Friday 3 July 2015

TIPS BERPUASA BAGI IBU MENYUSU

Berpuasa bagi ibu menyusu memang amat menguji ketahanan mental dan fizikal. Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan ke 4 saya berpuasa sebagai ibu hamil/ menyusu atau keduanya. Bermacam pengalaman suka duka yang sudah dilalui, dan rasanya Ramadhan kali ini saya lebih 'gagah' kerana sudah tahu tips berpuasa bagi ibu menyusu.


Kebanyakan ibu menyusu berasa sangat letih ketika berpuasa. Mengapa ini terjadi? Saya ingin petik status Dr Zubaidi di wall Facebook beliau,

PUNCA TERLALU LETIH KETIKA BERPUASA BAGI IBU YANG MENYUSUKAN ANAK
1. Susu yang berkurangan kerana tidak cukup minum air ketika iftar dan bersahur
2. Penyusuan itu sendiri memerlukan tenaga (Kalori) yang banyak, mudah berasa lapar terutama selepas menyusukan anak

Saya menasihatkan para ibu yang mahu berpuasa dan menyusukan anak agar minum air secukupnya, sekurang-kurangnya dalam 1.5 liter dalam sehari.
Untuk lebih bertenaga, ambillah mana-mana suplemen tambahan.
Ini kerana seorang wanita yg menyusu anak memerlukan TENAGA TAMBAHAN dalam pemakanannya sebanyak 500 kcal sehari, untuk membekalkan susu ibu sebanyak 750 ml/sehari (25 oz /sehari




Kalau korang rasa susu mula drop semasa berpuasa, tolong check balik water intake. Manfaatkan sepenuhnya waktu malam untuk mencukupkan jumlah air yang diperlukan oleh badan ibu menyusu (3 liter)

Saya juga sangat setuju dengan pernyataan beliau tentang suplemen tambahan untuk lebih bertenaga. 
Kerana saya sendiri sudah merasai perbezaan ketara berpuasa tanpa apa-apa suplemen dan dengan pengambilan suplemen ibu menyusu Shaklee.


Ini adalah regime wajib saya untuk kekalkan penghasilan susu berkualiti dan kekalkan tenaga saya juga. Bukan setakat berpuasa sebagai ibu menyusu, tetapi ibu kepada 3 orang anak kecil. hihi..mau pengsan tanpa vitamin ini.  

Walaupun berpuasa, tiada masalah untuk melengkapkan aturan makan vitamin ini. Khas untuk pelanggan saya, ada jadual makan vitamin semasa berpuasa. jangan bimbang ye. Nampak macam banyak, tapi kalau kena caranya tak ada masalah. :) 

Secara kesimpulan;
Tips berpuasa bagi ibu menyusu

1. Jumlah air perlu cukup sebanyak 3 liter sehari. Banyakkan minum air kosong selepas berbuka. 

2. Jangan skip sahur. 

3. Ambil diet tinggi protein semasa sahur kerana protein menghasilkan tenaga secara berterusan.

4. Makan secara seimbang. Buah dan sayur perlu ada walaupun menu berbuka macam banyak lauk pauk je.:)

5. Pam seperti biasa di tempat kerja sekiranya anda berkerjaya ( untuk memenuhi konsep suply vs demand)

6. Ambil suplemen atau vitamin tambahan  


Selain Suplemen ibu menyusu, saya juga mengamalkan minuman isotonik tanpa karbonat yang sangat unik. Kekal bertenaga dan terhidrat sentiasa. 




Sekian tips berpuasa bagi ibu menyusu dari saya. Semoga memberi manfaat untuk kita semua. Selamat beramal.:) jangan segan hubungi saya untuk dapatkan Suplemen ibu menyusu. cepat-cepat sebab nak bagi special offer sempena bulan mulia ni.:)

*********************************************************************
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

PELUANG MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN. >>>BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA



Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)








1 comment :

  1. Bagus info ni...kebelakangan ni saya kerap sangat rasa letih semasa berpuasa...mungkin kurang air...

    ReplyDelete