Saturday, 28 June 2014

SET BAJET VITA E SHAKLEE

Vita E Shaklee sememangnya mempunyai manfaat yang pelbagai. Sempena bulan promosi Vita E ini ( Beli 6 Percuma 1), kami berbesar hati menawarkan kombo Vita E yang menarik untuk setiap permasalahan dan anda. 




Set suami hebat
- Membantu para suami lebih bertenaga dan kekal cergas.
- Kombinasi yang hebat untuk menjaga kesihatan sistem reproduktif  mereka.
- Bagi yang berusaha untuk mendapat zuriat, kombo ini boleh membantu menambah kesuburan suami dengan penghasilan air mani yang lebih pekat, sperma yang lebih sihat dan berkualiti.

Set kulit tanpa cela

- Membantu memudarkan parut dan cela serta mengatasi masalah jerawat dari dalam
- boleh juga dijadikan masker yang selamat untuk kulit anda!
- Membantu anda kelihatan lebih berseri-seri, dan awet muda

Set cegah strok & alzheimer

- Membantu meningkatkan kesihatan salur darah, dan melancarkan peredaran darah
- membantu masalah kolesterol tinggi, mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.

Set feminine

- untuk kesihatan dalaman wanita.
- membantu masalah keputihan, bertindak seperti kacip fatimah, mengatasi masalah kekeringan ketika bersama suami
- membantu menganjalkan dan awet muda

Set cepat hamil

- sesuai sebagai set permulaan untuk suami dan isteri yang ingin berusaha mendapatkan zuriat.
-  membantu menstabilkan hormon, meningkatkan kesuburan dan kesihatan wanita dan lelaki,
- meningkatkan perhubungan suami isteri.

Berminat mendapatkan suplemen ini?

Hubungi saya Hafizah Ibrahim
019-9765052 ( call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
Fanpage: Suplemen untuk semua

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok.

COD di kawasan sekitar Bachok, dan  kawasan lain boleh dirunding.
Penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju & GDex courier.




Wednesday, 25 June 2014

TIPS AJAR ANAK BERPUASA

Puasa dah dekat! Macamana nak ajar dan galakkan anak berpuasa ya? Sebenarnya, anak kecil seawal usia 5-6 tahun sudah boleh di ajar berpuasa.Meskipun tiada ujaran atau perintah khas bila untuk mula mengajar anak berpuasa, tetapi jangan pula tunggu sehingga mereka sudah baligh baru nak suruh berpuasa. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak perempuan boleh mencapai usia baligh seawal 9 tahun, dan kanak-kanak lelaki pula lazimnya 11-16 tahun. Tetapi awas ya, semakin ramai kanak-kanak kini yang mencapai usia baligh lebih awal. Jadi, biasakan diri mereka dengan ibadah wajib supaya nanti tidak kekok dan tidak curi tulang pula!

Beberapa tips untuk dikongsikan bersama untuk mengajar dan menggalakkan anak kecil berpuasa:

1. Buatkan mereka ternanti-nati akan ketibaan Ramadhan.
Bagaimana caranya? Seringlah bercerita tentang keberkatan dan keindahan bulan Ramadhan kepada mereka. Sebaiknya mulakan kefahaman mereka tentang keperluan berpuasa sedari mereka kecil (3-4 tahun) meskipun mereka masih belum diajar untuk berpuasa.  Oh ya, anak saya suka tengok upin & ipin berpuasa. :)  dan ia adalah pendidikan secara tidak langsung yang sangat mudah dn menarik untuk mereka.
Bagi anak yang akan mula belajar berpuasa, sebaiknya mulakan bercerita tentang ketibaan Ramadhan beberapa minggu sebelum iaitu di awal bulan Syaaban. 
Jangan lupa tunjukkan keterujaan anda supaya dia juga berasa teruja :)


 2. Beri galakan, bukan paksaan
Setelah mereka mula faham tentang puasa, cuba beri galakan dan dorongan supaya mereka cuba berpuasa. anda boleh mulakan dengan mengajar mereka berpuasa separuh hari. Tetapi ingat, jangan pula sampai memaksa dan mengugut ya!

