Saturday 26 April 2014

CABARAN PENYUSUAN - PELEKAPAN YANG SALAH / POOR LATCH

Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk anda dan bayi. Sesuatu yang baik tentunya banyak cabaran dan perlukan kekuatan untuk menghadapinya, bukan? Hanya ibu-ibu yang kuat dan tabah mampu menghadapi cabaran dalam penyusuan!chaiyok2 :) 

Jangan pula ibu-ibu bimbang, meskipun terdapat cabaran, pasti anda semua dapat menghadapinya asalkan ada persediaan ilmu! Jom ketahui cabaran yang biasa di hadapi di dalam penyusuan susu ibu.

1. Pelekapan yang salah (poor latch)



Pelekapan yang sempurna adalah kunci kejayaan penyusuan susu ibu. Ini kerana pelekapan yang tidak betul boleh menyebabkan  banyak masalah lain seperti nipples sore atau puting melecet/ luka, payudara tidak dikosongkan sepenuhnya seterusnya menyebabkan bengkak susu, dan susu tersumbat.

Bagaimana untuk memastikan bayi anda menyusu dengan cara yang betul?

1. Anda boleh meminta nasihat dari jururawat semasa di hospital, dan tunjukkan cara anda menyusukan bayi kepada mereka untuk memastikan cara yang betul.

2. Pastikan bayi anda membuka mulut dengan luas sebelum mula menyusu. Pastikan bayi anda sedar sepenuhnya sebelum menyusu. Anda boleh menukar lampinnya terlebih dahulu supaya dia benar-benar terjaga dan bersedia untuk minum susu.:)

2. Anda sepatutnya berasa selesa dan tidak beasa sakit semasa menyusu. Sekira terasa seperti dicubit atau digigit, segera hentikan penyusuan dan mula semula.

3. Pastikan lebih banyak areola  kelihatan di atas mulut bayi anda.

4. Bibir bawah bayi seharusnya melengkup keluar, dan dagunya nya mencecah payudara.

5. Cuba dengar air susu ditelan untuk memastikan bayi benar-benar menyusu dan tidak tertidur sebelum benar-benar kenyang.


Persediaan ilmu sudah ada. Jom praktikkan cara pelekapan yang sempurna semasa menyusu. :) Yakin anda boleh menghadapi cabaran penyusuan ini. Basmi pelekapan yang salah! Happy breastfeeding! 


Ingin mencuba Suplemen ibu menyusu shaklee



Hubungi kami 0199765052 (sms / whatsapp)   
Facebook : Hafizah Ibrahim



No comments :

Post a Comment