Friday, 9 September 2016

5 TIPS ELAK MASALAH MEROYAN SELEPAS BERSALIN


Meroyan adalah kemurungan posnartum (postnatal depression), yang terjadi sekitar 4-6 minggu selepas bersalin, atau beberapa bulan selepas kelahiran bayi anda. Berbeza dengan Baby Blues atau murung bayi, Meroyan adalah penyakit dan perlu dirawat. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,jadi lebih baik kita tahu serba sedikit tips elak meroyan selepas bersalin.


Jika anda menghidapi murung bayi ( baby blues), pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini dijangka adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Dengan bantuan yang sesuai, anda akan merasa lebih sihat dalam beberapa hari. Walau bagaimanapun, meroyan tidak seperti murung bayi, ia adalah satu penyakit. Ia tidak akan sembuh tanpa rawatan.

Tanda-tanda meroyan / kemurungan posnatum:
adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi anda akan merasa:

  • perasaan putus asa;
  • bersalah;
  • amat letih;
  • muram;
  • sering menangis;
  • sunyi;
  • gelisah;
  • terperangkap.
Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.

Punca meroyan atau kemurungn posnatum
Punca utama berlakunya meroyan atau kemurungan posnatum adalah masih tidak jelas, tetapi, sekiranya anda mempunyai sejarah kemurungan sebelum ini, atau sejarah keluarga berkaitan psiakiatri, anda berisiko menghadapi masalah ini.
Selain itu,faktor lain seperti di bawah boleh juga menyebabkan masalah meroyan selepas bersalin:


  • Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.

  • Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.
  • Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
  • Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
  • Mendapati sukar untuk menyusu badan. 
  • Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil.

Tips elak meroyan selepas bersalin 

Meroyan adalah penyakit yang perlu dirawat, dan ia boleh sembuh dengan cara yang betul

  1. Cuba dapatkan banyak rehat 
Tidur kalau boleh, kalau tak boleh, berehatlah. Jika ada orang yang boleh menjaga bayi anda untuk beberapa jam, ambil kesempatan ini dan ambillah minuman panas, mainkan muzik yang menenangkan ( ini cara barat, untuk orang Islam sebaiknya pasangkan bacaan Al-Quran), rebahkan badan dan relaks. Cuba tidur sebentar apabila bayi anda sedang tidur. Walaupun ada kerja rumah yang perlu dibereskan, lebih baik jika anda berehat saja. 


    2.Makan makanan yang sihat dan seimbang 

Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan anda, nutrisi yang baik adalah amat penting. Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. Ini akan membantu anda mengelakkan daripada tahap gula dalam darah anda menurun. Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga. Set Bersalin Shaklee boleh bantu anda mendapatkan nutrisi yang lengkap.

   3.Buat senaman ringan
Walaupun ianya satu perkara yang anda paling tak suka, senaman akan membantu anda merasa lebih cergas secara fizikal dan mental. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Hanya dengan berjalan-jalan dengan bayi anda sudah membantu. Anda mungkin telah berdaftar untuk menyertai kelas-kelas yoga atau Pilates semasa anda hamil. Anda boleh teruskan senaman yang lembut dan relaks seperti ini.

  4. Bergaul dengan ibu-ibu lain
Mendapat bayi kadangkala boleh membuat anda rasa terasing, tetapi jika anda menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum anda akan merasakan betul-betul terasing.

  5. Bersikap baiklah terhadap diri sendiri
Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat. Tangguhkan keputusan-keputusan besar. Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri.

                                         Sumber rujukan Baby center

Salah satu tips untuk elak masalah meroyan ialah pemakanan yang sihat. Kami mengesyorkan anda mengambil Set Bersalin Shaklee untuk berpantang, dan juga mengamalkan Set Ibu Menyusu Shaklee sejurus selepas berpantang, untuk memastikan badan anda menerima nutrisi yang secukupnya. Anda juga boleh mulakan dari awal, iaitu set Ibu Hamil Shaklee :)

Anda berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee?
Hubungi saya segera ye. 


Jom hubungi saya 019-9765052

Konsultasi khas dan servis terbaik untuk anda. :) 

Kelebihan membeli dengan kami

Setiap pembelian set ini dengan Suplemen Untuk Semua melayakkan anda menerima:


  • Konsultasi percuma
  • Cara pengambilan terbaik percuma
  • Jadual vitamin harian percuma

*******************************************************************


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

PELUANG MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN. >>>BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)





No comments :

Post a Comment