3. Countdown Ramadhan
Anda boleh sediakan carta yang menarik, atau juga tulis di whiteboard di dinding bilangan hari dia berpuasa. Setiap kali dia berjaya berpuasa, tandakan di carta tersebut. Secara tak langsung dia akan lebih bersemangat untuk menambah bilangan hari berpuasa.


                               tuanpunya carta

4. Menu sahur yang berkhasiat dan disukai
Untuk memastikan mereka sihat dan sentiasa cergas, pastikan mereka bangun sahur. Sediakan menu kegemarannya, dan yang penting pastikan ia cukup berkhasiat untuk mereka.

5. Pujuk dengan lemah lembut
Anda pasti akan menghadapi situasi di mana anak anda menangis dan merayu untuk berbuka puasa kerana tidak tahan menahan lapar dan dahaga. Anda perlu bijak menghadapi situasi ini. Cuba pujuk mereka dengan lemah lembut, dan juga cuba alihkan perhatian mereka. Pada waktu tengahari dan petang anda boleh memujuk supaya mereka berehat atau tidur untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Tetapi awas ya, jangan sampai tertinggal solat pula!

6. Berbuka puasa bersama
Saat berbuka puasa bersama tentunya akan membuatkan mereka gembira dan teruja. Tanya mereka menu yang dimahukan untuk berbuka, mereka tentunya terasa diraikan dan berasa sangat seronok! Tetapi pada masa yang sama cuba terapkan nilai kesederhanaan semasa berbuka, jangan pula menu berbuka sampai penuh satu meja! Pastikan juga hidangan itu seimbang dan galakkan mereka banyak minum air kosong dan elakkan hidangan dan minuman yang manis.

7. Meraikan aidilfitri 
Aidilfitri adalah hari kemenangan. Puji dan beri sedikit penghargaan di atas usaha mereka sepanjang Ramadhan. Pasti mereka akan gembira dan menunggu Ramadhan yang seterusnya. :)


Suplemen anak berpuasa Shaklee

Anda juga boleh berikan suplemen dari Shaklee untuk membantu anak-anak berpuasa. Boleh dijadikan menu bersahur dan berbuka yang ringkas dan sedap, lagi berkhasiat.  


Selamat berpuasa bersama anak-anak anda. Semoga tips ini berguna untuk semua.:)

* Jangan lupa pastikan anak anda tidak terlalu letih sehingga tidak mampu untuk bersolat! :)

Berminat untuk mencuba suplemen ini?
Hubungi saja saya di talian ini 0199765052 (sms /whatsapp) 
Facebook : Hafizah Ibrahim
Setiap pelanggan kami akan mendapat konsultasi EKSKLUSIF beserta jadual makan suplemen secara PERCUMA. 

Jangan lupa like fanpage kami untuk pelbagai info serta peluang menyertai pelbagai peraduan dengan hadiah yang lumayan. :)






Tuesday, 24 June 2014

ADAKAH PUASA MENYEBABKAN DEHIDRASI?


Puasa adalah waktu rehat bagi badan setelah hampir setahun 'bekerja keras'. Sewajarnya puasa menjadi pemangkin untuk kita menjadi lebih sihat, jika benar-benar mengikut sunnah dan perintah Allah.InsyaAllah.Beberapa hari  sahaja lagi Ramadhan akan tiba. Cuaca pula sentiasa panas terik. Bagaimana persediaan anda menghadapi puasa? terutama anak-anak kecil anda?
Justeru, perlu dititikberatkan kadar pengambilan air agar badan tidak mengalami dehidrasi. 


Apakah dehidrasi?

