Friday 22 September 2017

GDM (GESTATIONAL DIABETES MELLITUS); MASALAH KENCING MANIS KETIKA HAMIL

Selalu kita dengar ibu mengandung bercerita tentang "minum air gula' atau secara tepat namanya ialah MGTT (Modified Glucose tolerance test) yang harus dijalani apabila mengandung. Tahukah anda apa maksudnya?



   

Ujian tersebut adalah untuk menguji sama ada ibu hamil mengalami masalah kencing manis semasa hamil atau gestational diabetes melitus (GDM). Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.


Apakah Diabetes?
Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:

1. mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga;
2. membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.


Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap GDM.

GDM atau kencing manis semasa hamil selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Selain ujian minum air gula atau MGTT, air kencing atau urin juga akan diuji untuk mengesan kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam air kencing anda, ini mungkin tanda GDM.

Selalunya, diabetes gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda mungkin mengalami perkara berikut:
1. keletihan;
2. dahaga yang terlampau;
3. membuang air kecil dengan banyak;
4. penglihatan kabur.

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Kencing manis ketika mengandung boleh membawa kesan yang buruk jika tidak dikawal.
Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

  



Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetes jenis 2 di kemudian hari nanti. Kesian baby :(

Adakah anda berisiko menghidapi GDM?

1. Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30 (obes)
2. Anda pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
3. Anda menghidapi diabetes gestasi sebelum ini;
4. Keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
5. Keturunan anda mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi.

Bagaimana mencegah?
1. Mengamalkan diet yang seimbang yang merangkumi karbohidrat daripada bijian penuh, protein tanpa lemak dan lemak yang sihat.
2. Bersenam bagi membantu mengawal tahap gula dalam darah. Banyak senaman yang selamat dilakukan semasa hamil seperti yoga, berenang dan berjalan.
3. Mengawal peningkatan berat badan.


Apa yang penting, amalkanlah diet yang seimbang, dan kurangkan makanan serta minuman bergula.


Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Walaupun kebiasaaannya diabetes gestasi(GDM) hilang sendiri selepas bersalin, dan anda mungkin dapati tahap gula dalam darah anda kembali normal, langkah terbaik adalah menjalani ujian OGTT setahun sekali untuk mengesan kencing manis di peringkat awal.



SUPLEMEN UNTUK MASALAH KENCING MANIS KETIKA HAMIL (GDM)

Sekiranya anda menghadapi masalah GDM ketika hamil, mengawal paras gula dalam darah, dan diet adalah sangat penting untuk mengelakkan sebarang komplikasi terhadap bayi anda. 

Kami mencadangkan Set kencing Manis ketika hamil ini untuk membantu anda.

   




Dalam set ini terdapat ESP SHAKLEE yang sangat baik untuk diet terutama penghidap kencing manis. Bagi penghidap kencing manis semasa hamil atau kencing manis biasa, ESP adalah sumber diet terbaik kerana :-

1. Memberi tenaga ekstra pada ibu hamil.
2. Rendah kalori dan rendah INDEKS GLISEMIK (ini penting pada pesakit diebeties)

Makanan yang mempunyai indeks lisemik yang tinggi adalah makanan yang cepat dicerna dan meningkatkan paras glukosa dalam darah engan mendadak.  
Manakala makanan dengan indeks glisemik yang rendah pula dicerna secara perlahan lahan, dengan itu kadar glukosa dalam darah tidak mningkat dengan mendadaak, sebaliknya secara perlahan lahan. 
Dengan itu, ia memberi tenaga yang berpanjangan, dan paras glukosa juga secara normal.



B COMPLEX pula ;
1. Membantu menukarkan gula kepada tenaga.
2. Membantu mengurangkan keletihan.
3. B Complex terlengkap kerana ada kesemua 8 jenis vitamin B dalam setiap pil.

Vitalea Shaklee pula mempunyai zinc yang dapat membantu penghasilan insulin, selain ia mempunyai 19 jenis vitamin dan mineral yang lengkap untuk menyokong kesihatan ibu hamil.

Ostematrix memang terbaik sebab ianya hanya pil dan senang ditelan. Selain itu ia juga :-

1. Sumber magnesium, kerana kekurangan magnesium dalam tubuh juga meningkatkan risiko kencing manis.
2. Gabungan Magnesium dan Kalsium yang lengkap bagi menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu
.


Ingin cuba? 
anda boleh dapatan secara online dengan klik butang di bawah,

  

Kelebihan membeli dengan kami;

Setiap pembelian set ini dengan Suplemen Untuk Semua melayakkan anda menerima:

  • Konsultasi percuma
  • Cara pengambilan terbaik percuma
  • Jadual vitamin harian percuma


*******************************************************************



Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI 


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) 







No comments :

Post a Comment