Saturday 27 September 2014

TIPS ELAK MASALAH KEJANG KAKI DI KALANGAN IBU HAMIL

Masih teringat-ingat lagi betapa bisanya leg cramp atau kejang kaki yang sering dialami semasa mengandungkan Faqih dan Sofea dulu. Mengapa masalah kejang kaki sering terjadi kepada wanita hamil? Kehamilan akan menyebabkan anda mengalami beberapa perubahan fizikal, fisiologi serta emosi. Kesemua perubahan ini boleh menimbulkan pula beberapa simptom lain seperti sakit pinggang, kejang kaki, sembelit dan pelbagai lagi.







Mengapa berlaku masalah kejang kaki (leg cramp)?

Masalah kejang kaki mungkin berlaku berikutan pertambahan beban pada otot kaki di mana berat badan anda dan bayi semakin bertambah. Keletihan otot kaki menampung berat terutama jika anda berdiri atau berjalan dalam masa yang lama boleh menyebabkan masalah kejang kaki.

Uterus (rahim) yang semakin membesar juga menyebabkan tekanan ke atas vena (salur darah) pada kaki yang menyebabkan masalah kejang kaki. Ditambah pula dengan perubahan hormon progesteron yang mengganggu tone otot kaki.    

Kekurangan nutrien dan mineral seperti kalsium dan magnesium juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Anda boleh mengalami kekurangan kedua mineral penting ini kerana keperluan yang tinggi di mana bayi anda juga memerlukan mineral ini untuk perkembangan dan tumbesaran.


Adakah kekejangan kaki boleh dicegah?


TIPS ELAK KEJANG KAKI (LEG CRAMP)


Anda boleh mencuba senaman regangan kaki 
Ini adalah salah satu cara melakukan senaman regangan kaki, iaitu anda perlu berdiri kira-kira satu meter dari dinding, dan tahan dinding dengan tangan. buat gerakan menolak dinding tetapi biarkan tapak kaki anda tetap di atas lantai. Lakukan selama 5 saat, dan ulang untuk 5 minit. Anda boleh lakukan 3 kali sehari terutama sebelum masuk tidur. 


Minum air yang cukup
Bagi saya, semakin di hujung trimester, semakin malas nak minum air.sebabnya? kekerapan ke bilik air semkin bertambah! ^-^
Maka tak hairan jika di hujung-hujung trimester ibu akan lebih terdedah kepada masalah kejang kaki ini. Tips mudah, banyakkan minum air 2 jam sebelum masuk tidur. Jadi, anda tidak perlu kerap bangun untuk ke tandas ^-^ 

Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang
Seperti yang saya sebut tadi, keletihan otot kaki menampung berat boleh menyebabkan masalah kejang kaki. 

Rutin senaman kaki sebelum tidur

Amalkan senaman kaki setiap malam sebelum masuk tidur. Tarik jari dan tapak kaki selama 30 kali. Lakukan juga gerakan putaran arah jam dan lawan arah jam selama sebanyak 8 kali.


Mandi air suam sebelum tidur
Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur boleh membantu mengurangkan masalah ini. perasan tak, kejang kaki lebih kerap terjadi jika cuaca terlalu sejuk? 



Tidur dengan kaki yang rehat
cuba tidur dengan kaki yang rehat, iaitu tapak dan jari kaki tegak ke atas.

Selain itu, salah satu tips untuk mengelakkan kejang kaki ialah dengan menggunakan suplemen Shaklee.

SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK MENGELAKKAN MASALAH KEJANG KAKI KETIKA HAMIL

1. Ostematrix
Membekalkan Kalsium dan magnesium serta vitamin D untuk anda. Ia juga dilengkapi dengan boron dan manganese untuk membantu menguatkan tulang. 
Bagi saya, Ostematrix sangat mujarab untk menghilangkan lenguh-lenguh badan, sakit pinggang, dan mencegah masalah kejang kaki. Sejak mengamalkan Ostematrix sepanjang kehamilan ketiga ini, saya terselamat dari masalah ini!


2. Performance drink


PD juga penting untuk memastikan anda kekal terhidrat. Lebih-lebih lagi jika pengambilan air kosong agak kurang, serta  ditambah pula dengan cuaca yang panas, menyebabkan badan kekurangan bendalir dan elektrolit yang seterusnya boleh menyebabkan masalah kejang kaki di malam hari.

Sekian sahaja tips mengelakkkan kejang kaki ketika hamil. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua. ^-^

Untuk pesanan anda boleh klik butang di bawah


Anda juga mungkin berminat untuk mencuba Suplemen Ibu hamil.


Untuk perundingan dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya, 

Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan.

COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.



Setiap pelanggan kami akan mendapat konsultasi EKSKLUSIF berserta jadual makan suplemen secara PERCUMA. 







No comments :

Post a Comment