Dehidrasi ialah gangguan di dalam keseimbangan cecair dan elektrolit pada tubuh. Ia terjadi apabila pengeluaran cecair melebihi kadar kemasukan.(output and input inbalance). Awas, anda dan ahli keluarga mungkin akan menghadapi dehidrasi ringan sekiranya tidak menitikberatkan pengambilan air dan elektrolit sewaktu berbuka. 


Sebab-sebab dehidrasi
1. kekurangan zat natrium
2. kekurangan air
3. kekurangan kedua-duanya.

Dehidrasi boleh terjadi apabila kita kurang minum air, atau berpeluh terlalu banyak seperti melakukan aktiviti berat, bersukan dan berada di tengah panas. Kanak-kanak, orang tua dan pesakit kronik lebih berisiko menghadapi dehidrasi. Dehidrasi juga boleh berlaku apabila anda mengalami demam panas, cirit birit dan muntah-muntah.


Tanda-tanda dehidrasi

1. kehausan 
2. kulit dan bibir kering dan merekah
3. kurang buang air kecil, urin lebih pekat 
4. sembelit
5. keletihan  anak kecil akan menjadi kurang aktif
6. Pening kepala 

Manakala dehidrasi yang lebih berat akan menunjukkan tanda-tanda seperti mata cengkung, tiada urin, tekanan darah rendah, degupan jantung cepat, nafas cepat dan bagi bayi tiada airmata ketika menangis.

Dehidrasi ringan boleh diatasi dengan meningkatkan pengambilan air dan elektrolit, manakala dehidrasi yang lebih berat memerlukan perawatan dan pengawasan doktor.

Bagaimana mencegah dehidrasi sewaktu berpuasa dalam cuaca yang panas terik ini? 







Ini adalah suplemen dari Shaklee yang boleh memantu anda kekal terhidrasi sepanjang berpuasa. 

Perfomance drink atau nama manjanya PD ;) merupakan minuman isotonik yang mengandungi elektrolit utuk keseimbangan air di dalam badan.

Kajian klinikal membuktikan rumusan eksklusif ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberi tenaga , dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.

Antara manfaat utama Performance Drink ini ialah:
- meningkatkan daya ketahanan dan stamina badan
-membekalkan tenaga dan daya tahan fizikal
- mencegah penyahidratan, mengurangkan haus, 
- melembapkan kulit 
- mengekalkan paras gula yang penting untuk tenaga otot dan mempercepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.

  
 Apa yang istimewa tentang Performance Drink?
Ia adalah minuman isotonik yang bebas karbonat, dan tiada pewana serta perasa dan pemanis tiruan!

Berminat untuk mencuba rahsia hebat Shaklee ini? Pastikan anda cukup terhidrat dengan perfomance drink untuk kekal cergas dan sihat. Cegah diri dan keluarga dari terkena strok haba!

* Maklumat lanjut tentang Performance drink di sini 

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang produk atau menjana pendapatan bersama Shaklee. 

* Kami menyediakan jadual makan ekslusif, e-book secara percuma,dan konsultasi berterusan serta sesuai dengan bajet dan keperluan anda.


Hubungi kami 0199765052 (sms / whatsapp)   
Facebook : Hafizah Ibrahim

Wednesday, 18 June 2014

TIPS BERPUASA BAGI PESAKIT GASTRIK

Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan yang penuh kemuliaan iaitu bulan Ramadhan. Pada bulan ini ramai juga yang terpaksa ke klinik kerana diserang gastrik. Sebelum bagi tips untuk berpuasa bagi pesakit gastrik, mari kita kenali serba sedikit tentang gastrik.


Apakah itu gastrik? 
Ianya adalah sejenis keradangan, gangguan dan hakisan yang berlaku pada permukaan atau lapisan mukosa perut. Kebiasaannya ia berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria H.Pylori dan beberapa faktor lain.

