Wednesday, 25 June 2014

TIPS AJAR ANAK BERPUASA

Puasa dah dekat! Macamana nak ajar dan galakkan anak berpuasa ya? Sebenarnya, anak kecil seawal usia 5-6 tahun sudah boleh di ajar berpuasa.Meskipun tiada ujaran atau perintah khas bila untuk mula mengajar anak berpuasa, tetapi jangan pula tunggu sehingga mereka sudah baligh baru nak suruh berpuasa. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak perempuan boleh mencapai usia baligh seawal 9 tahun, dan kanak-kanak lelaki pula lazimnya 11-16 tahun. Tetapi awas ya, semakin ramai kanak-kanak kini yang mencapai usia baligh lebih awal. Jadi, biasakan diri mereka dengan ibadah wajib supaya nanti tidak kekok dan tidak curi tulang pula!

Beberapa tips untuk dikongsikan bersama untuk mengajar dan menggalakkan anak kecil berpuasa:

1. Buatkan mereka ternanti-nati akan ketibaan Ramadhan.
Bagaimana caranya? Seringlah bercerita tentang keberkatan dan keindahan bulan Ramadhan kepada mereka. Sebaiknya mulakan kefahaman mereka tentang keperluan berpuasa sedari mereka kecil (3-4 tahun) meskipun mereka masih belum diajar untuk berpuasa.  Oh ya, anak saya suka tengok upin & ipin berpuasa. :)  dan ia adalah pendidikan secara tidak langsung yang sangat mudah dn menarik untuk mereka.
Bagi anak yang akan mula belajar berpuasa, sebaiknya mulakan bercerita tentang ketibaan Ramadhan beberapa minggu sebelum iaitu di awal bulan Syaaban. 
Jangan lupa tunjukkan keterujaan anda supaya dia juga berasa teruja :)


 2. Beri galakan, bukan paksaan
Setelah mereka mula faham tentang puasa, cuba beri galakan dan dorongan supaya mereka cuba berpuasa. anda boleh mulakan dengan mengajar mereka berpuasa separuh hari. Tetapi ingat, jangan pula sampai memaksa dan mengugut ya!

3. Countdown Ramadhan
Anda boleh sediakan carta yang menarik, atau juga tulis di whiteboard di dinding bilangan hari dia berpuasa. Setiap kali dia berjaya berpuasa, tandakan di carta tersebut. Secara tak langsung dia akan lebih bersemangat untuk menambah bilangan hari berpuasa.


                               tuanpunya carta

4. Menu sahur yang berkhasiat dan disukai
Untuk memastikan mereka sihat dan sentiasa cergas, pastikan mereka bangun sahur. Sediakan menu kegemarannya, dan yang penting pastikan ia cukup berkhasiat untuk mereka.

5. Pujuk dengan lemah lembut
Anda pasti akan menghadapi situasi di mana anak anda menangis dan merayu untuk berbuka puasa kerana tidak tahan menahan lapar dan dahaga. Anda perlu bijak menghadapi situasi ini. Cuba pujuk mereka dengan lemah lembut, dan juga cuba alihkan perhatian mereka. Pada waktu tengahari dan petang anda boleh memujuk supaya mereka berehat atau tidur untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Tetapi awas ya, jangan sampai tertinggal solat pula!

6. Berbuka puasa bersama
Saat berbuka puasa bersama tentunya akan membuatkan mereka gembira dan teruja. Tanya mereka menu yang dimahukan untuk berbuka, mereka tentunya terasa diraikan dan berasa sangat seronok! Tetapi pada masa yang sama cuba terapkan nilai kesederhanaan semasa berbuka, jangan pula menu berbuka sampai penuh satu meja! Pastikan juga hidangan itu seimbang dan galakkan mereka banyak minum air kosong dan elakkan hidangan dan minuman yang manis.

7. Meraikan aidilfitri 
Aidilfitri adalah hari kemenangan. Puji dan beri sedikit penghargaan di atas usaha mereka sepanjang Ramadhan. Pasti mereka akan gembira dan menunggu Ramadhan yang seterusnya. :)


Suplemen anak berpuasa Shaklee

Anda juga boleh berikan suplemen dari Shaklee untuk membantu anak-anak berpuasa. Boleh dijadikan menu bersahur dan berbuka yang ringkas dan sedap, lagi berkhasiat.  


Selamat berpuasa bersama anak-anak anda. Semoga tips ini berguna untuk semua.:)

* Jangan lupa pastikan anak anda tidak terlalu letih sehingga tidak mampu untuk bersolat! :)

Berminat untuk mencuba suplemen ini?
Hubungi saja saya di talian ini 0199765052 (sms /whatsapp) 
Facebook : Hafizah Ibrahim
Setiap pelanggan kami akan mendapat konsultasi EKSKLUSIF beserta jadual makan suplemen secara PERCUMA. 

Jangan lupa like fanpage kami untuk pelbagai info serta peluang menyertai pelbagai peraduan dengan hadiah yang lumayan. :)






No comments :

Post a Comment