Osteoporosis nyata mengganggu dan menghalang rutin seharian dan kehidupan yang berkualiti. Bukan itu sahaja, yang nyata ia amat MENYAKITKAN!
Jika tidak mahu dikejar Osteoporosis, jom amalkan gaya hidup yang lebih sihat! Dapatkan Tips menghindari Osteoporosis di entry akan datang. :)
BERMINAT MENCUBA OSTEMATRIX SHAKLEE ?
Sekarang ada promosi tau, BELI 6 PERCUMA 1!
Nak tahu lebih lanjut? Jangan segan jangan malu, bertindak cepat sebelum kehabisan stok!
Hubungi kami 0199765052 (sms / whatsapp)
Facebook : Hafizah Ibrahim
Fanpage : Suplemen_untuk_semua
Please <SHARE> <LIKE> Suplemen_Untuk_semua
Jika anda mahukan update terkini, info menarik dan peluang menyertai pertandingan dengan hadiah yang lumayan, sila LIKE fanpage kami, tq :)
No comments :
Post a Comment