Faktor penyumbang gastrik
1. minuman keras / alkohol secara berlebihan
2. jangkitan kuman / bakteria H.Pylori
3. stress
4. muntah yang kronik
5.penggunaan ubat penahan sakit yang berpanjangan



Bagaimana ia terjadi?
Semasa proses pencernaan, beberapa jenis enzim dan asid dirembeskan untuk membantu proses tersebut. Ketidakseimbbangan asid, di mana kadar asid yang terlalu tinggi boleh menyebabkan ia menghakis pemukaan mukosa perut dan memburukkan keadaan keradangan yang sedia ada. Refluk asid juga boleh terjadi, di mana asid dari perut naik ke atas (esofagus) dan menyebabkan simptom seperti pedih ulu hati.
Semasa perut kosong, jumlah asid menjadi lebih tinggi dan menyebabkan muncul pelbagai simptom.

Tanda-tanda lain gastrik

1. loya dan makanan sukar hadam
2. pedih ulu hati
3. kembung perut
4. Muntah
5. tiada selera makan
6. cirit birit, najis berwarna hitam

Komplikasi gastrik.
Gastrik boleh menjadi serangan akut dan juga kronik. Serangan akut biasanya memerlukan rawatan penahan sakit dengan segera seperti suntikan kerana pesakit kemungkinan tidak dapat menerima apa-apa ubat secara oral( mulut).
Serangan kronik pula boleh menyebabkan komplikasi seperti ulser perut, pendarahan dan meningkatkan risiko kanser perut.    

Rawatan dan pencegahan
Pesakit gastrik mungkin memerlukan ubat penahan sakit dan juga ubat antasid(untuk mengurangkan jumlah asid) untuk masa yang panjang atau selama-lamanya.
Selain itu pesakit juga perlu mengubah tabiat makan seperti mengurangkan mkanan pedas dan berempah, makan dalam kuantiti yang sedikit dan mengikut masa makan yang tetap setiap hari.

Bagaimana pesakit gastrik menghadapi bulan puasa?

TIPS BERPUASA BAGI PENGHIDAP GASTRIK

1. Jangan tinggal sahur. Seeloknya mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka.

2. Mengambil makanan yang tidak pedas, berempah atau terlalu banyak sewaktu bersahur.

3. Lebihkan protein dan serat, elakkan makan tinggi gula semasa bersahur. 
Ini kerana potein akan diuraikan kepada karbohidrat dan kemudian kepada tenaga. ini akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama, dan tenaga yang bepanjangan kepada anda. Sebaliknya gula ringkas akan terus ditukarkan kepada tenaga, menyebabkan anda akan keletihan dan kelaparan menjelang tengah hari.

4. Berbuka dengan kurma dan air suam, makan secara pelahan-lahan dan berperingkat agar perut yang kosong tidak terlalu terkejut menerima makanan. 
Jika terasa teralu banyak angin di daam perut, ambillah antasid sebelum mengambil makanan yang lebih berat untuk mengelakkan angin tersebut 'menolak' makanan dan menyebabkan muntah.

5. Elakkan minuman berkafein.
Ini kerana  makann bekafein boleh merangsang pengeluaran asid perut yang lebih tinggi.

6. Elakkan makan berlemak seperti bergoreng dan berminyak. 
Ini kerana ia akan memberi ketidakselesaan perut kerana agak sukar dihadam dan menggangu kelancaran pencernaan. 

7.  Makanlah secara sederhana. Amalkan berhenti sebelum kenyang.

SUPLEMEN YANG BOLEH ANDA AMALKAN UNTUK MASALAH GASTRIK



Antara suplemen Shaklee yang boleh anda amalkan untuk membantu anda berpuasa dengan lancar ialah:
1. B complex
2. Ostematrix
3. ESP
4. Peppermint ginger

B Complex

- bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain


 membantu mengatasi sakit gastrik anda. 

- melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat 


diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.

Ostematrix


- vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D


- membantu meneutralkan asid yang telah memasuki


 esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. 

Peppermint ginger plus


- Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan


 jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan 

ketidakselesaan perut

- Pil ini juga boleh dilarutkan di dalam air panas dan


 dijadikan minuman herba semulajadi.

- membantu mengeluarkan angin di dalam badan.

