Sunday 7 September 2014

PETUA UNTUK MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL DARAH SECARA SEMULAJADI

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yng tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius di mana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, dan dalam jangka masa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular.Tetapi apa yang lebih membimbangkan  kita sekarang ialah masih ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi.



Apa itu kolesterol?
kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Dua sumber utama Kolesterol
Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Bagaimana kolesterol boleh menyebabkan penyakit jantung?
terdapat 2 jenis kolesterol utama dalam darah:
1. LDL ( low density lipoprotein) dikenali sebagai kolesterol jahat kerana paras LDL yang terlalu tnggi boleh membentuk sejenis ahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah , seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

2. HDL ( high density lipopotein)
dikenali sebagai kolesterol baik, kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. dalam erti kata lain, HDL berperanan 'membersihkan' saluran darah.

Oleh yang demikian, untuk melindungi diri dari penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesteol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.



AWAS!
Jika anda mempunyai kolesterol tinggi:

  • risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
  • risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
  • risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi , penyakit hati, seperti hati berlemak, dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual. 




Apakah penyebab utama tinggi kolesterol?
Makanan Malaysia yang tinggi lemak dan kalori, adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari; bagi mereka yang menghidap penyakit jantung hendaklah mengehadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.


BERTINDAK HARI INI!
PETUA MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL DARAH SECARA SEMULAJADI 

  • amalkan pemakanan seimbang , rendah lemak tepu, dan tinggi serat larut
  • lakukan senaman lebih kerap
  • turunkan berat badan
  • institut kesihatan kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.  



Apa itu Fitosterol? 
wujud secara semulajadi dalam kandungan sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijiin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

Bagaimana Fitosterol bertindak?
stuktur fitosterol adalah hampir sama dengan kolesterol dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol, maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk menurunkan paras kolesterol LDL

Ingin tahu lebih lanjut tentang Fitosterol? 
Jom tunggu entry seterusnya :)



Untuk perundingan dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya, 

Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok.

COD di kawasan sekitar Bachok, dan kawasan lain boleh dirunding.

Setiap pelanggan kami akan mendapat konsultasi EKSKLUSIF berserta jadual makan suplemen secara PERCUMA. 

No comments :

Post a Comment