Sunday, 13 October 2013

KULIT, KOLAGEN DAN FUNGSI



   Kulit adalah salah satu organ tubuh yang penting dan terbesar. Bagi orang dewasa purata keluasan kulit adalah 1.5 - 2.0 meter persegi. Ia adalah lapisan luar tubuh yang berfungsi untuk perlindungan terhadap patogen dan kehilangan air dari badan. Selain itu kulit  juga berfungsi untuk deria sentuhan, perlindungan suhu badan, dan juga sintesis vitamin D.
    Kulit terdiri dari 3 lapisan utama iaitu epidermis, dermis dan hipodermis. Epidermis adalah lapisan paling luar yang tahan air dan berfungsi sebagai penghalang terhadap jangkitan dan mengawal suhu badan.
    Dermis pula adalah lapisan kedua kulit yang berfungsi sebagai pelengkap kulit. Di dalam lapisan ini terdapat salur darah, limfatik, kelenjar peluh, folikel rambut, dan saraf. Lapisan ini penting dalam menentukan keanjalan kulit kerana ia mempunyai lapisan kolagen.
   Hipodermis atau juga dikenali sebagai lapisan lemak atau adipos pula berfungsi untuk menyambungkan kulit ke tulang atau otot.




Apa fungsi kolagen untuk kulit?
nantikan entry seterusnya..:)


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Bachok, Kelantan.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk/ /konsultasi / menjana pendapatan bersama Shaklee boleh la hubungi saya Hafizah Ibrahim (0199765052- call/sms/whatsapp). COD adalah sekitar Bachok dan Kota Bharu.

No comments :

Post a Comment