ESP

Sumber protein unggul daripada kacang soya yang tinggi 

sifat alkalinya untuk meneutralkan keasidan di dalam perut. 

- Protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu


 membina sel-sel mukosa perut yang baru dan pemulihan 

lapisan perut yang terhakis oleh asid.


Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya. Amin.


Berminat untuk mencuba suplemen ini?
Hubungi saja saya di talian ini 0199765052 (sms /whatsapp) 
Facebook : Hafizah Ibrahim
Setiap pelanggan kami akan mendapat konsultasi EKSKLUSIF beserta jadual makan suplemen secara PERCUMA. 

Jangan lupa like fanpage kami untuk pelbagai info serta peluang menyertai pelbagai peraduan dengan hadiah yang lumayan. :)


Monday, 16 June 2014

TIPS MEMILIH VITAMIN E YANG SELAMAT & BAIK

Apakah anda pasti vitamin E yang anda amalkan adalah yang terbaik, selamat dan berkesan?



TIPS MEMILIH VITMIN E YANG SELAMAT DAN BAIK

1. Pastikan anda memiilh vitamin yang SEMULAJADI
   Bagaimana? Cuba semak botol vitamin anda.
   Vitamin E yang bersifat semulajadi dilabel sebagai 'd-alfa-tocoferol'.

2. Elakkan vitamin sintetik atau sumber kimia.
   Bagaimana? ia biasanya dilabel sebagai 'l-alfa-tocoferol' atau 'dl-alfa-tocoferol' .
   Mengapa? kerana vitamin semulajadi lebih senang diserap oleh badan, berbanding vitamin sintetik, yang mungkin boleh meninggalkan sisa yang boleh menjadi toksik kepada badan akhirnya.

3. Pilih vitamin E yang turut mengandungi selenium.
Apakah selenium? 
Ia diperlukan untuk membantu penyerapan vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium, dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.
Selenium bertindak secara sinergistik dengan vitamin E.

Berapakah dos Vitamin E yang selamat?
Kajian menunjukkan dos yang selamat adalah 3200IU.

Adakah vitamin E selamat?
Didalam buku 'prescription of longevity' yang ditulis oleh Dr.James Scala, terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitamin E.
Kajian bertahun-tahun oleh Universiti Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok 33%. 

Untuk ketahui manfaat Vita E Complex, klik sini.

Berminat untuk mencuba suplemen ini?
Hubungi saja saya di talian ini 0199765052 (sms /whatsapp) 
Facebook : Hafizah Ibrahim
Setiap pelanggan kami akan mendapat konsultasi EKSKLUSIF beserta jadual makan suplemen secara PERCUMA. 

Jangan lupa like fanpage kami untuk pelbagai info serta peluang menyertai pelbagai peraduan dengan hadiah yang lumayan. :)

    

Sunday, 15 June 2014

KONGSI BELI VITA E COMPLEX SHAKLEE

Produk promosi bagi bulan Jun 2014 ialah Vita E Complex. Beli 6 percuma 1.






Harga retail sebotol Vita E Complex ialah RM149.00. Ini bermakna, jika anda beli 6 botol Vita E, anda akan mendapat sebotol Vita E bernilai RM149.00! Siapa yang tak mahu memang rugi!

Jadi, ajak lah teman-teman dan saudara anda berkongsi beli Vita E dengan anda. yang lebih menarik, anda akan mendapat keahlian Shaklee secara percuma untuk seumur hidup. Yuran keahlian ni pula bernilai RM65 tau.. Selain daripada itu, anda layak untuk mendapat bonus dalam bentuk tunai yang akan diberikan pada 15 haribulan Julai 2014. Nampak tak berapa anda dapat berjimat dan untung? Siapa tak nak memang rugi!

Nak tunggu apa lagi? Promosi berakhir 30 Jun 2014. Jangan tunggu lama-lama, nanti habis stok pulak tu...:)

Untuk ketahui manfaat Vita E Complex, klik sini.


