Thursday 3 August 2017

ATASI PARUT CHICKEN POX DARI DALAM

Masih ada parut chicken pox? Susahnya nak hilangkan parutchicken pox! Dah berbagai krim disapu..tapi tak menjadi...mungkin anda perlu atasi parut chicken pox dari dalam.. seperti salah seorang pengguna Shaklee ni buat..






Tahukah anda chicken pox atau cacar air adalah jangkitan virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang yang lain. Mereka yang telah dijangkiti virus chicken pox biasanya tidak akan dijangkiti semula kerana ia telah menghasilkan pelalian seumur hidup. Kita biasa dengar chicken pox terjadi pada kanak-kanak. Sebenarnya ia juga boleh menjangkiti orang dewasa. Malah, tahap dan kesan chicken pox pada orang dewasa adalah lebih kuat dan teruk berbanding kanak-kanak.


Bagaimana chicken pox atau cacar air berjangkit?

Awas, Chicken pox atau cacar air sangat mudah berjangkit, hanya melalui udara dan sentuhan. Seperti contoh, batuk atau bersin. Jangkitan melalui sentuhan pula merebak dari titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Apakah tanda dan gejala chicken pox?

Anak anda akan mendapat cacar air 10 – 21 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa, remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius.

Gejala:
Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).
Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.



Bagaimana chicken pox boleh dicegah?
Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian.

Minta nasihat doktor.
Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti penyakit ini jika terdedah kepada individu yang menghidap cacar air untuk mengelakkan anak anda daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.


Apakah komplikasi akibat dari jangkitan chicken pox atau cacar air?

Ruam atau cacar air chicken pox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. 
Tetapi adakalanya penyakit boleh menjadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian.


Kumpulan yang berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk ialah:

  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox. 
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chicken pox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi. 
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik. 
  • Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema). 


Bagaimana jangkitan chicken pox atau cacar air dirawat?

Secara amnya:

  • Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawannya akan turut dijangkiti.
  •  Elakkan dari naik kapal terbang pada masa ini. 
  • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
  • Minum banyak air masak.
  • Ambil makanan yang seimbang.
  • Sentiasa membasuh tangan. 


Untuk rasa gatal:
Sapu losyen kalamine di tempat ruam.
Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.


Parut Chicken Pox boleh jadi amat buruk dan menakutkan. Jika anda mahu mencuba atasi parut chicken pox dari dalam boleh hubungi saya ye.

Konsultasi khas dan servis terbaik untuk anda. :) 

Kelebihan membeli dengan kami

Setiap pembelian set ini dengan Suplemen Untuk Semua melayakkan anda menerima:


  • Konsultasi percuma
  • Cara pengambilan terbaik percuma
  • Jadual vitamin harian percuma

*******************************************************************


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
Instagram : Suplemen untuk semua
email: istadiniey@gmail.com

Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

PELUANG MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN. >>>BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :)



















No comments :

Post a Comment