Wednesday 18 June 2014

TIPS BERPUASA BAGI PESAKIT GASTRIK

Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan yang penuh kemuliaan iaitu bulan Ramadhan. Pada bulan ini ramai juga yang terpaksa ke klinik kerana diserang gastrik. Sebelum bagi tips untuk berpuasa bagi pesakit gastrik, mari kita kenali serba sedikit tentang gastrik.


Apakah itu gastrik? 
Ianya adalah sejenis keradangan, gangguan dan hakisan yang berlaku pada permukaan atau lapisan mukosa perut. Kebiasaannya ia berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria H.Pylori dan beberapa faktor lain.

Faktor penyumbang gastrik
1. minuman keras / alkohol secara berlebihan
2. jangkitan kuman / bakteria H.Pylori
3. stress
4. muntah yang kronik
5.penggunaan ubat penahan sakit yang berpanjangan



Bagaimana ia terjadi?
Semasa proses pencernaan, beberapa jenis enzim dan asid dirembeskan untuk membantu proses tersebut. Ketidakseimbbangan asid, di mana kadar asid yang terlalu tinggi boleh menyebabkan ia menghakis pemukaan mukosa perut dan memburukkan keadaan keradangan yang sedia ada. Refluk asid juga boleh terjadi, di mana asid dari perut naik ke atas (esofagus) dan menyebabkan simptom seperti pedih ulu hati.
Semasa perut kosong, jumlah asid menjadi lebih tinggi dan menyebabkan muncul pelbagai simptom.

Tanda-tanda lain gastrik

1. loya dan makanan sukar hadam
2. pedih ulu hati
3. kembung perut
4. Muntah
5. tiada selera makan
6. cirit birit, najis berwarna hitam

Komplikasi gastrik.
Gastrik boleh menjadi serangan akut dan juga kronik. Serangan akut biasanya memerlukan rawatan penahan sakit dengan segera seperti suntikan kerana pesakit kemungkinan tidak dapat menerima apa-apa ubat secara oral( mulut).
Serangan kronik pula boleh menyebabkan komplikasi seperti ulser perut, pendarahan dan meningkatkan risiko kanser perut.    

Rawatan dan pencegahan
Pesakit gastrik mungkin memerlukan ubat penahan sakit dan juga ubat antasid(untuk mengurangkan jumlah asid) untuk masa yang panjang atau selama-lamanya.
Selain itu pesakit juga perlu mengubah tabiat makan seperti mengurangkan mkanan pedas dan berempah, makan dalam kuantiti yang sedikit dan mengikut masa makan yang tetap setiap hari.

Bagaimana pesakit gastrik menghadapi bulan puasa?

TIPS BERPUASA BAGI PENGHIDAP GASTRIK

1. Jangan tinggal sahur. Seeloknya mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka.

2. Mengambil makanan yang tidak pedas, berempah atau terlalu banyak sewaktu bersahur.

3. Lebihkan protein dan serat, elakkan makan tinggi gula semasa bersahur. 
Ini kerana potein akan diuraikan kepada karbohidrat dan kemudian kepada tenaga. ini akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama, dan tenaga yang bepanjangan kepada anda. Sebaliknya gula ringkas akan terus ditukarkan kepada tenaga, menyebabkan anda akan keletihan dan kelaparan menjelang tengah hari.

4. Berbuka dengan kurma dan air suam, makan secara pelahan-lahan dan berperingkat agar perut yang kosong tidak terlalu terkejut menerima makanan. 
Jika terasa teralu banyak angin di daam perut, ambillah antasid sebelum mengambil makanan yang lebih berat untuk mengelakkan angin tersebut 'menolak' makanan dan menyebabkan muntah.

5. Elakkan minuman berkafein.
Ini kerana  makann bekafein boleh merangsang pengeluaran asid perut yang lebih tinggi.

6. Elakkan makan berlemak seperti bergoreng dan berminyak. 
Ini kerana ia akan memberi ketidakselesaan perut kerana agak sukar dihadam dan menggangu kelancaran pencernaan. 

7.  Makanlah secara sederhana. Amalkan berhenti sebelum kenyang.

SUPLEMEN YANG BOLEH ANDA AMALKAN UNTUK MASALAH GASTRIK



Antara suplemen Shaklee yang boleh anda amalkan untuk membantu anda berpuasa dengan lancar ialah:
1. B complex
2. Ostematrix
3. ESP
4. Peppermint ginger

B Complex

- bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain


 membantu mengatasi sakit gastrik anda. 

- melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat 


diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.

Ostematrix


- vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D


- membantu meneutralkan asid yang telah memasuki


 esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. 

Peppermint ginger plus


- Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan


 jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan 

ketidakselesaan perut

- Pil ini juga boleh dilarutkan di dalam air panas dan


 dijadikan minuman herba semulajadi.

- membantu mengeluarkan angin di dalam badan.

ESP

Sumber protein unggul daripada kacang soya yang tinggi 

sifat alkalinya untuk meneutralkan keasidan di dalam perut. 

- Protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu


 membina sel-sel mukosa perut yang baru dan pemulihan 

lapisan perut yang terhakis oleh asid.


Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya. Amin.


Berminat untuk mencuba suplemen ini?
Hubungi saja saya di talian ini 0199765052 (sms /whatsapp) 
Facebook : Hafizah Ibrahim
Setiap pelanggan kami akan mendapat konsultasi EKSKLUSIF beserta jadual makan suplemen secara PERCUMA. 

Jangan lupa like fanpage kami untuk pelbagai info serta peluang menyertai pelbagai peraduan dengan hadiah yang lumayan. :)


No comments :

Post a Comment