Berminat untuk mencuba suplemen ini?
Hubungi saja saya di talian ini 0199765052 (sms /whatsapp) 
Facebook : Hafizah Ibrahim
Setiap pelanggan kami akan mendapat konsultasi EKSKLUSIF beserta jadual makan suplemen secara PERCUMA. 

Jangan lupa like fanpage kami untuk pelbagai info serta peluang menyertai pelbagai peraduan dengan hadiah yang lumayan. :)






Saturday, 14 June 2014

SELAMAT TINGGGAL TUMIT KAKI MEREKAH

'Malu la tumit kaki merekah..,tak cantik sangat-sangat..macam-macam cara dah cuba, tak menjadi jugak..'

Adakah anda mengalami masalah yang sama?

Adakah anda tahu puncanya? Terdapat beberapa sebab berlakunya masalah ini, antaranya;
  1. berdiri terlalu lama
  2. berat badan berlebihan
  3. saiz kasut yang tidak sesuai
  4. memakai kasut yang terbka seperti sandal
  5. kerap memijak simen dan mozek
  6. tidak menitikberatkan penjagaan harian kaki
  7. masalah kesihatan ( kulit kering, kencing manis, psoriasis, eczema dan sebagainya..)
  8. kurang minum air

Jangan bimbang, rangkaian produk Shaklee boleh membantu anda.

Penjagaan luaran

1. Herbal blend 

Herbal blend cream boleh membantu melembutkan lapisan-lapisan kulit yang kering. 

Herbal blend juga sering dinamakan krim ajaib dan selalu sahaja out of stock kerana permintaan yang tinggi.

Penjagaaan dalaman

Vita E complex

Vitamin E  bertindak membantu memperbaiki sel-sel kulit yang telah mati. Hasilnya kulit yang baru dan lebih sihat akan menggantikannya.



Cubalah gabungan suplemen terbaik Shaklee ini, dan anda akan mampu berkata;
' Selamat tinggal tumit kaki merekah!'

Oh ya,selain itu  banyak manfaat lain vita E complex yang akan anda alami sebagai kesan sampingannya. Yang pasti, bukan sahaja tumit kaki, malah kecantikan dan kesihatan kulit secara keseluruhan akan bertambah baik dan lebih cantik tentunya :). 
Untuk info lanjut Vita E Complex boleh klik disini.

Berminat untuk mencuba suplemen ini?
Hubungi saja saya di talian ini 0199765052 (sms /whatsapp) 
Facebook : Hafizah Ibrahim
Setiap pelanggan kami akan mendapat konsultasi EKSKLUSIF beserta jadual makan suplemen secara PERCUMA. 

Jangan lupa like fanpage kami untuk pelbagai info serta peluang menyertai pelbagai peraduan dengan hadiah yang lumayan. :)








Tuesday, 10 June 2014

RAHSIA BADAN RAMPING MENJELANG HARI RAYA

Bulan Ramadhan bakal menjelang tiba. Ramai yang plan untuk menguruskan badan sepanjang bulan puasa ni. Tapi, jangan tak tahu, anda mungkin akan MENAMBAH berat badan jika tidak berhati-hati a.k.a menurut nafsu makan.


Prinsip utama menurunkan dan mengawal berat badan ialah mengawal jumlah kalori intake, dan juga senaman atau aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme badan. Apabila kalori intake dikurangkan berbanding jumlah kalori yang diperlukan oleh badan, maka badan akan menggunakan lelemak yang terkumpul untuk  menghasilkan tenaga. Jadi, selain mengawal kalori intake, anda juga memerlukan bantuan pemecah lemak dan peningkat metabolisme untuk membantu mempercepatkan  proses menurunkan berat badan.


Rahsia badan ramping menjelang hari raya

1. bersahur dengan hidangan yang mengandungi nutrien yang lengkap dan kurangkan karbohidrat. Anda boleh mengambil protein semasa bersahur.

