Setelah 2 tahun membawa implanon ke mana sahaja saya pergi..akhirnya tiba saat untuk berpisah.
Mengapa hanya 2 tahun?
Setahun pertama saya memakai implanon, tiada period atau haid. Bestlah..boleh puasa dan solat penuh :)..cumanya kurang selesa juga lah..aik..dah menopouse kah?haha..
Sehingga hampir menginjak ke tahun kedua...dimana masalah mula timbul...
Setelah hampir dua tahun tidak mengalami datang bulan, akhirnya saya kembali merasai hidup sebagai wanita sejati...(cewahhh ayat)..antara gembira dan excited itu...tetiba saya jadi keliru?
Kerana saya mengalami Postcoital Bleeding. Ngeri wooo...macam macam penyakit terfikir...dan lagi..ia juga menggangu ibadah seperti solat...kerana ia berlanjutan selama beberapa hari(seperti period tetapi baru je lepas period..) saya jadi keliru..sebab kalau istihadah kan kita kena solat...duk jadi penghitung hari lah saya selama beberapa bulan...
Akhirnya saya rasa tak sanggup dah...mungkin sudah cukup bakti implanon kepada saya selama ini.
Bye-bye implanon...
Tiba hari temujanji untuk buang implanon..berdebar juga rasanya..sebab saya tahu yang perlu buat sedikit incision (Belahan) untuk keluarkan implanon tu. Jadi, bermula dengan LA (Local Anaesthetic) atau ubat bius setempat, seterusnya incision dibuat.
arghhh..bukan sakit..tapi terfikir,mesti berparutlah lengan saya lepas ni... hehe
Gambar ehsan dari goole..lupa terus nak ambil sekeping gambar pun. nervous beb. |
Sakit tu memang tak rasa..tapi ngeri tu tetap ada.. sebab bila ditarik, opps..rupanya implanon sudah melekat (fibrosis) ke tisu atau isi di sekelilingnya...jadi ia agak lambat dan tidak smooth seperti yang saya bayangkan. Tapi takpe..TAK SAKIT...:p
Walaupun tak smooth seperti yang dibayangkan, prosedur tu memang sekejap je pun.. selepas implanon dah keluar..luka tak perlu jahit pun..just letak gam je..bukan gam UHU ^-^
parutttt...lebih kurang macam gambar dari google ni.. |
Sakit kah selepas kesan ubat bius hilang?
Tak lah sangat..cuma ngilu campur seriau je sehari dua..Takde perlu MC pun eh..hehhe..
Kesan Implanon
Selain masalah dengan period, saya tiada masalah berat yang lain seperti sakit kepala, atau naik berat badan.. jadi saya memang selesa dengan implanon sehinggalah berlakunya beberapa siri postcoital bleeding.
Tetapi....
saya taktahu ia relevan atau tidak...kerana selepas buang implanon...berat badan saya naik agak mendadak, selera makan bertambah, dan muka juga mula dilawati jerawat.
Jadi..sekarang..sudah hampir 6 bulan..kehidupan diteruskan tanpamu Implanon..:P
Semoga perkongsian pengalaman buang implanon ini bermanfaat untk semua...terutama part postcoital bleeding.(pendarahan selepas hubungan intim)
Jumpa lagi.Bye.

Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com
Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :)
No comments :
Post a Comment