Saturday 3 October 2015

10 PETUA MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Risau dengan parut jerawat tak hilang-hilang? bukan setakat parut, tapi parut berlubang dan berlekuk. Memang stress... malu...dan hilang keyakinan diri..nak cari petua menghilangkan parut jerawat? ada 10 petua di sini..jom kita tengok..

Petua 1: Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. Parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baharu.


Petua 2: Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.



Petua 3: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.


Petua 4: Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.



Petua 5: Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.


Petua 6: Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

Petua 7: Ambil tepung ubi dan kunyit hidup campurkan dan letak pada parut di muka atau badan anda.

Petua 8: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.



Petua 9: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.


Petua 10: Kukus ubi kentang yang dibuang kulitnya dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus. Tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering. Lakukan selalu dan anda akan mendapati bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.


Macammana? nak cuba petua nombor berapa? :P

Nak cara lebih senang? Boleh cuba suplemen Shaklee. :)

SUPLEMEN UNTUK PARUT JERAWAT



1. Vita E
Antioksidan yang terkenal untuk kecantikan kulit. Membantu memudarkan parut, menyembuhkan luka dan membaiki tekstur kulit.
2. Vita C Plus
Membantu membina kolagen, menjadikan kulit lebih anjal, cerah dan gebu.
3. ESP
Protein terbaik untuk membina sel baru dan menggantikan sel rosak.

4. Shaklee Collagen Powder 
Sserbuk Kolagen dengan molekul yang sangat kecil untuk mengoptimumkan penyerapan sempurna. Membantu menganjalkan kulit dan memperbaiki tekstur kulit. 



TESTIMONI 




Ok, anda boleh cuba petua menghilangkan parut jerawat secara tradisional, tapi anda juga patut cuba petua moden dengan suplemen shaklee. ^_^. Malah, semua suplemen yang di atas ni pun boleh dibuat masker tau. Nak tahu caranya tunggu entry seterusnya ye. 

Promosi Vita E Shaklee SEPARUH HARGA hanya pada bulan Oktober. Jom dapatkan beramai-ramai.


*********************************************************************
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

PELUANG MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN. >>>BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


No comments :

Post a Comment