2. Kurangkan makanan berlemak, berminyak serta manis. Jadi, masa berbuka dan moreh tu jangan makan banyak sangat kuih ye. Tapi..kuih Kelantan memang manis-manis semuanya.:)

3. Banyakkan minum air kosong, atau jus buah-buahan yang tidak dicampur gula. Elakkan minum minuman manis seperti kordial dan berkarbonat.

4. Ambil hidangan yang kecil. Sewaktu sangat lapar anda mungkin cenderung untuk makan dengan cepat dan banyak. Jadi, cuba makan dan kunyah makanan secara perlahan-lahan supaya otak sempat menghantar isyarat bahawa anda sudah kenyang.

5. Tukar menu moreh anda dengan buah-buahan dan banyakkan sayuran sewaktu berbuka. Ianya tinggi dengan serat yang bagus untuk sistem penghadaman dan mengenyangkan.

6. Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit. Jangan asyik berbaring dan tidur aje!:) Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti mengemas rumah, menyapu lantai, memasak dan window shopping. :) Opps..jangan lupa, solat terawih adalah senaman yang paling baik!

Kesemua ini adalah rahsia, dan sebenarnya bukan mudah untuk di amalkan. Oleh itu anda perlukan 'bantuan' dari suplemen ramping sihat Shaklee. Bukan sahaja kurus, malah semakin sihat, dan cantik menawan juga..insyaAllah!




Bagaimana suplemen ramping sihat Shaklee boleh membantu anda menurunkan berat badan?

Melalui 3 cara yang berkesan iaitu buang, bakar dan bina. 

1. Herb lax 
    Untuk proses detoks iaitu menyingkirkan toksin dan bahan yang tidak diingini dari badan dan usus.

2. Alfalfa complex
       Membantu proses perkumuhan ddan pembuangan toksin. ia juga membantu menyingkirkan lemak-lemak selepas dibakar oleh lecithin.

3. Lecithin
     Merupakan pengemulsi lemak secara semulajadi, yang bertindak seperti span dan menyerap lemak dari badan. Boleh membantu mengempiskan perut yang buncit juga :)

4. Cinch Shake
    Minuman yang lazat dan tinggi protein. Memberikan anda seperti pencuci mulut dan berpuas hati semasa berdiet. Mengandungi leucine untuk memelihara otot semasa kehilangan lemak agar badan tidak menjadi menggeleber.

Aturan makan

 Secara umumnya anda boleh mengambil cinch Shake sewaktu bersahur.
Alfalfa dan lecithin boleh ambil selepas bersahur dan selepas berbuka.
Herb lax pula boleh ambil di hujung minggu.


Berminat untuk mencuba Set Ramping Sihat Shaklee ini?
Hubungi saja saya di talian ini 0199765052 (sms /whatsapp) 
Facebook : Hafizah Ibrahim
Setiap pelanggan kami akan mendapat konsultasi EKSKLUSIF beserta jadual makan suplemen secara PERCUMA. 
Ada yang lebih menarik! PERCUMA E book Healthy Diet untuk anda. TERHAD 30 sahaja ye. 
Jangan ketinggalan!   

Jangan lupa like fanpage kami untuk info bermanfaat dan peluang menyertai peraduan dengan hadiah lumayan. Terima kasih!  










Monday, 9 June 2014

MAMPUKAH IBU MENYUSU BERPUASA SEPANJANG RAMADHAN?

Ramadhan al Mubarak semakin hampir..bagaimanakah persediaan anda wahai ibu menyusu? Tentunya tercetus juga sekelumit bimbang di hati para ibu,


 'mampukah aku berpuasa penuh sepanjang ramadhan?' 
 ' laratkah?'
 ' cukupkah susu? Bagaimana jika susu tiba-tiba merudum?' 

Tambah-tambah lagi bagi anda yang sudah kehabisan stok ebm, dengan kata lain stok 'cukup-cukup makan', pam hari ini habis untuk bekalan esok!

