Tuesday 12 August 2014

MENGAPA ANDA PERLUKAN B COMPLEX?

Vitamin B complex ialah gabungan kesemua 8 jenis vitamin B yang penting dan diperlukan oleh badan. mungkin ramai yang mengganggap diri mereka tidak memerlukan suplemen B complex. Mari saya berikan jawapannya mengapa anda perlukan B complex.


9 sebab mengapa anda perlukan B complex:

1. Menukarkan makanan kepada tenaga


Jika anda sering berasa letih dan mengantuk, terutama selepas makan, B Complex boleh membantu anda lebih cergas dan bertenaga. Ini kerana vitamin b berfungsi untuk membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.

2. Melawan tekanan




Selalu stress? inilah penawar stress yang anda perlukan. 
(of course berzikir dan mengingati Allah Yang Maha Berkuasa itu adalah ubat stress yang paling utama). Vitamin B membantu memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

3. Membantu tumbesaran



menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang. Justeru itu ibu hamil serta yang bersedia untuk hamil perlu mengamalkan B complex setiap hari.

4. Rambut beruban dan gugur


Rambut beruban pada awal 30-an tentu merisaukan. Apatah lagi disertai masalah rambut gugur pula. Mungkin itu tandanya anda memerlukan B Complex kerana ia membantu membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut

5. Baik untuk mata
- Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian / fokus

6. Mencegah anemia
- membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut

7. meredakan senggugut
B Complex juga boleh dinamakan sebagai "pain killer semulajadi". Ia amat baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan, dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8. Mencegah kerekahan mulut



-Kekurangan vitamin B complex boleh menyebabkan anda mengalami tanda rekahan di penjuru mulut atau juga dikenali sebagai mouth chilitis. Ia juga mencegah jangkitan lidah (gositis) dan nafas berbau

9. Detoksifikasi
meredakan alahan. Jika anda penghidap resdung dan alahan yang kronik, anda boleh cuba gabungan vitamin B Complex dan Alfalfa serta Vita C. (suplemen untuk resdung)  
Sudah tahu mengapa anda perlukan B Complex? Jom dapatkannya sekarang dari saya :)

Untuk perundingan dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya, 


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok.

COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.


No comments :

Post a Comment