Monday, 23 February 2015

PUDING ROTI MUDAH DAN SIMPLE TAPI SEDAP

Ini adalah entry tertunda. lama dah nak post resepi puding roti mudah dan simple tapi sedap kegemaran saya. Paling best bila makan bersama sos kastard. 
sebenarnya resepi puding roti ni main agak-agak je.. xde nak sukat-sukat okeh.. hehe.. 

Bahan-bahan

Puding roti
Roti gardenia ~ 4keping 
Susu ducth lady low fat
Meal shakes ~ 2 sudu
Telur ~ 1 biji
Gula ~ 2 sudu
Planta ~ 1 sudu
Kismis ~ secukup rasa

Sos Kastard
susu ducth lady low fat 
tepung kastard 
gula 

Cara
Saya guna 4 keping roti. koyakkan kecil-kecil. tuangkan susu agak2 tenggelam. 
Pukul sebiji telur dengan garfu je, masukkan dua sudu besar meal shakes, gula dua sudu, dan sedikit planta . 
Campurkan ke dalam roti yang direndam tadi.
Kacau perlahan-lahan biar sebati.. kemudian taburkan kismis. 
Boleh bakar dalam microwave dalam 20 minit.

Sos pun tak ada sukatan juga.
Tuang susu, satu sudu tepung kastard,satu sudu gula. 
Kacau dulu supaya tak berketul. 
Kemudian panaskan atas api yang perlahan.
Kena kacau sentiasa, sehingga agak pekat. 
Cuba kalau dah suka manis dan lemaknya kira siap lah tu.. 
^-^



Puding roti meal shakes ni memang bau sangat wangi, tak perlu letak esen vanilla dah pun. yang pasti penuh berkhasiat jugak tau.hehe. 
Selamat mencuba resepi puding roti mudah dan simple tapi sedap versi campak dan agak-agak dari saya..^-^

Offer menarik dan free gift special sepanjang Fabulous February sempena Tahun Baru Cina 2015.

*********************************************************************
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)

No comments :

Post a Comment