Sememangnya terdapat keringanan atau 'rukhsah' di dalam Islam bagi ibu hamil dan menyusu, seperti yang terdapat dari hadis Rasulullah SAW:

Dalam satu riwayat dari Anas bin Malik al-Ka’bi, dia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:“Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan menyusukan anak akan kewajipan berpuasa” [HR at-Tirmidzi, an-Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah. Sanadnya hassan sebagaimana pernyataan at-Tirmidzi]

                      * anda boleh rujuk artikel ini untuk info lanjut,   Fikratul Ummah
      
 Tetapi, jangan pula mengambil mudah dan mengambil dalil ini sebagai alasan untuk tidak berpuasa semata-mata untuk menyusukan bayi. Tentu kita perlu berusaha sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik, baik dalam hal berpuasa atau menyusukan bayi. 

Jadi, bagaimanakah caranya untu memastikan ibu menyusu kekal bertenaga dan susu pula mencukupi untuk bayi?

cara yang pertama:
-YAKIN-
Jangan sesekali set minda anda dengan mengatakan susu akan merudum apabila berpuasa. Dan jangan juga menganggap anda akan kehilangan tenaga dan keletihan selepas mengepam susu.
Sebaliknya, anda perlu yakin penghasilan susu tidak terjejas walaupun berpuasa. Ini penting untuk memastikan emosi anda stabil dan melancarkan penghasilan susu.

cara kedua : 
- NUTRIEN-
Pastikan badan anda mendapat nutrien yang seimbang dan mencukupi. Bukankah susu dihasilkan dari nutrien yang diambil oleh ibu? Jadi sewajarnya anda memastikan ianya tidak terjejas meskipun anda berpuasa, terutama pengambilan air. Pastikan anda tetap mengamalkan minum 3liter air setiap hari. Jadi, bermula selepas berbuka sehingga bersahur, anda perlu minum secara sedikit demi sedikit.

Cara ketiga:
- DIET SEIMBANG & SIHAT-
Meskipun anda memerlukan nilai kalori yang lebih, jangan pula makan sehingga dua kali ganda. Berbuka puasalah dengan diet yang seimbang, dan secara sihat. Amalkan bersahur dan berbuka dengan kurma, dan makanlah secara perlahan-lahan dan berpada-pada. 

anda juga boleh mengamalkan suplemen dari Shaklee yang sememangnya terbukti secara klinikal boleh membantu anda kekal bertenaga, iaitu Set Mighty 3 Germ, yang terdiri daripada ESP, Meal Shakes, dan Performance Drink.

ESP: protein soya yang bermutu tinggi akan memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama dan bertenaga. 

MealShakes : Mudah dibancuh dan membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan, termasuklah kalsium, fibre dan protein.

Performance drink: Berperisa oren yang menyegarkan, boleh dibancuh sendirian atau bersama minuman lain. Ia merupakan minuman isotonik yang boleh membekalkan tenaga serta merta, tetapi tidak menjejaskan kestabilan gula dalam darah. Terbukti secara klinikal mampu menyokong tahap hidrasi berbanding air.

Set ini juga sesuai untuk semua golongan yang ingin kekal bertenaga sepanjang berpuasa. 

dan ISTIMEWA untuk ibu menyusu, kami ada panduan khas untuk anda,termasuk jadual makan suplemen dan jadual mengepam susu, secara PERCUMA

Hubungi kami untk tempahan sekarang dan dapatkan resepi Set Mighty 3 Germs secara PERCUMA. 

Berminat untuk mencuba Set Mighty 3 Germs Programme ini?
Hubungi saja saya di talian ini 0199765052 (sms /whatsapp) 
Facebook : Hafizah Ibrahim
Setiap pelanggan kami akan mendapat konsultasi EKSKLUSIF beserta jadual makan suplemen secara PERCUMA. 
Ada yang lebih menarik! PERCUMA E book 11 Amazing ESP Recipes untuk 30 pelanggan terawal!. 
Jangan ketinggalan!