Hasil carian google, saya ingin kongsikan 10 petua semulajadi menghilangkan batuk berkahak pada anak kecil dari page siraplimau.com
Bagaimana melegakan batuk dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak?
1. Rehatkan anak dengan secukupnya
Jika anak tidak sihat, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk tidak membawanya keluar ke tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam atau pun kenduri kerana anak akan rasa terlalu letih dan proses penyembuhan anak akan memakan masa yang lebih lama.
Bukan sahaja mudarat untuk anak kita, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain. Jika tidak ada sebab yang memaksa kita membawa anak keluar, rehatkanlah mereka di rumah.
Jika anak tidak sihat, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk tidak membawanya keluar ke tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam atau pun kenduri kerana anak akan rasa terlalu letih dan proses penyembuhan anak akan memakan masa yang lebih lama.
Bukan sahaja mudarat untuk anak kita, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain. Jika tidak ada sebab yang memaksa kita membawa anak keluar, rehatkanlah mereka di rumah.
2. Sentiasa bersama anak
Isilah masa bersama mereka dengan memperbanyakan sentuhan dan pelukan. Berceritalah atau cukuplah sekadar berjalan-jalan di sekeliling rumah untuk mengambil udara segar. Pantau perkembangannya dan bawa berjumpa doktor jika keadaannya bertambah teruk.
3. Bersihkan rumah, perkakas juga pakaian
Anak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih dan pemantauan berterusan. Walaupun rumah zahirnya nampak bersih, tidak salah jika kita membuat pemeriksaan dan membersihkan segala habuk serta kekotoran. Habuk-habuk seperti di kipas, perkakas kecil atau di celah-celah peralatan rumah mungkin menjadi penyebab virus yang menyerang anak. Mop lantai dengan air panas bercampur Dettol serta basuh cadar, sarung bantal dan sebagainya.
4. Aliran dan peredaran udara yang baik
Petua menghilangkan batuk ini sangat penting, namun ramai yang abaikannya. Usah terperap dalam bilik dan rumah sahaja. Jika anak menangis mahu aircond, abaikan buat sementara. Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik. Dapatkan udara segar.
5. Tepuk percussion

Pic credit to www.superibu.com
Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan yang melengkung.
Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.
Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.
6. Wap bersama bawang putih dan minyak zaitun
Pic credit to www.mama2r.com
Ia akan melancarkan pernafasan. Boleh juga masukkan bawang putih yang telah dibakar yang kemudiannya ditumbuk. Masukkan di dalam air panas tadi dan sedikit minyak zaitun. Wapkan anak seperti tadi. Inshaa Allah, selsema anak akan cepat kering dan batuknya akan lega. Ketika proses wap, lakukan tepuk percussion seperti yang disebut di atas.
Ia akan melancarkan pernafasan. Boleh juga masukkan bawang putih yang telah dibakar yang kemudiannya ditumbuk. Masukkan di dalam air panas tadi dan sedikit minyak zaitun. Wapkan anak seperti tadi. Inshaa Allah, selsema anak akan cepat kering dan batuknya akan lega. Ketika proses wap, lakukan tepuk percussion seperti yang disebut di atas.
7. Ibu makan makanan yang berkhasiat
Petua menghilangkan batuk bukan untuk anak semata-mata. Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, ibu amalkanlah pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Contohnya seperti sup ayam atau daging. Masukkan lebih banyak bawang putih di dalam masakan tersebut.

Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selsema. Jangan sekali-kali menghentikan penyusuan.
8. Mandian lemon
Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.
9. Minyak bawang putih
Petua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih lagi, tetapi kali ini dibakar. Caranya, cuma bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.
10. Garlic sock
Pakaikan stokin pada kaki yang diletakkan bawang putih / minyak bawang putih pada anak di waktu malam / tidur .
Demikian 10 petua semuajadi menghilangkan batuk berkahak pada anak kecil. Selain itu, anda juga boleh mencuba petua saya, iaitu memberi suplemen semulajadi Shaklee, iaitu Omega guard. Nak tahu lebih lanjut boleh ke entry saya sebelum ini, Anak muntah selepas makan Omega Guard.
Jangan tunggu-tunggu lagi. Omega Guard adalah perkara wajib ada di rumah tau..Demi kesihatan anak-anak..cehhh..gitu...:) Jom order Twin pack Omega Guard dan nikmati diskaun hebat. (sah sehingga April 2016 sahaja)
Konsultasi khas dan servis terbaik untuk anda. :)
Kelebihan membeli dengan kami
Setiap pembelian set ini dengan Suplemen Untuk Semua melayakkan anda menerima:
- Konsultasi percuma
- Cara pengambilan terbaik percuma
- Jadual vitamin harian percuma
*******************************************************************
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
Fanpage: Suplemen untuk semua
email: istadiniey@gmail.com
Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI
PELUANG MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN. >>>BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA
Terima kasih, artikelnya sangat bermanfaat sekali
ReplyDeleteterimasih atas artikelnya sangat bermanfaat
ReplyDelete